17 February 2014

Saya Nak berhenti Kerja Untuk Bersama Anak!

Teks ole: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Sabtu baru lepas ni saya berkesempatan menhgadiri majlis meraikan kejayaan Master Farihah Binti Abu Kasim dalam perjuangan bisnes Shaklee. Majlis diadakan di Putrajaya di Dewan Hotel J W Marriot dengan penuh gilang gemilang.Bermula jam 2.30 petang, tetamu sampai dan dijamu dengan juadah. makanan diikuti dengan ucapan-ucapan dari Master Iffah selaku upline master farihah serta perkongsian cerita pengalaman suka dalam meniti kejayaan bersama Shaklee.

Majlis meraikan Master Farihah Binti Haji Abu Kassim di J W Marriot Putrajaya-pic cdt to Kak Putri
Ini merupakan pengalaman pertama saya meraikan majlis kejayaan rakan Shaklee saya. Dari JB saya datang bersama Lyana Mansor dan suami untuk meraikan kejayaan mereka semua. Setibanya disana saya sangat teruja, gembira, bercampur baur perasaan kerana bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini kenal di alam maya. Perkongsian dari Master Iffah yang saya kenal melalui dunia maya yang sentiasa bersemangat dalam usaha walaupun kesihatan beliau tidak menentu akibat sakit SLE tidak pernah luntur menjadikan semua orang termasuk saya bersemangat. Sebak dan sedih bila memikirkan sejauh mana sumbangan yang telah kita berikan pada agama dalam keadaan tubuh badan yang sihat bertenaga ini.
"jangan lokek untuk memberi" itu adalah antara kata-kata Master Iffah semasa memberi ucapan. Memberi dalam erti kata yang sangat luas. Memberi ilmu, memberi sumbangan zakat, memberi ifaq serta memberi bantuan pada keluarga dan sebagainya. Memberi tidak semesti dengan nilai yang besar tapi bermula dengan sekecil-kecil sumbangan. Sifat orang yang memberi ini akan menjadikan individu tersebut sentiasa berusaha untuk menambah / topup apa yang telah diberikan kepada orang lain. Tidak pernah orang menjadi miskin dengan banyaknya memberi. Sebaliknya Allah tambahkan rezeki mereka berkat perkongsian rezeki sesama orang lain.

Master Farihah pula menekankan kepentingan untuk adanya keperluan wujudnya pasif income walaupun kita mempunyai kerja tetap. Ini disebabkan kita tidak akan tahu apakah yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai contoh, isteri tidak tahu bila ketika suami, ibu bapa dan ahli keluarga akan pergi dijemput ilahi atau ditimpa sakit . Dalam keadaan kekangan masa dan tanggungjawab, kita terpaksa membuat pilihan, apakah keluarga atau kerja perlu diutamakan.Sudah tentu keluarga lebih penting dan disinilah pentingnya keperluan untuk adanya pendapatan pasif yang membantu menampung kos sara hidup ketika sedang bercuti.

Selesai Majlis saya dan lyana sempat berjumpa Master Putri dan Master Azlin. Kak Putri seorang yang matang, petah berkata dan mempunyai kredibiliti yang sangat tinggi. Begitu juga Kak Azlin. Anak dan keluarga merupkan penguat mereka untuk terus berjuang.Begitu juga dengan saya!
Kak Putri dan Kak Azlin dalam sesi perkongsian mereka serta 'brain wash' fikiran kami :)
"Sejauh mana push factor kau disebabkan anak-anak?" " apa yang kau dah buat untuk buktikan pada anak?jangan tipu kalau kau tak buat sebenanrya. Kau tipu diri kau sendiri, tipu anak-anak dan keluarga kononnya anak adalah sebab kau nak usaha dan bersama mereka. Kalau kau kata itu push factor kau, kau akan mati kalau tak buat bisnes tu." Ha itu antara kata-kata kak Putri semasa brain wash saya.hihi. Katanya lagi, sekiranya kau dah buat setiap tips, dan apa jua amalan yang diajar oleh mento tapi masih belum capai target, maksudnya usaha itu belum cukup. Gandakan.Gandakan dan Gandakan lagi.

