26 February 2015

Minyak Ikan utk rawat selesema dan batuk berkahak

Teks: Nor Saadah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Sangat2 membantu! Seriously minyak ikan yang kaya dengan omega 3 membantu anak saya pulih sendiri batuk berkahak dan selesema. Mak mana yang tak gembira kan bila anak semakin sihat. Selesema dan batuk berkahak warna hijau pula tu! Dah sah2 ada jangkitan.Kalau ikut walid Hannah dan Harith, memang dah kena mula ambil antibiotik. Tapi saya usahakan dengan tingkatkan lagi pengambilan supplement mereka.

Apa yang saya bagi ialah Mealshake 3kali dalam susu Hannah dan Harith bersama sebiji omegaguard yang saya koyakkan dulu untuk dimasukkan dalam susu mereka. Masa awal2 dijangkiti selesema, saya bagi 2 kali susu bersama mealshake dan omeguard. Pada hari2 biasa saya hanya bagi sebiji setiap seorang. Untuk elakkan bau ikan dalam susu mereka, saya buat macam ni;

-Bancuh susu seperti biasa
-letakkan omegaguard yang telah dikoyakkan dalam susu mereka sebiji setiap satu
-campurkan sesudu Mealshake untuk kurangkan bau ikan.
-Goncang! =)

Lepas tu bagi mereka minum. InshaAllah rasa vanilla mealshake tu dapat atasi rasa ikan omegaguard tersebut.




Berdasarkan kajian, minyak ikan yang kaya dengan omega 3 sangat2 membantu mengurangkan kesan keradanagan. Apabila hidung dan tekak dijangkiti virus selsema, ia akan bertindak menghasilkan mukus yang bbanyak dan berwarna hijau kekuningan. Dengan pengambilan sumber omega 3, masalah keradangan dapat diatasi sedikit demi sedikit sekaligus mengurangkan masalah selesema. Haa kan dah dikira self healing tu? =)

Anda sebagai ibu apa pilihan anda untuk bantu anak anda sihat? Saya pilih kaedah yang lebih natural dan selamat. Bukan lah bermaksud saya menolak ubat2an..Cuma, saya akan pastikan saya usaha dengan kaedah yang lebih mudah dan senang diterima oleh anak dan ahli keluarga saya.

Salam sayang!

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
.



23 February 2015

Selamat Tahun Baru Cina

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat tahun baru cina buat pembaca Mommy's Notes. Aktiviti kami semasa tahun baru cina baru hanya di sekitar Johor Bahru sahaja. Bermula dengan ziarah kubur arwah abah mertua, kemudian terus ke Hospital Sultan Ismail untuk ziarah saudara yang sakit lumpuh sebelah badan.

                                           

Al Fatihah buat arwah abah mertua. Sejujurnya saya tidak pernah berjumpa dengan arwah bapa mertua. Cuma masa sekolah dahulu pernah tengok dari jauh masa hari terbuka sekolah. Almaklumlah saya dan suami satu kelas. :) Masa tu rasa kagum, sebab arwah bapa mertua seorang doktor. Hihi, kalau ku tahu ku jadi menantu dah lama tegur abah. Hahha..


                                          

Secara ringkasnya, menurut suami, arwah abah meninggal akibat serangan kanser kolon. Dalam tempoh setahun, penyakit tersebut menjadi semakin kronik hingga akhirnya arwah abah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2006. Ketika tu suami saya masih belajar di ukraine dalam bidang perubatan. Ajal maut ditangan tuhan. Hatta seorang doktor sekalipun, penyakit kanser boleh serang sesiapa sahaja secara senyap. Tanpa disedari dah masuk stage kritikal.

                                        

Sepanjang saya hidup, saya dikelilingi dengan ahli keluarga dan rakan2 yang berpenyakit kronik. Perkara ni buat saya sering berjaga2 dan sentiasa dalam mode bersedia. Bukan nk minta perkara yang buruk tapi berjaga dengan usaha mencegah sebelum berlakunya sebarang penyakit 

suasana di HSI semasa hari raya cina. ramai yang beraya di hospital rupanya.
Keluarga sebelah suami saya mempunyai latarbelakang keluarga berpenyakit kanser. Begitu juga keluarga sebelah mak saya. Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko2 penyakit yang tidak terjangka, saya cuba dengan elakkan denagan kaedah mencegah serta berikan nutrisi yang terbaik. Antaranya mengamalkan Vivix sehari 1 sudu teh Untuk anak2 pula saya berikan nutrisi yng sesuai mengikut umur mereka seperti mealshake, vita-lea for children, vitamin c dan juga omegaguard. Anda pula bagaimana? 

