Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib
Assalamualaikum wbt
Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, anak-anak saya akan berada didepan mata sahaja dimana sahaja saya berada. Sedikit masalah timbul sekiranya tiba waktu solat, dimana anak-anak saya sering mendekati saya atau dengan erti kata lain bermain-main di tempat saya sujud
Berikutan masalah ini, Apakah hukum solat saya? Saya merujuk kepada tulisan ustaz zaharuddin dalam blognya hukumnya terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu sah solat danjuga boleh membatalkan solat.Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.
Ada beberapa point dari Ustaz Zaharrudin menyatakan mengapa sentuhan anak yang menanggung najis tidak membatalakn solat.Antaranya adalah kerana :-
a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
Bagaimanapun, ustaz turut menegaskan solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini. Ini berdasarkan sandaran pada Mazhab Syafie :"Haamil limuttasil binajastin" sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )
Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal .Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW(semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat :"Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ?: para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )
Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)
Saya kongsikan sebahagian tips untuk mengurangkan anak dari mengganggu solat.
- Berikan cukup keperluan anak sebelum solat. Sebagai contoh, pastikan anak tidak dalam keadaan lapar atau berkehendakkan susu. Sekiranya mereka meminta susu, penuhi permintaan mereka kemudian ajak mereka supaya berbaring di sebelah sambil minum susu
- Bersihkan pakaian dan lampin mereka sebelum kita bersolat. ini bagi memastikan mereka tidak membawa najis sehingga boleh membatalkan solat kita.
- Beri tahu mereka bahawa anda hendak bersolat. Anak kecil usia di bawah 2 tahun biasanya tidak faham , tetapi mereka sentiasa memerhati perilaku ibu mereka dan semakin faham bila meningkat usia.
- Bagi anak kecil yang berusia 2 tahun keatas, kebiasaanya mereka akan meniru utk solat bersama2. sediakan keperluan seperti mini telekung atau kopiah, sejadah dan bentangkan di bahagian belakang kita. Ibu boleh mengajak mereka solat bersama-sama sebagai imam dan anak-anak sebagai makmum.
- Akhir sekali, minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan solat. Berlapang dada sekiranya anak masih mengganggu. Ini disebabkan mereka belum faham tentang solat, najis serta perkara2 yang membatalkan solat.
Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan
No comments:
Post a Comment