24 July 2013

Badan sihat, Kulit Gebu Tanpa Jerawat dan Parut dengan Vitamin E Shaklee

Teks oleh:Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 15 ramadhan. Bermakna kurang lebih 2 minggu lagi Syawal menjelang. Seronok dan sedih. Keduanya bercampur baur sebab Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat bakal pergi digantikan dengan hari kemenangan.

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai kepentingan vitamin E dan kesihatan. Apa itu vitamin E? Mengapa penting untuk kesihatan? Menurut  Wikipedia, Vitamin E merupakan gabungan 8kumpulan lemak terlarut termasuk tocopherols dan tocotrienols. Vitamin E bertindak menghentikan penghasilan radikal bebas yang terjadi disebabkan pengoksidaan lemak.



Sebagai seorang daripada pengedar berdaftar Shaklee, ingin saya kongsikan kandungan serta kebaikan Vitamin E Shaklee.

Apakah Vitamin E Shaklee?
Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Ia diperbuat daripada minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. d-alpha tocopheryl,d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi diekstrak dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama,delta)

Vitamin E Shaklee mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh manusia menyerap vitamin E. Ia berfungsi memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Vitamin E juga bertindak sebagai penyahtoksik semulajadi logam bert  seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan anti-oksidan serta melindungi retina.

Sebiji kapsul gel vitamin E Shaklee mengandungi 400IU yang bersamaan dengan 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam serta 500 g badam. yang mampu bertindak melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.

Apakah khasiat Vitamin E?

Vitamin E mempunyai pelbagai khasiat disebabkan sifatnya yang bertindak sebagai antioksidan.Ia membantu manusia memelihara jantung,darah,sendi,kulit,dan banyak lagi. Secara ringkasnya saya senaraikan di bawah:

Khasiat  Vitamin E pada jantung dan sel darah

ü  sel darah merah dengan mengelakkan pengasidan lipid
ü  meningkatkan koleterol HDL dalam tubuh manusia.
ü  mengurangkan tekanan darah
ü  menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
ü  menghalang penyakit anemia hemolitik, (sejenis penyakit kemusnahan sel darah)
ü  memperbaiki kitaran darah

Khasiat Vitamin E Shaklee pada kulit
ü  Mengecilkan liang pori dan menjadikan kulit lebih halus
ü  Menghilangkan bekas jerawat, parut dan jeragat
ü  Melambatkan penuaan sel serta menjadikan kulit awet muda
ü  Mengurangkan kedutan bawah mata
ü  Mencerahkan tona kulit


Khasiat lain Vitamin E pada manusia


ü  Meningkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan bilangan sperma lelaki serta meningkatkan kemampuan seksual dengan membekalkan oksigen secukupnya.
ü  Bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat dan melawan kanser , mengukuhkan system imunisasi serta mengurangkan kesan kerosakan akibat radikal bebas.
ü  Memperbaiki sakit sendi  Arthritis, merawat kekejangan pada otot penyakit buasir, sakit kepala serta urat varikos.
ü  Vitamin E mengelakkan keguguran, merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra haid dan sindro menopaus.



Untuk mendapatkan kesan optimum Vitamin E, pengguna perlu tau berapakah  dos yang sesuai dan selamat mengikut keperluan. Sekiranya anda tidak tahu dan tidak pasti dos yang sebenar, hubungi saya Nor Sa’adah Abdul Talib di talian 0167187143 bagi mendapatkan nasihat dan konsultasi percuma. 

Salam ramadhan
Nor saadah Abdul Talib

23 July 2013

DIDIK ANAK SOLAT

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

DIDIK ANAK SOLAT

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur, sehingga hari ini kita telah memasuki separuh ramadhan yang kedua. Pejam celik mata, sudah dua minggu kita berpuasa.

Sepanjang Ramadhan, saya mempunyai keinginan untuk menunaikan terawikh di masjid sebagai salah satu tarbiyah untuk anak kecil saya. Tapi memandangkan suami saya sering sibuk bertugas di hospital, niat saya ini saya tangguhkan dahulu. 2 anak kecil saya berusia 2tahun 4bulan dan seorang lagi 13 bulan.Tak terbayang sekiranya saya bawa mereka ke masjid mengikuti saya untuk terawikh. Namun demikian, saya ingin kongsikan sebagai panduan bagi kita sebagai ibu bapa, cara untuk mendidik anak solat daripada blog ini

{ Seorang penulis buku Islam pernah berkata,"Saya mengetahui tentang Islam setelah menyaksikan ibu saya berwuduk, solat dan berpuasa.Contoh yang baik dari ibu itulah yang menanamkan perasaan paling dalam pada diri saya dan mendorong saya untuk mencintai solat dan puasa. Sebagaimana saya tahu bahawa zikir, solat dan puasa serta pelbagai perkataan dan perbuatan yang saya dengar dan saksikan dari ibu saya telah memberikan dorongan fitriah dari dalam jiwa saya untuk mencintai ibadah”.

Pernah sahabat bertanyakan kepada Rasulullah tentang bilakah waktu mula mengajar anak solat. Rasulullah menjawab “ Jika seorang anak sudah dapat membezakan antara arah kanan dan kiri, suruhlah dia supaya menunaikan solat.” (HR. Abu Daud)

Nabi s.a.w juga member had umur  disuruhnya anak-anak kecil menunaikan solat, kerana umur sebelum itu merupakan masa meniru kedua ibu bapa mereka dan usaha menjadikan mereka mencintai solat. Al-Hakim meriwayatkan dari Abdullah bin Amru b Ash bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahkan anak-anak kamu supaya menunaikan solat ketika mereka telah berumur 7 tahun dan pukullah mereka (jija tidak mahu menunaikannya) ketika mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah juga tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)."

(petikan drpd  buku Mengajar Anak Mudah Solat)

Pokok utamanya adalah bermula daripada ibu bapa kerana mereka akan mencontohi orang yang dekat dengan mereka. Ajarlah dengan, tutur kata yang lembut dan memujuk tentang kehebatan solat dan ajari mereka secara formal tentang wuduk, bacaan dalam solat ketika mereka berusia 5 atau 6 tahun. Saya pasti, anak-anak akan lebih cepat faham sekiranya ia di sertakan dengan perbuatan daripada ibu bapanya.}


Salam Ramadhan
Nor Sa'adah Abdul Talib



POSITIF


Oleh: Nor Saadah Abdul Talib



19 July 2013

Buka Hati, Lapangkan Minda

Teks Oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini Jumaat kedua di bulan ramadhan saya masih diberi peluang untuk menitip kata di blog ini sebagai pengisian Panduan Ibu Ayah.

Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairunnisa Hamzah selaku mentor saya yang mendidik serta mengajar bagaimana penulisan serta pengisian blog.Dan tidak lupa juga Kak Masayu Ahmad yang banyak memberi tunjuk ajar.

Secara peribadi, saya mula tertarik untuk mengikuti kelas Nisa disebabkan saya sendiri inginkan satu perubahan dalam hidup saya. Kerjaya sebagai jurutera  sangat memerlukan komitmen yang tinggi pada kerja, tetapi pada masa yang sama saya mempunyai 2 orang anak kecil yang menuntut perhatian. Bertitik tolak dari situ, saya mula memikirkan opsyen terbaik untuk saya dan keluarga. Sekarang, fokus saya ialah membuat persediaan untuk bekerja dari rumah secara sampingan tdan pada masa yang sama saya membesarkan serta mendidik anak saya.

Saya akui, pada masa sekarang, teknologi mengatasi zaman. Segala urusan boleh dilakukan dihujung jari. Saya ingin memiliki komuniti alam maya untuk bermuamalah.Tetapi, kita sebagai manusia kadangkala tertinggal dek perkembangan arus teknologi yang pesat. Pada usia saya 30 tahun, saya boleh membina blog sendiri tetapi terlalu banyak kekurangan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya coretkan,apa kehendak pembaca, bagaimana menarik pembaca untuk terus membaca coretan saya dan banyak lagi. Sehinggalah satu hari Nisa membuka kelas penulisan secara online. Ketika itu saya terdetik, kenapa tidak saya buka hati saya dan lapangkan minda untuk berguru dengan Nisa.Pasti ada perkara yang saya tidak pernah tau ttapi  Nisa lebih tahu.