Salam sayang

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



                                       



18 February 2015

5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Berat 1-2KG Seminggu

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Saya doakan pembaca mommy notes sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bahagia InshaAllah. Baiklah hari ni saya nak kongsi dengan pembaca 5 tips mudah untuk hilangkan berat badan 1-2 kg seminggu. Jangan marah ye selalu cerita pasal tips2 kurus. Sebab saya rasa terpanggil nak kongsi memandangkan ramai org sekeliling saya mengalami masalah berat badan lebih2 lagi ibu yang dah beranak pinak macam saya. :)

Baiklah, jom kita teruskan dengan 5 tips tersebut.

1. Elakkan Karbohidrat dan Makanan Berlemak

Tak boleh makan nasi ke? Sebenarnya boleh makan nasi. Bagi org yang dah biasa makan nasi, tiba2 tak makan nasi jadi mengigil pula kan? Mulakan dengan pengurangan kuantiti nasi. Sekiranya makan dengan pinggan yang besar, gunakan pinggan lebih kecil untuk sukat nasi. Pengalaman suami saya sendiri, beliau tidak makan nasi dapat kurangkan kilogram lebih cepat berbanding saya yang makan nasi sedikit. Tapi kena ikuti step kedua dibawah jika tak nak ambil nasi seperti suami saya.

2. Penuhkan 1/4 pinggan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein

Pinggan makan yang kita akan nikmati mestilah dipenuhi dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein. Biasanya apa yang saya amalkan ialah, makan sayuran hijau yang dimasak seperti bayam, kangkung, salad dan sebagainya. Jangan lupa juga ambil protein seperti ikan, daging atau ayam dalam pinggan makan anda. Untuk elakkan jemu, variasikan menu protein. Sekiranya harini dah makan ikan, gilirkan dengan ayam dan daging pada hari akan datang. Pinggan makan anda wajib dibahagikan kepada, 1/4 bahagian sayur, 1/4 bahagian protein dan 1/4 bahagian buah-buahan dan 1/4 bahagian nasi. Saya galakkan bagi mereka yang nak makan nasi, gantikan dengan nasi beras perang kerana ia kurang diproses serta kurang kanji. Gambar dibawah merupakan gambarajah pinggan makan anda sepatutnya.

maaf gambar kurang cantik. Lakaran tangan sendiri sahaja

Satu tips yang saya nak kongsikan masa makan ialah, makan bertertib. Tertib macam mana tu? Biasanya saya mulakan hidangan saya dengan minum segelas air kosong. Kemudian saya makan buah2an diikuti dengan bahagian sayur-sayuran, protein dan akhir sekali nasi. Hihi. tips ini berjaya mengajar saya untuk makan nasi dengan kuantiti yang amat sedikit. Sebab apa?sebab perut saya dah dipenuhi dengan air dan fiber dari buah-buahan dan sayuran serta sumber protein.

3. Elakkan mengambil minuman manis semasa makan

Sewaktu menikmati hidangan, jangan sertakan dengan air manis! Cukup sekadar air kosnng. Sebab air manis mempunyai kalori walaupun sedikit. Ada yang kata tak apa, lepas minum air manis bilas dengan air kosong. Kesannya tak sama ye. Sebab gula yang terkandung dalam air akan tetap diproses badan. Ia akan ditukarkan menjadi lemak sekiranya tidak digunakan. Macam mana kalau teringin? Rasa tak selera tak ada air manis. Saya sendiri option kan dengan minuman isotonik Shaklee, Perfomance Drink. Sedap.hihi. rasa oren dan yang pasti  tak ada gula malah bagus untuk badan.

