02 February 2015

Tips Mengurus waktu kerja ibu

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib
Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah saya teruskan perkonhsian dalam blog ini setelah hampir 2 m8nggu menyepi. Terus terang saya katakan, saya masih lagi dalam mode penyesuaian diri utk bekerja di rumah dan pada masa yg sama mengasuh mereka.
Sangat sibuk terasa bila bekerja di rumah dengan anak-anak disisi. Tapi jujur saya katakan perasaan sangat puas. Bila melihat mereka makan makanan dari air tangan sendiri, keletihan bermain sehingga tertido, seolah2 suatu kepuasan bagi saya.
Sedikit tips yang ingin saya kongsikan utk ibu yang ingin menyesuaikan kerja di rumah:
1. Bangun awal seperti anda bekerja di pejabat atau di luar rumah. Biasakan utk menyiapkn diri seolah2 hendak ke pejabat. Ini bg mengelakkan ibu dari lewat mandi pagi. Sangat2 perlu dielakkan lebih2 lagi jika suami juga berada di rumah.
2.duduk sebentar sebelum memulakan kerja harian. Tuliskan pada kertas, senarai tugas yanh imgin diselesaikn pada hari tersebut. Sebagai cth, tuliskan aktiviti dan jangka waktu aktiviti tersebut akan dibuat.
3.kerja2 yang menggunakan mesin seperti basuh baju,masak menggunakn peralatan elektrik blh dilakukan serentak. Sambil menunggu pakaian siap dubasuh, dengan segera sediakan makanan utk anak2.
4.segera mandikan anak apabila mereka bangun serta siapkan keperluan mereka seperti makanan, susu serta aktiviti mereka.
5.setelah mereka kenyang dan segar, biwrkan mereka bermain. Ibu perlu bersikap toleransi dengan anak2. Mereka akan bermain berhampiran dengan ibu bekerja.jadi ibu perlu menuesuaikn tempat dan ruangan utk bekerja bersama keadaan yg tidak teratur!
6.Tukar lokasi ibu bekerja lebih kerap utk mengelakkan ank2 bosan. Sebagai cth, ibu boleh mencari maklumat/bekerja di luar rmh sambil memerhatikan mereka bermain
7.praktikkan aktiviti bersama mereka setiap hari berulang2. Ini bertujuan membiasakan mereka supaya faham bahawa ibu mereka bekerja tetapi mereka tetap menda0at perhatian.
8. Ibu perlu berlapang dada dalam membesarkan anak2.kerana mereka masih dalam proses mempelajari sesuatu dengan setiap aktiviti yg mereka lakukan. Zikir, selawat serta istigjfar merupakan amalan yerbaik utk menenangkan ibu.
Selamat bekerja dengan tenang dan gembira bersama anak-anak!
Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidipan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015