Maka dengan izin Allah saya mengikuti kelas pembelajaran secara online. Diawal kelas, saya rasa seronok.Setiap hari saya teruja untuk menulis. Tetapi panas tak sampai ke petang. Saya melalui kekangan masa yang sangat padat. Bermula dengan majlis walimah adik ipar di Bintulu Serawak, diikuti majlis di sebelah Johor seterusnya serangan penyakit yang disebabkan ketumbuhan pada usus oleh ibu mertua saya dan banyak lagi. Saya hampir terlupa dengan sesi pembelajaran bersama Nisa. Bila melihat rakan-rakan kelas yang lain sudah lebih maju ke depan, saya jadi malu kerana masih banyak perlu saya kejar.Tetapi syukur, Nisa tidak pernah memaksa untuk mengejar. Sebaliknya menggalakkan serta mendoakan agar setiap yang saya lalui dapat dihadapi dengan tenang.

Akhirnya saya tekad, saya sendiri yang ingin perubahan,semestinya saya kena terus cekal. Saya mohon pada Allah Taala semoga saya sentiasa dibukakan hati serta minda yang lapang untuk meneruskan perjuangan saya menjadi hamba Allah yang beriman serta bertanggungjawab terhadap keluarga dan sesama Islam. Semoga Allah membantu saya, guru saya Khairunnisa Hamzah, Kak Masayu Ahama dan rakan-rakan kelas yang lain terus istiqamah dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Terima Kasih Cikgu!

Salam Sayang
Nor Sa'adah Abdul Talib


18 July 2013

Peranan Suami Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Teks: Nor Sa’adah Abdul Talib

Peranan Suami Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini teruskan perkongsian untuk menjaya penyusuan ekslusif susu ibu. Entri kali ini saya fokuskan pada Peranan Suami Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu( daripada blog Puan Farah melalui perkongsian suami beliau)

sumber:Google image

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status  yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi  kelas)  Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. (amboi…..-farah-)


5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.
6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial  drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Allah berfirman (utk kaum suami):
Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6


Cukup ke Bayi saya minum susu?

Teks: Nor Sa’adah Abdul Talib

Cukup ke Bayi saya minum susu?

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk  teruskan perkongsian mengenai penyusuan ekslusif. Seringkali saya ditanya oleh rakan-rakan sepejabat, terutama ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan anak. “Cukup ke baby saya isap susu, kak?””anak saya asyik nak melekat dengan saya je,kenapa ye”

Untuk mengetahui samada bayi anda cukup menyusu atau tidak, ada beberapa perkara yang perlu ibu perhatikan. Melalui pembacaan saya di kellymom.com , saya ringkaskan seperti di bawah:

 Berat bayi- Sekiranya bayi anda menunjukkan pertambahan berat , ini menunjukkan bayi anda cukup menyusu.Di awal kelahiran, kebanyakkan bayi mengalami penurunan berat badan anta 5-7%. Situasi ini adalah normal. Selepas 2 minggu kelahiran, kenaikan berat bayi akan terus naik seiring dengan pertumbuhan tumbesarannya. Secara purata, bayi akan bertambah berat  6oz/minggu sekiranya menyusu susu ibunya. Sekiranya tidak ada pertambahan berat bayi, ibu perlu bertindak bertemu kaunselor susu ibu untuk mengenalpasti punca masalah.

Lampin Basah- bayi yang kerap menyusu, biasanya lebih kerap ditukar lampin. Pada hari pertama selepas dilahirkan, hanya 1 lampin kain yang basah, bertambah 5-6 helai dalam tempoh seminggu. Untuk mengetahui tahap kebasahan lampin, ibu boleh tuangkan 45ml air pada lampin bersih dan rasainya. Sekiranya bayi kencing dengan kerap, jumlah urin/helai lampin adalah sedikit.

Lampin kotor: 3 – 4+ helai sehari selepas hari ke 4
Najis bayi seharusnya bewarna kuning tanpa meconium selepas hari ke 5. Kebiasaanya, bayi yang menyusu mengeluarkan najis yang lembut, sedikit berair atau berbiji-biji)

Tanda-tanda lain: Ibu akan merasakan payudaranya lembut selepas bayi menghisap dan bayi kelihatan selesa, aktif dan mengikuti carta perkembangan bormal bayi.

Sepanjang tempoh menyusukan anak, ibu perlulah menjaga pemakanan harian kerana nutrient harian ibu akan turut diserap ke dalam susu yang diminum oleh bayi. Pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan untuk menampung keperluan ibu dan anak. Shaklee ada menawarkan set yang bersesuaian untu ibu menyusu serta selamat untuk bayi.



Sekiranya anda berminat, hubungi saya Norsaadah di 0167187143 atau emailkan pada norsaadahabdultalib@gmail.com  untuk mendapatkan konsultasi percuma. 

Selamat menyusukan bayi anda!

Salam sayang,

Nor Sa’adah Abdul Talib

16 July 2013

Vita-Lea Iron Formula

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

VITALEA ®IRON FORMULA




Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai Vitalize Mineral dan disingkatkan menjadi “Vita-min” .90 tahun dahulu, Vitalea ini dalam bentuk cecair. Tetapi dengan peningkatan teknologi, pihak Shaklee telah menjadikannya dalam bentuk tablet. Setiap tablet vitale mengandungi 30 nutrisi harian lengkap seperti yang disarankan RDA. Ia merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi vitamin dan mineral kritikal dalam jumlah yang seimbang.


Vitalea dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif  yang kompleks disebut  sebagai Explo-Tab. Ini menjadikan Vitalea sebagai multivitamin paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Kebaikan Vitalea:

  • Penambahan tenaga segera- Vitalea bertindak sebagai pemberi tenaga, memberikan kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun aktiviti harian. 
  • Pelengkap Nutrisi- kandungan mineral yang seimbang dari vitalea dapat menampung kekurangan vitamin dan mineral dalam diet seharian 
  • Keupayaan system Produktif- kandungan mineral seperti kalsium, fosforus, iodin,zat besi dan zink berfungsi untuk menstabilkan serta membentuk system produktif lelaki dan perempuan. Ianya penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
  • Metabolisma- Kandungan nutrient yang seimbang sangat membantu proses stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan. 
  • Elemen Penting pada sel tubuh- Vitalea menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, regenerasi sel serta membantu proses pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone. Selain itu juga vitalea bertindak melindungi tirod yang sangat penting dalam penghasilan hormone. 
  • Melindungi Organ- Kandungan yang seimbang serta mencukupi melindungi buah pinggang, jantung serta hati


ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE

Teks: Nor Sa'adah Abdul Talib

Energizing Soy Protein

Energizing Soy Protein (ESP)merupakan makanan tambahan berasaskan soya. Ia diperbuat daripada kacang soya terpilih yang bersifat “non genetically modified organism” (non-gmo) . Ciri ini membezakan  antara ESP dari Shaklee dengan produk-produk setara dengannya.

Setiap 850 g ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya non gmo  yang dicuci dengan air tanpa pemprosesan menggunakan alcohol. Ini bertujuan untuk mengekalkan Isofalvones  genistein dan daidzen yang kritikal untuk membekalkan seluruh kebaikan soya.Berbeza dengan kebanyakkan protein kacang soya terdapat dipasaran, diekstrak menggunakan alkohol yang menyebabkan kehilangan isoflavon soya tersebut.
ESP dari Shaklee merupakan satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan iaitu Isoleucine,Leucine, Lisin, Methionine, Phenylalanine, Serine, Threonine, Tryptophan dan Valine. Selain itu juga ESP diperkaya dengan 5 sumber vitamin (Vitamin A,D,E,K dan B) dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira usia. Kandungan Indeks Glisemik  (G.I) yang rendah menjadikan ia sangat sesuai untuk org yang menghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, bersifat rendah lemak,tiada kolestrol,tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

  •  Awet Muda-ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang secukupnya menggalakkan pertumbuhan sel secara sihat oleh tubuh badan dan membantu menurangkan kesan penuaan.
  • Baik Untuk Hormon-Kandungan Isoflavones yang terdapat dalam kacang soya berfungsi menyamai hormone wanita. Selain itu juga ia membantu merendahkan paras kolestrol dalam darah, mencegah penyakit tulang rapuh-osteoporosis dan sakit jantung
  • Baik Untuk Prostat-Genistein(phytoestrogen yang terkandung dalam isoflavones) daripada kacang soya terbukti mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia bertindak memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA  kepada sel kanser.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi serta kedutan.

Kesihatan Ibu Menyusu Di Dalam Tempoh Berpantang

Teks: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Petang ini saya teruskan dengan topik Kesihatan Ibu semasa dalam tempoh berpantang sebagai kesinambungan dengan topik sebelum ini.

Pengalaman saya melahirkan 2 orang cahaya mata pada tahun 2011 dan 2012 banyak mengajar saya betapa pentingnya menjaga kesihatan semasa dalam tempoh berpantang. Ini disebabkan, semasa proses kelahiran, badan ibu kehilangan darah, lesu serta banyak menggunakan tenaga. Kesan luka jahitan serta luka dalaman perlu diberi perhatian dan dirawat sebaiknya. Tapi, tahukah ibu,ubat apa yang perlu anda ambil?

Semasa melahirkan anak yang pertama, saya bercadang untuk megamalkan jamu serta ubat periuk untuk mengembalikan kesihatan seperti sebelum mengandung dan melahirkan. Atas nasihat doktor, saya tidak terus mengambil jamu di awal kelahiran kerana risaukan bayi terkena penyakit kekuningan. Ini menyebabkan kesan pemulihan badan amat lambat saya rasai. Badan menjadi lesu dan kurang bertenaga. Akhirnya selepas 2minggu melahirkan, baru lah saya berani mengambil jamu-jamu serta ubat tradisional.Alhamdulillah, kesan pada badan semakin positif dan bertenaga, tapi bayi saya menunjukkan tanda-tanda tidak serasi dengan ubatan jamu.Badannya sedikit panas serta mata sentiasa berair. 

Disebabkan tidak senang melihat ketidak selesaan anak kecil saya, saya mencari alternatif lain untuk keperluan tubuh saya. Hasilnya saya menemui Shaklee yang menawarkan elemen berikut untuk ibu yang sedang dalam proses pemulihan .


VITALEA

Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah.Ibu yang baru mengalami proses melahirkan sudah tentu kehilangan banyak darah. Maka multivitamin ini menjadi satu keperluan tambahan untuk membantu proses pemulihan. Selain itu Vitalea berfungsi untuk menambah tenaga serta kecergasan tubuh badan.

B COMPLEX

B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan. Ia juga berfungsi sebagai pengurang masalah keletihan dan kelesuan  melalui proses penghadaman,menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.

VITAMIN C

Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.Selain itu juga, Vitamin C membantu masalah insomnia. Ibu-ibu yang dalam keadaan berpantang, biasanya mengalami tidur yang tidak berkualiti.Vitamin C ini membantu mengatasi masalah tidur, stress serta masalah berkaitan mental seperti meroyan dan sebagainya.

ZINC

Zinc berfungsi mengaktifkan 200 jenis enzim. Ia berkebolehan menggabung DNA,RNA dan protin seterusnya merngsang regenerasi sel.Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.t.Pengambilan Zinc selepas bersalin membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.Pengambilan secara konsisten dan berterusan selepas bersalin menggalakkan ovulasi di kalangan wanita

ESP

Energizing Soy Protein  terdiri daripada 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas selepas bersalin. Protein juga penting dalam penyusuan susu ibu.

OSTEMATRIX

Ostemtrix berfungsi untuk menguatkan tulang. Ia juga mengelakkan daripada kekejangan serta kebas, meringankan stress serta mengeklkan kealkalian tubuh.Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.

ALFALFA COMPLEX

Digunakan sejak berzaman sebagai milk booster (tapi awas jika bayi mengalami jaundis, tangguhkan dulu pengambilan alfalfa)

LECITHIN

Lecithin dari ekstrak kacang soya organik membantu ibu menyusu mengelakkan dan merawati bengkak susu.Ia membantu pemecahan lemak dan kolestrol ang bertindak sebagai pembersih salur darah. Secara tidak langsung, membantu ibu menurunkan berat badan.Lecithin juga mencantikkan otot dengan meangaktifkan metabolisma sel dan melembabkan dan menghaluskan kulit

Jika anda ingin mendapatkan  set ibu berpantang yang bersesuaian dengan anda dan bajet, hubungi saya Nor Sa'adah Abdul Talib ditalian 0167187143 untuk konsultasi percuma atau emailkan kepada norsaadahabdultalib@ gmail.com 

Salam sayang
Nor Saadah Abdul Talib

 

15 July 2013

Apakah Penyusuan Ekslusif?

Teks: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikumwbt.
Syukur Alhamdulillah hari ini saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi mengenai Penyusuan Ekslusif dalam blog ini.

“While breastfeeding may not seem the right choice for every parent, it is the best choice for every baby.”
– Amy Spangler

Jujur saya katakan, saya tidak tahu mengenai penyusuan ekslusif bayi sehingga saya diterangkan oleh adik saya yang ketika itu barumelahirkan bayi sulung beliau pada tahun 2010.Bayi yang baru lahir seharusnya diberikan susu ibu sahaja tanpa sebarang makanan/minuman tambahan selama 6 bulan. Berdasarkanapa yang diterangkan oleh adik saya, saya mula mencari dan belajar mengenai penyusuan bayi.