4. Ambil makanan tambahan 

Secara personal, saya galakkan ambil makanan tambahan selepas makan. Seoerti biasa saya ambil supplement Shaklee seperti berikut:
  • Vita-lea sebagai multivitamin asas. Fungsi untuk topup mana2 nutrient yang kurang dalam menu harian.
  • Bcomplex untuk membantu proses penukaran gula menjadi tenaga
  • Vitamin C sebagai sumber antioksidan. Biasanya makanan yang dimasak sangat mudah kehilangan vitamin C, jadi sangat penting bagi saya untuk pastikan vitamin c ini cukup
  • OmegaGuard untuk cepatkan pembakaran lemak
  • Lecithin untuk berkerjasama bersama omegaguard memerangi lemak
Ada baiknya ambil supplement semasa diet. Ini disebabkan, ketika makan, kita ada kecenderungan untuk makan lebih banyak disebabkan kurangnya nutrisi badan. Kadangkala bila kita kekurangan samaada asid lemak seperti omega 3, ia akan menyebabkan badan tersilap hantar signal mengatakan kita lapar. Rujuk sini untuk lebih info mengenai lapar dan omega 3.

5. Tambahkan aktiviti fizikal 10 minit sehari

Sekiranya sibuk, mulakan dengan aktiviti mudah yang paling ringkas iaitu berjalan. Jika individu berkerja, paling mudah untuk dilakukan ialah dengan cara berjalan jauh sdikit dari tempat kereta diletakkan ke pejabat. Atau paling senang, gunakan tangga berbanding lift. Bagi suri rumah/ yang bekerja dirumah, bawa anak2 ke berjalan disekeliling taman pun blh dijadikan aktiviti.

Sekian dulu perkongsian saya. Semoga membantu. Alhamdulillah tips2 diatas memang saya amalkan dan sangat2 membantu. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Apa pun saya sangat berbesar hati sekiranya pembaca yang berjaya dengan tips ini berkongsi dengan saya.

Salam sayang

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



17 February 2015

Makan Minyak Ikan Boleh Kurus?

Teks oleh: Nor Saadah Binti Abdul Talib

Assalamualikum wbt.

Makan minyak ikan boleh kurus? Betul ke?Sebelum ni saya makan Omegaguard Shaklee sebab nak bagi sumber EPA dan DHA pada anak yang saya susukan sahaja. Sedar tak sedar, orang tegur dah makin kurus.Apa lagi, gembira la kan? sebab memang idaman setiap ibu selepas bersalin nak cepat kurus. Haa..Itu lah pengalaman saya masa menyusukan kedua2 anak saya sebelum ni.

Ok sebelum pergi lebih jauh, mari kita semak, apa sebenarnya  Omegaguard Shaklee ni atau lebih dikenali sebagai minyak ikan omega 3? Asid lemak omega 3 yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu merupakan lemak sihat atau baik yang diperlukan utk sokong tisue normal dalam badan.  Setiap membran sel, salur darah dan saraf terbina daripada asid lemak.  Oleh kerana badan tidak dapat menghasilkan asid lemak yang diperlukan, kita perlu dapatkannya daripada sumber makanan seperti ikan tuna, mackerel dan paling mudah supplement terbaik Omegaguard Shaklee.

Macam mana asid lemak ni berfungsi untuk bakar lemak ye? mekanisma yang mudah difahami seperti berikut:

  • omega 3 bantu bakar lemak dengan memberi tindakbalas pada hormon leptin .
  • hormon leptin memberitahu otak supaya kurang makan disebabkan tidak rasa lapar.
  • Leptin meningkatkan metabolisma dengan meningkatkan hormon thyroid sekaligus menggalakkan pembakaran lemak.
Sekiranya badan tidak memberi tindak balas yang baik dengan hormon leptin, otak akan menerima signal lapar dan menggalakkan makan lebih banyak seterusnya menyebabkan kegemukkan.Selain itu juga, kajian semasa menunjukkan omega 3  membantu mengurangkan rasa lapar dengan menstabilkan aras gula dalam darah.Individu yang bersenam dengan menambah omega 3 dalam diet harian mereka membakar lebih kalori berbanding individu yang hanya bersenam sahaja.


Bagi ibu yang menyusukan anak, sejumlah kalori ekstra dibakar berbanding individu yang tidak menyusukan anak. Apa lagi, pengambilan omega 3 yang konsisten dah tentu dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Ibu comel loteh, anak membesar dengan bijak dan sempurna. kan ke seronok?

kenangan menyusukan anak sulung :) precious momment

Apa pilihan ibu2 lain? nak kurus semudah ABC dan anak pintar? cepat2 lah rebut peluang ni :)


| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

16 February 2015

Resepi Donut Istimewa Yang Menyihatkan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan pembaca blog Mommy's Note berada dalam sihat dan bahagia selalu. Hari ni saya nak kongsikan resepi donut istimewa kesukaan anak-anak saya. Untuk ibu-ibu yang bekerja dari rumah yang sentiasa nampak anak depan mata, kadangkala buntu nak beri makan makanan yang berkhasiat. Nah saya kongsikan Resepi Donut Istimewa lagi menyihatkan. Hihi. apa yang istimewa? Istimewanya donut ini ialah saya menggunakan mealshake sebagai salah satu bahannya.

Kenapa mealshake Shaklee? Banyak sebab saya gunakan mealshake shaklee. Antaranya ialah disebabkan ia merupakan hidangan lengkap yang mudah diserap badan. Selain itu juga, rasa lemak vanilla nya juga membuatkan donut berbau harum dan menyelerakan. Sekilas lalu saya senaraikan manfaat utama Mealshake seperti dibawah:


  • mengandungi nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat besi
  • kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa
  • mengandungi asid folik, kalsium dan biotin yang membantu membina tulang
  • kaya dengan antioksida, vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan kuman
  • kaya dengan serat larut yang bantu proses detoks dan banyak lagi.
Baiklah kita kembali pada tujuan asal untuk kongsi resepi donut tersebut. Bahan-bahannya seperti yang terdapat dalam gambar,

  • tepung gandum setengah kilogram
  • gula 1 sudu
  • sedikit garam
  • 1 packet mauripan
  • 2 sudu besar marjerin
  • sedikit air sejuk
  • air suam 250ml utk kembangkan yeast
  • 3sudu besar mealshake (dalam gambar tong esp plak enterprem.hihi)



Cara nak buat:
campurkan mauripan dalam segelas air suam bersama 1 sudu gula. Biarkan seketika sehingga ia naik. Sementara menunggu yeast naik, campurkan marjerin bersama tepung dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Sebaik sahaja yeast telah kembang (berbuih-buih) campurkan dalam adunan tepung dan uli hingga jadi doh. sekiranya air kurang, tambahkan dengan air sejuk dari peti sejuk. Tutup doh yang telah siap diuli dan biarkan ia kembang sehingga sekali ganda.


Apabila doh sudah naik sekali ganda, tumbuk doh tersebut dah boleh la mula untuk membentuk donut. Saya gunakan acuan donut yang dibeli di Daiso, untuk setengah kilogram tepung, dapat hasilkan lebih kurang 25 biji donut. Biarkan seketika sebelum digoreng supaya donut sedikit mengembang. Jika ingin dijadikan makanan sejuk beku, goreng sekejap dalam tempoh 5 saat untuk matikan yeast. Bolehla disimpan untuk digoreng di masa akan datang.

Sekian sahaja perkongsian saya. Hihi, maaf, gambar hasil selalu tak dapat nak capture sebab terus goreng dan dingap. sekian dulu. InshaAllah saya kongsikan lagi untuk pembaca sekalian apa jua yang bermanfaat. salam sayang,

Adah

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

15 February 2015

Kenapa Jadi Gemuk?

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Saya doakan pembaca Mommy's Note berada dalam keadaan sihat dan berjaya.
Harini saya nk kongsikan sebab-sebab kenapa kita gemuk.Tujuannya supaya senang kita tackle cara yang paling sesuai untuk turunkan berat badan.

Ada banyak punca kenapa kita gemuk. Saya sendiri seorang gadis gemuk sejak sekolah rendah sehingga usia 20-an. Alhamdulillah dapat atasi masalah tersebut dan bertemu jodoh. hihi. Saya senaraikan satu persatu punca gemuk.

Faktor genetik- Saya perhatikan, Individu yang dilahirkan dalam lingkungan ahli keluarga gemuk juga seorang yang gemuk. Faktor genetik memberi kesan pada hormon yang terlibat dalam proses pengumpulan lemak. Sebagai contoh, gemuk yang disebabkan kekurangan hormon leptin dalam badan. Hormon leptin dihasilkan dalam sel lemak dan placenta yang berfungsi sebagai pemberi signal kepada otak supaya kurang makan. Sekiranya hormon ini tidak berfungsi dengan baik, individu akan mendapat signal lapar dan menyebabkan ia kerap makan dan membawa kepada kegemukkan.

Faktor persekitaran- Persekitaran yang menyebabkan tekanan juga salah satu punca untuk seseorang menjadi gemuk. Pengalaman saya sendiri, semasa sekolah, saya seorang yang pentingkan pelajaran. Setiap hari, saya balik sekolah lewat petang untuk selesaikan kerja2 sekolah. Pulang ke rumah, saya hanya tinggal makan dan berehat. Lepas makan, saya terus tidur. Hasilnya, badan memang seperti dipam-pam. Ada juga rakan-rakan sekerja saya dahulu jadi gemuk disebabkan tekanan ditempat kerja. Overloaded job untuk kejar target schedule menyebabkan sebahagian rakan-rakan saya memilih makanan yang mudah dimakan (fast food) dan makan sambil buat kerja. Kesannaya, makanan yang dimakan sebenarnya melebihi daripada keperluan tubuh badan walaupun kuantitinya nampak sedikit,

Makan secara berlebihan- Pengambilan makanan melebihi keperluan kalori badan yang diperlukan merupakan faktor utama kegemukkan berlaku. Lebih-lebih lagi memakan makanan yang berlemak dan bergula seperti makanan segera, makanan bergoreng dan manisan. Kalori daripada makanan tersebut akan ditukarkan menjadi lemak sekiranya tidak digunakan.

Kekerapan mengambil hidangan makanan- Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika di matrikulasi, saya menghadkan pengambilan makanan hanya pada waktu tengahari dan petang. Hasilnya, berat saya tidak turun sepertimana yang saya jangkakan malah saya cenderung untuk makan lebih banyak lagi sebab lapar.

Faktor kesihatan dan ubat-ubatan - Individu yang mempunyai masalah kesihatan dan bergantung pada ubat juga boleh menyebabkan gemuk. Sebagai contoh, terdapat ubatan yang mengandungi steroid yang blh menggalakkan seseorang itu menjadi gemuk.

Faktor usia- Peningkatan usia merupakan salah satu sebab turunnya kadar metabolisma badan. Seperti yang kita tahu, metabolisma badan yang tinggi akan lebih banyak menggunakan tenaga berbanding individu yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah.

gambar sebelah kiri masa umur 17tahun, berat 70 kg, sebelah kanan masa umur 26 tahun dengan berat 54kg.hihi


Gambar diatas bukan nak overclaim makan Shaklee boleh jadi kurus dengan cepat. Tapi nak ceritanya, dari umur saya 17 sampai 26 tahun tu, saya buat macam2 untuk kurus. Tapi kesannya lambat. Masa tu cuba macam-macam produk kampung segala jenis teh pahit saya telan. Tapi hasilnya hanya sakit perut memulas. dengan turunnya berat sekilo dua. Hihi.

Selepas melahirkan anak sulung tahun 2011, saya mula belajar, cara sihat untuk turunkn berat badan. Sebenarnya mudah sangat. Yang penting buat excercise, jaga pemakanan dan cukup minum air. Sebab saya tahu saya jadi gemuk disebabkan metabolisme saya yang tidak tinggi macam sebahagian org. Selain itu juga, ada kalanya saya makan pada waktu yang tidak konsisten kerana sibuk dengan urusan harian. Jadi, bagi mengatasi kejadian apa yang saya amalkan ialah berjalan laju semasa pergi kerja sebagai senaman saya. Makan supplement asas (tujuan awalnya nak bagi susu banyak) seperti Vita-Lea, Bcomplex, Vitamin C OmegaGuard dan ESP, minum air yang cukup dan kerap pam susu semasa bekerja. Hasilnya, secara tak sedar, berat saya turun dengan cepat dalam masa kurang 6bulan selepas melahirkan ank. Siapa tak suka kan?

Anda pula macam mana? Dah tahu punca gemuk?Kalau tak tahu, cuba buat analisa diri. InshaAllah memudahkan usaha untuk kurus. Kesimpulan utk kurus ni mudah. Kita detoks badan kita supaya badan mudah terima nutrient. Kemudian bekalkan nutrient utk percepatkan proses metabolisma badan, pembakaran lemak dan akhir sekali beri badan protein untuk gantikan lemak2 yang dibakar dengan otot baru.



| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

08 February 2015

Tips Turunkan Berat Badan Semasa Mengandung

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Boleh ke turunkan berat badan semasa mengandung? Sepanjang tempoh kehamilan, kenaikan berat badan yang mendadak sangat membimbingkan ibu seperti saya juga. Ini disebabkan, kenaikan berat badan yang tidak terkawal mengundang banyak risiko. Hari ni saya kongsikan 5 tips yang saya amalkan untuk turunkan berat badan dan kawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan.


