Assalamualaikum wbt.
Seharian bekerja dan pulang kerumah dalam keadaan letih merupakan perkara biasa dialamai setiap ibu. Beban kerja di pejabat, kemudian pulang kerumah meneruskan perjuangan dirumah menambahkan lagi rasa penat. Begitu juga bagi ibu yang bekerja dari rumah. Sama penat sama juga tertekan dengan pelbagai ragam harian. Tapi tahukah ibu-ibu sekalian mengapa kita penat dan lesu?
Kelesuan adalah perasaan penat yang ketrlaluan, dengan keinginan untuk berehat, serta memungkin untuk tidur. Selalunya ia menyebabkan menguap. Terdapat banyak sebab mengapa terjadi keletihan. Ketegangan saraf yang disebabkan kekurangan kalsium atau magnesium merupakan faktor biasa terjadi. Kalsium dan magnesium berfungsi untuk melegakan dan melindungi saraf. Kedua-duanya penting untuk pengeluaran tenaga dan fungsi saraf yang betul. Sindrom Keletihan yang Kronik (CFS- Chronic Fatigu syndrome) adalah gangguan dicirikan oleh keletihan melampau, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan beberapa gejala fizikal lain.
Keletihan yang berterusan tanpa disebabkan oleh sebarang penyakit biasanya hasil daripada gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak seimbang; terutama sekali pemakanan yang tinggi lemak dan karbohidrat, dengan ditambah tekanan emosi. Alkohol, kafein, dadah, tembakau, tekanan perasaan dan pemakanan yang tidak betul merupakan punca berlakunya kehilangan tenaga dalam tubuh badan seseorang individu.
Kalsium memainkan peranan penting dalam penstrukturan protein, begitu juga Kalium dan Magnesium. Kalium tidak boleh disimpan oleh sel-sel badan melainkan magnesium yang mencukupi.apabila kalium dalam sel-sel rendah, gula dalam darah juga menjadi rendah. Gula yang rendah merupakan penyebab biasa keletihan. Oleh Kerana magnesium juga perlu untuk menjaga kalium dalam sel-sel otot, tahap gula darahjuga menjadi rendah apabila magnesium berkurangan dalam badan. Tanpa magnesium yang mencukupi, kalium akancmeninggalkn sel-sel badan, mewujudkan kelompangan kalium. Kalium sangat penting untuk tenaga yang akan dihasilkan manakala Magnesium diperlukan untuk mengimbangi keperluan kalsium.
Walaupun 99% daripada kalsium dalam tubuh badan terdapat pada tulang dan gigi, simptom yang disebabkan kekurangan kalsium untuk saraf dan tisu lembut bolehmenyebabkan rasa tidak selesa. Sebagai contoh, kalsium membantu dalam pengangkutan impuls saraf. Apabila mineral initidak mencukupi, saraf menjadi tegang, dan badan menjadi letih. Individu yang kekurangan kalsium akibat kekurangan tenaga dan ketegangan saraf t mendorong keletihan seluruh badan. Hasilnya, sebarang kerja tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya.
Magnesium telah terbukti berkesan mengatasiSindrom Keletihan yang Kronik (CFS). Kebanyakkan individu CFS mempunyaikandungan magnesium yang rendah dalam sel darah merah. Baru-baru ini kajian "double-blind " dijalankan ke atas pesakit CFS dengan membekalkan makanan tambahan magnesium di United Kingdom. Para penyelidik menyimpulkan bahawa 80% daripada pesakit yang menerima magnesium dilaporkan "tahap ketara penambahbaikkan tenaga,kawalan emosi yang lebih baik, dan kurang sakit". Kedua-dua kalsium dan magnesium dalam nisbah yang betul dan keseimbangan pH yang tepat dikenalpasti dapat melegakan sakit sendi, sakit otot dan kesakitan, ketegangan saraf, keletihan, membantu dengan masalah tidur dan banyak lagi!
Bagi ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan tambahan, pengambilan vitamin seperti vitalea, b complex, vitamin C dan osteomtarix sangat membantu mengurangkan rasa lesu. Vitamin tersebut bertindak menampung nutrisi-nutrisi yang tidak cukup untuk keperluan badan terutamanya keperluan kalsium dan mineral yg mengatasi rasa penat. Pengambilan B complex pula membantu meredakan rasa stress dan mengawal emosi ibu.
Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan
ref: http://www.calmag-c.com/2008/01/relief-from-chronic-fatigue-syndrome-cfs/
No comments:
Post a Comment