Kenapa ibu perlu menyusukan anak?Ini adalah disebabkan menyusukan anak merupakan fitrah semula jadi manusia. Allah swt menjadikan secara spesifik keperluan nutrient untuksetiap bayi yang dilahirkan dalam susu ibu. Sejurus selepas bayi dilahirkan, ibu perlu menyusukan secepat mungkin untuk memastikan penyusuan bayi seterusnya akan berjaya.Penyusuan bayi seharusnya mudah dan tidak menyusahkan setiap ibu.

Perkara asas yang perlu diketahui untuk menyusukan bayi ialah bayi perlu menyusu payudara ibunya dengan betul. Sekiranya teknik hisapan bayi itu tidak betul, bayi lebih sukar untuk mendapat susu terutama sekali ketika awal kelahiran dimana susu masih belum keluar dengan banyak. Sebenarnya, di awal kelahiran, susu memang sedikit dan ianya merupakan perkara yang normal.Susu yang sedikit serta kekuningan dinamakan colostrum .Ianya sangat kaya dengan nutrient yang diperlukan oleh setiap bayi.


Di sini, ingin saya kongsikan daripada pembacaan (kellymom.com) perkara yang perlu diambil kira untuk menjayakan penyusuan susu ibu. 10 perkara yang perlu ibu tahu bermula dari sebelum melahirkan,sejurus selepas melahirkan dan semasa dalam tempoh berpantang.

Sebelum Melahirkan

 IBU YANG MELAHIRKAN!Ibu sendiri perlu memastikan pada pihak hospital untuk tidak memberikan puting palsu,susu formula(jika tidak diperlukan untuk tujuan kesihatan).Di Malaysia, ia tidak menjadi satu kepayahan kerana kebanyakkan hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi.Bagi yang memilih untuk bersalin di hospital swasta, maklumkan pada pihak hospital anda ingin menyusukan bayi anda sepenuhnya.

 KELAHIRAN NORMALKebanyakkan bayi yang lahir dalam keadaan normal tanpa bantuan perubatan(ubat dan sebagainya) lebih mudah menyusui ibunya selepas dilahirkan.Tidak menjadi kesalahan sekiranya mengambil ubat-ubatan ketika melahirkan, tetapi kejayaan penyusuan dapat ditingkatkan sekiranya kurang ubat/ suntikan penahan sakit diambil.

SOKONG PENYUSUAN SUSU IBUibu perlu belajar dan mempunyai kumpulan sokongan/rakan-rakan yang turut menyokong penyusuan bayi. Kumpulan sokongan kini banyak terdapat di internet dan saling mendidik antara satu sama lain. Selain itu juga, ibu-ibu boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang terdekat dengan mereka.

PERSEDIAAN KEPERLUAN MENYUSUKANSekurang-kurangnya terdapat 2 pakaiana dalam menyusu, pad menyusu, krim untuk mengelakan luka di bahagian puting, pakaian menyusu yang memudahkan penyusuan dan gel sejuk beku untuk mengurangkan rasa bengkak di payudara. Keperluan tersebut membantu mengurngkan keradangan tapi tidak menjadi kemestian.

RANCANG KERJA HARIAN ANDA DAN LAKUKAN MENGIKUT TURUTAN: Rancang kaedah kelahiran bayi anda dengan berbincang dengan suami,ahli keluarga dan ahli perubatan kaedah yang akan diaplikasi semasa kelahiran. Kini terdapat pelbagai kaedah kelahiran seperti kelahiran di hospital secara normal/ pembedahan, kelahiran dalam air dan sebagainya.ianya penting untuk ibu bersedia dengan segala kebarangkalian sebelum menyusukan bayi

Sejurus selepas melahirkan

TERUS LAKUKANNYA: Susukan bayi anda secepat yang mungkin selepas dilahirkan. Bayi yang disusukan dalam jam pertama kelahiran mempunyai kebarangkalian untuk berjaya dalam penyusuan ekslusif ini berbanding dengan bayi yang lambat disusukan.

TIDUR BERSAMA BAYITidur bersama bayi semasa dalam wad untuk memudahkan penyusuan pada bila-bila masa. Ini bertepatan dengan konsep permintaan dan pembekalan (demand vs supply concept)

PELIHARA PUTING ANDAuntuk mengelakkan kelukaan pada puting payudara, ibu digalakann menggunakan lapik yang bersesuaian seperti Nipple shell atau krim untuk melegakan kesan melecet di bahagian putting.

 Tempoh Berpantang

TIDUR DAN JAGA KESIHATAN : tidur secukupnya.semasa bayi anda tidur serta gunakan masa sebaiknya untuk mendapatkan rehat yang cukup.Ianya penting untuk mengembalikan kesihatan dalaman anda selepas melalui proses kelahiran. Ibu-ibu digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan serta makanan tambahan untuk membantu proses pemulihan badan.

FAHAMI REAKSI NORMALIbu perlu faham apakah perkara normal semasa tempoh penyusuan bayi. Bagaimana bayi menyesuaikan diri dengan keperluan menyusu dan bayak lagi. Selain itu juga ibu digalakkan berbincang bersama rakan, kaunselor laktasi untuk terus melalui hari-hari mendatang  untuk menyusukan bayi.

Bagi ibu yang masih tercari-cari makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh, Shaklee menawarkan beberapa kombinasi set untuk anda seperti berikut:


Set Asas Ibu Berpantang
Vitalea, B Complex,Vitamin C dan Zinc complex.

Set Ekstra Sihat Ibu Berpantang
Gabungan set Asas bersama ESP dan Ostematrix


Set Premium Ibu Berpantang dan Menyusu
Gabungan set Ekstra sihat dan Lecithin dan alfalfa.

Hubungi saya Nor Sa'adah Abdul Talib ditalian 0167187143 untuk konsultasi percuma atau emailkan kepada norsaadahabdultalib@ gmail.com 

Semoga berjaya! Dan selamat menyusukan bayi anda.


11 July 2013

WALIMATUL URUS

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencoret di blog ini lagi. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang bulan Jun hingga hari ini. Dari hal keluarga, kesihatan serta kursus-kursus pemantapan hidup yang telah saya sertai.Komitmen masa sangat penuh, tapi memberi kepuasan dalam melalui hari-hari yang mencabar.Untuk entri kali ini saya fokus pada majlis walimah adik ipar saya.

Pada 16 Jun 2013, adik ipar saya; Abu Daud bin Amza  telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau bernama Bazliza binti Ramli. Perkahwinan ini di langsungkan di daerah Bintulu Sarawak di rumah keluarga pengantin perempuan. Disebabkan perkahwinan ini yang pertama dalam keluarga kami luar dari Semenanjung Malaysia, persiapan yang dilakukan amat terhad dan terbatas.Keperluan yang dibawa juga terhad serta seminima yang mungkin.

Rombongan dari pihak lelaki dari Semenanjung bersama barang hantaran


Majlis perkahwinan di sana ringkas serta dalam jangka masa yang pendek. Bermula dengan sesi Ijab Qabul oleh Jurunikah yang dilantik, diikuti dengan sedikit doa seterusnya menjamu selera.Ringkas dan memudahkan perjalanan majlisnya.

selepas selesai akad nikah, bersama bonda dan ibu sadara.


Sesi persandingan

Makan beradab 
Menu makanan di sana tidak sama seperti di semenanjung. Tiada nasi minyak, dalca serta beriani dan sebagainya. Sebaliknya hanyalah Nasi putih bersama lauk pauk harian yang menyelerakan.Sambal ikan bilis, kacang tanah masak sambal serta sayur lemak nangka. Hidangan disediakan secara bergotong royong dikalangan penduduk kampung.tanpa khidmat katering makanan.

Tepat jam 12 tengahari, majlis meraikan pengantin selesai dan kami pulang ke hotel masing-masing dalam keadaan gembira.

tahniah buat adik iparku!
Moga tabah dan cekal mengemudi bahtera keluarga.

Salam Sayang
Nor Sa'adah Abdul Talib
2 Ramadhan 1434H



Selamat berpuasa

Teks oleh:Nor Sa'adah Abdul Talib


Assalamualaikum wbt.Syukur alhamdulillah,masih diberi kesempatan menulis di blog ini setelah beberapa ketika menyepi. InshaAllah akan saya komgsikan sepanjang tempoh saya menyepi selepas entri pertama. Banyak perkara suka duka dilalui,tapi sebelum itu, masih belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat berpuasa-Ahlan Ya Ramadhan"

sumber imej:Google imej


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015