Sumber gambar: Google image

Sebelum tu, melalui hasil bacaan saya, berikut merupakan sebahagian risiko pada ibu mengandung yang terlebih berat badan.

  • gestational diabetes- diabetes yg terjadi disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan baik untuk menurunkan aras gula dalam darah. Membahayakan ibu dan menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih besar.
  • preeclamspia- komplikasi disebabkan masalah tekanan darah tinggi, edema serta lebihan proteindalam urin. walaupun punca sebenar masalah ini terjadi tidak diketahui, kenaikan berat badan yang tidak terkawal dan berlebihan meningkatkan risiko preeclamsia
  • jangkitan- ibu yang mengalami berat badan berlebihan berisiko untuk mendapat jangkitan terutama jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
  • thrombosis- pengumpulan clot terjadi dalam salur darah.
  • gangguan tidur- tidur tidak lena diikuti dengan masalah pernafasan kurang baik semasa tidur
  • c-section - kebanyakkan ibu yang obese sukar melahirkan anak secara normal, sekaligus meningkatkan risiko kelahiran melalui kaedah pembedahan
  • Kehilangan kandungan- masalah berat badan berlebihan meningkatkan risiko keguguran serta kematian anak dalam kandungan.
Secara purata, bagi ibu yang mempunyai BMI normal (18-24)sebelum mengandung, kenaikkan berat badan yang sihat adalah diantara 11-15 kg sepanjang tempoh kehamilan. Bagi ibu yang kurang berat badan, (BMI < 18) pula antara 12-18kg manakala ibu yang obese ( BMI 25-29.9) antara 5-10kg. ( rujukan )

sources: http://ajoyrenewed.blogspot.com/2014/01/on-pregnancy-weight-gain-ed-past.html


5 tips yang saya amalkan bagi mengawal kenaikan berat badan semasa mengandung.
  • diet secara sihat- perkara utama paling penting saya jaga ialah diet secara sihat. Saya sangat2 teliti dalam pemilihan makanan. Makanan berkalori tinggi saya kurangkan dan banyak ambil sayur-sayuran, buah-buahan bila rasa lapar. Biasanya, saya makan nasi sekali sahaja sehari ketika makan tengahari. Untuk makan malam, saya biasa gantikan sama ada dengan sup2 sayur, oat atau mnuman protein untuk atasi rasa lapar. Dah tentu protein pilihan saya ESP Shaklee
  • kurangkan makan dan minuman manis- minuman manis dan berkalori tinggi sebenarnya merupakan faktor utama wujudnya lebihan kalori yang boleh menyebabkan gemuk. Gula dalam minuman yang tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak yang disimpan dibawah kulit. Biasanya, sebelum ambil sebarang makanan, saya akan minum segelas air putih. Tips ini sangat membantu saya untuk tidak makan makanan manis dan bergula dalam kuantiti yang banyak. Semasa tempoh kehamilan, badan perlukan banyak tenaga untuk bayi dan ibu. Bila makanan bergula dihadkan, badan akan menggunakan sumber tenaga yang tersimpan sekaligus membantu mengurangkan berat ibu. 
  • makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap-  Ibu mengandung memang kerap lapar. Itu memang tidak dinafikan. Saya amalkan makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap. Makanan yang kerap saya ambil berbentuk biskut rendah lemak, buah-buahan, kurma, kismis dan kekacang. Sambil makan, saya selangkan dengan air kosong. Secara tidak langsung, ibu akan rasa "lebih kenyang"
  • amalkan supplement- Amalan memakan supplement memang sangat2 membantu. Saya amalkan supplement Shaklee untuk tenaga. Tidak dinafikan, bila badan cukup nutrisi, food craving atau mengidam itu kurang berlaku.
  • kerap berjalan- Memandangkan senaman untuk ibu hamil adalah terhad, aktiviti berjalan sangat2 membantu untuk pembakaran kalori. Jalan secara perlahan ikut keupayaan badan supaya tidak cedera atau mendatangkan rasa tidak selesa. Selalunya, saya Berjalan di kawasan membeli belah sebagai salah satu cara untuk terapi diri dan badan. :)

Kelima2 tips diatas saya dapati sangat membantu menurunkan berat badan saya. Tapi perlu diingatkan, penurunan berat badan tidaklah drastik. Ada kalanya hasil nya sama sahaja bila kita timbang berat badan sebelum amalkan tips ini atau selepas. Yang membezakan ialah, berat ibu mungkin berkurang tetapi terdapat kenaikan yang positif bagi bayi yang dikandungkan. Apa pun, rujukan dengan ahli perubatan sangat penting sepanjang tempoh kehamilan bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.


| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



02 February 2015

Tips Mengurus waktu kerja ibu

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib
Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah saya teruskan perkonhsian dalam blog ini setelah hampir 2 m8nggu menyepi. Terus terang saya katakan, saya masih lagi dalam mode penyesuaian diri utk bekerja di rumah dan pada masa yg sama mengasuh mereka.
Sangat sibuk terasa bila bekerja di rumah dengan anak-anak disisi. Tapi jujur saya katakan perasaan sangat puas. Bila melihat mereka makan makanan dari air tangan sendiri, keletihan bermain sehingga tertido, seolah2 suatu kepuasan bagi saya.
Sedikit tips yang ingin saya kongsikan utk ibu yang ingin menyesuaikan kerja di rumah:
1. Bangun awal seperti anda bekerja di pejabat atau di luar rumah. Biasakan utk menyiapkn diri seolah2 hendak ke pejabat. Ini bg mengelakkan ibu dari lewat mandi pagi. Sangat2 perlu dielakkan lebih2 lagi jika suami juga berada di rumah.
2.duduk sebentar sebelum memulakan kerja harian. Tuliskan pada kertas, senarai tugas yanh imgin diselesaikn pada hari tersebut. Sebagai cth, tuliskan aktiviti dan jangka waktu aktiviti tersebut akan dibuat.
3.kerja2 yang menggunakan mesin seperti basuh baju,masak menggunakn peralatan elektrik blh dilakukan serentak. Sambil menunggu pakaian siap dubasuh, dengan segera sediakan makanan utk anak2.
4.segera mandikan anak apabila mereka bangun serta siapkan keperluan mereka seperti makanan, susu serta aktiviti mereka.
5.setelah mereka kenyang dan segar, biwrkan mereka bermain. Ibu perlu bersikap toleransi dengan anak2. Mereka akan bermain berhampiran dengan ibu bekerja.jadi ibu perlu menuesuaikn tempat dan ruangan utk bekerja bersama keadaan yg tidak teratur!
6.Tukar lokasi ibu bekerja lebih kerap utk mengelakkan ank2 bosan. Sebagai cth, ibu boleh mencari maklumat/bekerja di luar rmh sambil memerhatikan mereka bermain
7.praktikkan aktiviti bersama mereka setiap hari berulang2. Ini bertujuan membiasakan mereka supaya faham bahawa ibu mereka bekerja tetapi mereka tetap menda0at perhatian.
8. Ibu perlu berlapang dada dalam membesarkan anak2.kerana mereka masih dalam proses mempelajari sesuatu dengan setiap aktiviti yg mereka lakukan. Zikir, selawat serta istigjfar merupakan amalan yerbaik utk menenangkan ibu.
Selamat bekerja dengan tenang dan gembira bersama anak-anak!
Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidipan

Badan Bertenaga dan Wajah Berseri Semasa Hamil

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Semalam, 1 February, sepatutnya saya ada kelas Gerak Gempur2015 dengan salah seorang ahli group Jutawan, Cik Pau. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kelas ditunda pada tarikh lain. Jadi bagi memenuhi masa, saya dan anak2 bersiar-siar ke IOI city Mall di Putrajaya.

Sangat penat dan mencabar bila mak buyung 7bulan jalan bersama dengan ank lelaki yg superaktif. Kena lari kejar ank yang tidak mahu dipegang dan suka main "hide and seek". Tak dinafikan pengalaman mengandung anak diusia 30an sangat2 menuntut energi yang tinggi berbanding mengandung di usia 20an. Kalau dulu masa mengandung anak sulung, badan steady walau skip makan supplement. Sekarang memang wajib ambil supplement.


Gambar terkini, usia kandungan 7 bln (February 2015)

Alhamdulillah walaupun penat masih blh kawal diri. Pengambilan B complex  yang konsisten sangat2 membantu untuk kawal rasa geram dan nak marah, Hihi. Tenaga memang ditahap supermax bila perlu jalan laju-laju untuk tangkap boy sorang ni. Selain itu, muka pun ada sedikit senyum walaupun dalam hati rasa geram je dengan kerenah sikecik ni.

Sepanjang 4 kali pregnant (kandungan ke 3 gugur), apa yang saya perasan, sangat penting sebenarnya konsisten dalam menjaga pemakanan yang seimbang. Bila badan cukup nutrient, tenaga dapat digunakan semaksima mungkin walaupun penat. Mustahil la kan badan tak penat sebab dah sah2 kita memang perlukan tenaga yang banyak untuk baby dalam perut dan aktiviti seharian. Lagi satu, muka juga tidak kelihatan kusam sekiranya amalkan supplement. Maklumat ini ada benarnya berdasarkan hasil google saya apa nutrient terbaik semasa mengandung.



Gambar usia kandungan 7bln 1st pregnancy 2011

Gambar di atas ni masa saya mengandung anak pertama. Usia kandungan pun sama, 7 bulan. Muka dan badan memang kembang semangkuk. Hihi. Tapi disebabkan masih muda, badan masih bertenaga walaupun masa tu saya belum kenal Shaklee lagi. Supplement ynag saya amalkan hanyalah supplement yang dibekalkan oleh klinik seperti Obimin, Neurogain dan Calsium lactate. Masa tu tak pernah peduli natural supplement atau sintetik. Walaupun tenaga ditahap memuaskan, apa yang saya dapati muka kelihatan sembab walaupun usia kandungan baru mencecah 7 bulan. :)

2nd pregnancy April 2012- 7 bulan kandungan
Masa mengandungkan anak kedua, saya dah mula kenal Shaklee. Masa ni memang amalkan natural supplement sahaja sebab dah tahu kebaikan supplement natural dan sintetik. Walaupun saya makan supplement, masa ni saya akui ada skip juga supplement sebab badan rasa ok je buat kerja2 harian. Hihi.Steady je dukung Hannah walaupun mengandung, Muka dah mendulang walaupun tak kelihatan sembab sangat.



Kandungan terkini memang saya akui konsisten amalkan pemakanan Supplement Shaklee. Sebabnya saya sendiri dapat rasakan, bila badan kurang nutrient, saya jadi cepat penat, mood swinger dan  pemarah dengan muncung sedepa. Almaklumla, badan semakin meningkat usia ditambah pula dengan 2 anak kecil yang sedang aktif. Kali ni saya bedal semua supplement, bcomplex, vitalea, vitamin C, omegaguard, osteomatrix dan juga esp. 

Nampak bezakan bila kita konsisten jaga pemakanan ketika mengandung? Ada orang kata sebenarnya tak perlu makan supplement ni. Memadai dengan makan makanan berkhasiat. Tapi pada saya, kita sekarang sangat terdedah dengan pelbagai bentuk perubahan genetik makanan yang menyebabkan badan kita tidak dapat serap sepenuhnya nutrient dari makanan harian kita. Bila berlaku kebocoran nutrient, itu yang menjadi sebahagian punca ibu2 tidak selesa semasa mengandung seperti sembab dan kebas2 kaki tangan atau dalam bahasa medikal nya edema. Rupanya, walaupun hanya sebab kekurangan vitamin c, kita boleh meningkatkan risiko edema dan penyakit2 lain semasa mengandung. Kita ada pilihan utk topup atau tidak. Terulang pada diri sendiri sebab yang membawa badan pun diri kita juga bukan rang lain. :)


Anak Shaklee saya bersama barang yang sempat saya grab di Daiso IOI Mall


Bagi ibu yang ingin kekal bertenaga, saya sangat2 mengesyorkan pengambilan supplement setiap hari. tidak kira semasa mengandung atau tidak. Badan nak pakai lama, usia pula semakin meningkat. Jadi sebagai langkah mengelakkan tua sebelum usia, tak salah sekiranya bekalkan badan dengan nutrient yang sepatutnya pada badan. Bagi ibu muda yang bertenaga dan berseri semasa mengandung, anda sangat bertuah ok! Hargai kesihatan sebaiknya. :)


| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015