Assalamualaikum wbt
Boleh ke turunkan berat badan semasa mengandung? Sepanjang tempoh kehamilan, kenaikan berat badan yang mendadak sangat membimbingkan ibu seperti saya juga. Ini disebabkan, kenaikan berat badan yang tidak terkawal mengundang banyak risiko. Hari ni saya kongsikan 5 tips yang saya amalkan untuk turunkan berat badan dan kawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan.
Sumber gambar: Google image |
Sebelum tu, melalui hasil bacaan saya, berikut merupakan sebahagian risiko pada ibu mengandung yang terlebih berat badan.
- gestational diabetes- diabetes yg terjadi disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan baik untuk menurunkan aras gula dalam darah. Membahayakan ibu dan menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih besar.
- preeclamspia- komplikasi disebabkan masalah tekanan darah tinggi, edema serta lebihan proteindalam urin. walaupun punca sebenar masalah ini terjadi tidak diketahui, kenaikan berat badan yang tidak terkawal dan berlebihan meningkatkan risiko preeclamsia
- jangkitan- ibu yang mengalami berat badan berlebihan berisiko untuk mendapat jangkitan terutama jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- thrombosis- pengumpulan clot terjadi dalam salur darah.
- gangguan tidur- tidur tidak lena diikuti dengan masalah pernafasan kurang baik semasa tidur
- c-section - kebanyakkan ibu yang obese sukar melahirkan anak secara normal, sekaligus meningkatkan risiko kelahiran melalui kaedah pembedahan
- Kehilangan kandungan- masalah berat badan berlebihan meningkatkan risiko keguguran serta kematian anak dalam kandungan.
Secara purata, bagi ibu yang mempunyai BMI normal (18-24)sebelum mengandung, kenaikkan berat badan yang sihat adalah diantara 11-15 kg sepanjang tempoh kehamilan. Bagi ibu yang kurang berat badan, (BMI < 18) pula antara 12-18kg manakala ibu yang obese ( BMI 25-29.9) antara 5-10kg. ( rujukan )
5 tips yang saya amalkan bagi mengawal kenaikan berat badan semasa mengandung.
Kelima2 tips diatas saya dapati sangat membantu menurunkan berat badan saya. Tapi perlu diingatkan, penurunan berat badan tidaklah drastik. Ada kalanya hasil nya sama sahaja bila kita timbang berat badan sebelum amalkan tips ini atau selepas. Yang membezakan ialah, berat ibu mungkin berkurang tetapi terdapat kenaikan yang positif bagi bayi yang dikandungkan. Apa pun, rujukan dengan ahli perubatan sangat penting sepanjang tempoh kehamilan bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
sources: http://ajoyrenewed.blogspot.com/2014/01/on-pregnancy-weight-gain-ed-past.html |
5 tips yang saya amalkan bagi mengawal kenaikan berat badan semasa mengandung.
- diet secara sihat- perkara utama paling penting saya jaga ialah diet secara sihat. Saya sangat2 teliti dalam pemilihan makanan. Makanan berkalori tinggi saya kurangkan dan banyak ambil sayur-sayuran, buah-buahan bila rasa lapar. Biasanya, saya makan nasi sekali sahaja sehari ketika makan tengahari. Untuk makan malam, saya biasa gantikan sama ada dengan sup2 sayur, oat atau mnuman protein untuk atasi rasa lapar. Dah tentu protein pilihan saya ESP Shaklee
- kurangkan makan dan minuman manis- minuman manis dan berkalori tinggi sebenarnya merupakan faktor utama wujudnya lebihan kalori yang boleh menyebabkan gemuk. Gula dalam minuman yang tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak yang disimpan dibawah kulit. Biasanya, sebelum ambil sebarang makanan, saya akan minum segelas air putih. Tips ini sangat membantu saya untuk tidak makan makanan manis dan bergula dalam kuantiti yang banyak. Semasa tempoh kehamilan, badan perlukan banyak tenaga untuk bayi dan ibu. Bila makanan bergula dihadkan, badan akan menggunakan sumber tenaga yang tersimpan sekaligus membantu mengurangkan berat ibu.
- makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap- Ibu mengandung memang kerap lapar. Itu memang tidak dinafikan. Saya amalkan makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap. Makanan yang kerap saya ambil berbentuk biskut rendah lemak, buah-buahan, kurma, kismis dan kekacang. Sambil makan, saya selangkan dengan air kosong. Secara tidak langsung, ibu akan rasa "lebih kenyang"
- amalkan supplement- Amalan memakan supplement memang sangat2 membantu. Saya amalkan supplement Shaklee untuk tenaga. Tidak dinafikan, bila badan cukup nutrisi, food craving atau mengidam itu kurang berlaku.
- kerap berjalan- Memandangkan senaman untuk ibu hamil adalah terhad, aktiviti berjalan sangat2 membantu untuk pembakaran kalori. Jalan secara perlahan ikut keupayaan badan supaya tidak cedera atau mendatangkan rasa tidak selesa. Selalunya, saya Berjalan di kawasan membeli belah sebagai salah satu cara untuk terapi diri dan badan. :)
Kelima2 tips diatas saya dapati sangat membantu menurunkan berat badan saya. Tapi perlu diingatkan, penurunan berat badan tidaklah drastik. Ada kalanya hasil nya sama sahaja bila kita timbang berat badan sebelum amalkan tips ini atau selepas. Yang membezakan ialah, berat ibu mungkin berkurang tetapi terdapat kenaikan yang positif bagi bayi yang dikandungkan. Apa pun, rujukan dengan ahli perubatan sangat penting sepanjang tempoh kehamilan bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Assalammualaikum .
ReplyDeleteBetul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Detoks boleh membantu untuk menurunkan berat badan sekaligus menjadikan badan lebih sihat dan ringan..Baca Tips Paling Mudah Dan Senang Untuk Turunkan Berat Badan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .