15 February 2015

Kenapa Jadi Gemuk?

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Saya doakan pembaca Mommy's Note berada dalam keadaan sihat dan berjaya.
Harini saya nk kongsikan sebab-sebab kenapa kita gemuk.Tujuannya supaya senang kita tackle cara yang paling sesuai untuk turunkan berat badan.

Ada banyak punca kenapa kita gemuk. Saya sendiri seorang gadis gemuk sejak sekolah rendah sehingga usia 20-an. Alhamdulillah dapat atasi masalah tersebut dan bertemu jodoh. hihi. Saya senaraikan satu persatu punca gemuk.

Faktor genetik- Saya perhatikan, Individu yang dilahirkan dalam lingkungan ahli keluarga gemuk juga seorang yang gemuk. Faktor genetik memberi kesan pada hormon yang terlibat dalam proses pengumpulan lemak. Sebagai contoh, gemuk yang disebabkan kekurangan hormon leptin dalam badan. Hormon leptin dihasilkan dalam sel lemak dan placenta yang berfungsi sebagai pemberi signal kepada otak supaya kurang makan. Sekiranya hormon ini tidak berfungsi dengan baik, individu akan mendapat signal lapar dan menyebabkan ia kerap makan dan membawa kepada kegemukkan.

Faktor persekitaran- Persekitaran yang menyebabkan tekanan juga salah satu punca untuk seseorang menjadi gemuk. Pengalaman saya sendiri, semasa sekolah, saya seorang yang pentingkan pelajaran. Setiap hari, saya balik sekolah lewat petang untuk selesaikan kerja2 sekolah. Pulang ke rumah, saya hanya tinggal makan dan berehat. Lepas makan, saya terus tidur. Hasilnya, badan memang seperti dipam-pam. Ada juga rakan-rakan sekerja saya dahulu jadi gemuk disebabkan tekanan ditempat kerja. Overloaded job untuk kejar target schedule menyebabkan sebahagian rakan-rakan saya memilih makanan yang mudah dimakan (fast food) dan makan sambil buat kerja. Kesannaya, makanan yang dimakan sebenarnya melebihi daripada keperluan tubuh badan walaupun kuantitinya nampak sedikit,

Makan secara berlebihan- Pengambilan makanan melebihi keperluan kalori badan yang diperlukan merupakan faktor utama kegemukkan berlaku. Lebih-lebih lagi memakan makanan yang berlemak dan bergula seperti makanan segera, makanan bergoreng dan manisan. Kalori daripada makanan tersebut akan ditukarkan menjadi lemak sekiranya tidak digunakan.

Kekerapan mengambil hidangan makanan- Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika di matrikulasi, saya menghadkan pengambilan makanan hanya pada waktu tengahari dan petang. Hasilnya, berat saya tidak turun sepertimana yang saya jangkakan malah saya cenderung untuk makan lebih banyak lagi sebab lapar.

Faktor kesihatan dan ubat-ubatan - Individu yang mempunyai masalah kesihatan dan bergantung pada ubat juga boleh menyebabkan gemuk. Sebagai contoh, terdapat ubatan yang mengandungi steroid yang blh menggalakkan seseorang itu menjadi gemuk.

Faktor usia- Peningkatan usia merupakan salah satu sebab turunnya kadar metabolisma badan. Seperti yang kita tahu, metabolisma badan yang tinggi akan lebih banyak menggunakan tenaga berbanding individu yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah.

gambar sebelah kiri masa umur 17tahun, berat 70 kg, sebelah kanan masa umur 26 tahun dengan berat 54kg.hihi


Gambar diatas bukan nak overclaim makan Shaklee boleh jadi kurus dengan cepat. Tapi nak ceritanya, dari umur saya 17 sampai 26 tahun tu, saya buat macam2 untuk kurus. Tapi kesannya lambat. Masa tu cuba macam-macam produk kampung segala jenis teh pahit saya telan. Tapi hasilnya hanya sakit perut memulas. dengan turunnya berat sekilo dua. Hihi.

Selepas melahirkan anak sulung tahun 2011, saya mula belajar, cara sihat untuk turunkn berat badan. Sebenarnya mudah sangat. Yang penting buat excercise, jaga pemakanan dan cukup minum air. Sebab saya tahu saya jadi gemuk disebabkan metabolisme saya yang tidak tinggi macam sebahagian org. Selain itu juga, ada kalanya saya makan pada waktu yang tidak konsisten kerana sibuk dengan urusan harian. Jadi, bagi mengatasi kejadian apa yang saya amalkan ialah berjalan laju semasa pergi kerja sebagai senaman saya. Makan supplement asas (tujuan awalnya nak bagi susu banyak) seperti Vita-Lea, Bcomplex, Vitamin C OmegaGuard dan ESP, minum air yang cukup dan kerap pam susu semasa bekerja. Hasilnya, secara tak sedar, berat saya turun dengan cepat dalam masa kurang 6bulan selepas melahirkan ank. Siapa tak suka kan?

Anda pula macam mana? Dah tahu punca gemuk?Kalau tak tahu, cuba buat analisa diri. InshaAllah memudahkan usaha untuk kurus. Kesimpulan utk kurus ni mudah. Kita detoks badan kita supaya badan mudah terima nutrient. Kemudian bekalkan nutrient utk percepatkan proses metabolisma badan, pembakaran lemak dan akhir sekali beri badan protein untuk gantikan lemak2 yang dibakar dengan otot baru.



| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015