Kak Azlin pula berkongsi mengenai perlunya jelas dalam sesuatu perkara. Bila kita telah pilih untuk memulakan, kita perlu tahu bagaimana nak sampai ke garisan penamat. Tujuan, matlamat dan usaha perlu seiiring. Cepat atau lambat bukan penentu untuk kita berjaya atau tidak tapi yang penting keazaman untuk meneruskan perjuangan.

Kadangkala kita tersekat dalam satu-satu perkara, sangat penting untuk kita punya kawan-kawan untuk merujuk. Ini disebabkan setiap orang mempunyai pengalaman serta cabaran yang berbeza-beza. Berhenti dari mengeluh memikirkan masalah sebaliknya mula bertindak. Yakin dengan Allah dan setiap apa yagn diberikan pada kita kerana ujian itu adalah penguat. Tak perlu tipu diri sendiri mengatakan kita ttelah habis usaha walhal usaha orang lain berganda-ganda berbanding kita.

Jika anda kata anda hendak melakukan kerja demi anak-anak, buktikan 200% pada diri, keluarga dan anak-anak bahawa anda lakukan untuk mereka. Teruskan usaha dan jangan berhenti ditengah jalan. Cepat atau lambat tidak penting sebaliknya setiap jatuh bangun dalam usaha untuk sampai ke destinasi akan enguatkan diri anda.

Bergambar sebelum pulang dari J.W Marriot

Jumpa lagi Achue :)



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


14 February 2014

Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari 14 Februari jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Bagi ummat Islam, tiada istilah Hari Kekasih seperti yang diraikan oleh sesetengah orang. Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan dan penghulu segala hari, saya ingin kongsikan kebaikan serta kelebihan surah Al-Kahfi sekiranya diamalkan.

Surah Al-Kahfi terdiri daripada surah ke 18 sekiranya dilihat dalam turutan surah Al-quran serta berada pada juzuk ke 15 daripada 30 juzuk Al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat yang menceritakan tentang beberapa kisah seperti kisah Ashabul Kahfi yang diburu oleh pihak pemerintah yang kemudiannya melarikan diri ke gua dan ditidurkn oleh Allah selama beberapa ratus tahun. Selain itu juga terdapat kisah Si Kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman pada Allah, juga kisah Nabi Allah Musa bersama Nabi Khidir dan kisah Dzulqarnaian serta Yakjuj dan Makjuj.

Penurunan surah Al-Kahfi mengajar umat Islam mengatakan "InshaAllah" dalam setiap kali kita berjanji. Ketika Baginda Rasulullah ditanya mengenai Ashabul Kahfi, Kisah Dzulqarnain dan tentang ruh, Baginda tidak menyebut perkataan InshaAllah dalam menunggu wahyu penjelasan dr Allah SWT. Setelh beberapa ketika, turunlah wahyu yang "menegur" Baginda dalam mengucapkan InshaAllah dalam setiap tutur kata janji. Akhirnya selepas Rasulullah menyebut InshaAllah, barulah turun wahyu-wahyu mengenai persoalan tersebut.

Kelebihan Amalan Membaca Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat

Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dibaca kepada jumaat yang berikutnya.-Hadith riwayat Baihaqi



Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat- Hadith riwayat Hakim 3349 
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, Nabi SAW baginda bersabda: Sesiapa membaca dari Surah Al Kafi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi- Hadith Riwayat Ahmad. 
Daripada Umar beliau berkata, Nabis SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan antara dua jumaat- Hadith Riwayat Ibnu Kathir 
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat. " Sumber dari Abu Darda' (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda' Ra, Yakni daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda "Sesiapa yang menghafaz 10 Ayat permulaan dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi maka akan terhindar daripada dajjal" 
Semoga kita dapat amalkan yang tebaik untuk diri dan perlindungan Allah sentiasa. Wallahu A'alam

Salam Sayang 
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

10 February 2014

Apakah perkara yang perlu saya amalkan semasa mengandung?

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 10 dalam bln kedua tahun 2014. Selepas diberitakan dengan kehadiran org baru yang bakal lahir awal bln 10 nanti, perasaan saya sangat teruja. Gembira walaupun pada masa yang sama sangat penat dengan 2 anak kecil yang sedang membesar. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan? Saya mengguruskan anak sendiri dan pada masa yang sama menguruskn perniagaan Shaklee dan aktiviti Syarikat kecil saya dan suami.

Pertama sekali sebagai ibu, saya perlu ingat keluarga adalah amanah utama yang perlu saya tunaikan hak mereka. Anak-anak perlukan perhatian dan didikan serta asuhan. Adakalanya keadaan emosi saya yang penat menyebabkan saya selalu terlupa sehingga memarahi mereka. Bagi mengatasi masalah tersebut saya kongsikan apa yang saya aplikasikan dalam mengurus emosi, kerja dan kesihatan saya.

Baca Al-Quran setiap hari
Secara jujur, adakalanya dalam kesibukkan menguruskan keluarga dan kerja alasan untuk tidak sempat membuka lembaran Al-Quran ini merupakan sebab utama malas membaca Al-Quran. Peruntukkan masa 10 minit setiap kali selepas solat untuk membaca Al-Quran dan maknanya. InshaAllah akan membantu mengawal emosi ibu. Bagi ibu yang hamil, bacaan surah berikut sangat digalakkan dalam hari-hari mendatang:


  • Al-Fatihah: menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  • Maryam: memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat
  • Luqman: Melahirkan anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Yusuf: Anak yang dilahirkan cantik rupa dan akhlak
  • Hujurat: Membanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Yaasin: Menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan dan maksiat
  • A-Taubah: membersihkan jiwa dan pelihara dari maksiat
  • An-Nahl: melahirkan anak yang berdisiplim
Istighfar, Selawat Dan Zikir
Amalan istighfar sekurang-kurangnya 100 x sehari membantu memmbersihkan diri dari dosa yang menjadi hijab dalam memudahkan urusan harian. Selawat pada Rasulullah pula sebagai tanda kasih kepada Baginda yang telah menyempurnakan ajaran islam serta membantu memberi syafaat di akhirat kelak.zikir-zikir seperti ya Wahhab, Ya Razzaq dan 99 nama Allah juga membantu menenangkan jiwa sekiranya diamalkan selalu. Selain itu juga, amalan2 berikut jika diamalkan membawa kepada keberkatan hidup, rezeki serta dipermudahkan urusan harian

Jaga Kesihatan, Emosi dan Pemakanan
Kesihatan semasa tempoh kehamilan sangat mudah terganggu sekiranya tidak dijaga dengan baik. Ini disebabkan, badan ibu sedang menyesuaikan perubahan utk membenarkan bayi membesar dalam perut. Ibu hamil perlu makan dengan lebih kerap pada kuantiti yang sedikit. Banyakkan minum air kosong berbanding air manis. Ini disebabkan air manis menggalakkan pertumbuhan bakteria dikawasan sulit ibu. Sekiranya tidak dikawal, jangkitan pada salur kencing akan mudah didapati oleh ibu hamil dan menyebabkan rasa sakit dibahagian ari-ari.

Perubahan hormon estrogen dan progestron yang meningkat naik dari hari ke hari sedikit sebanyak mempengaruhi emosi ibu. Ibu perlu lebih bertenang, rehat serta lebih banyak senyum bagi mengurangkan tekanan. Menurut org lama, emosi ibu akan mempengaruhi anak selepas dilahirkan. Jika ibu sentiasa masam, tertekan dan marah-marah, anak yang dilahirkan juga bakal mewarisi sikap sebaliknya.


Jaga hubungan dengan Pencipta, Suami, Ibu bapa dan ahli keluarga 
Hubungan antara pencipta merupakan perkara utama yang perlu diambil kira oleh setiap organg tidak kira ibu hamil atau tidak. Ini kerana kita semua diciptakan untuk ibadah kepada Allah. Akidah mengesakan Allah adalah paling utama. Selain itu hukum hakam, tuntutan syarak seperti kewajipan solat 5 waaktu, kewajipan menutup aurat, puasa dan sebagainya perlu dijaga. Secara umum, kebanyakkan wanita diluar tidak menjaga aurat dengan sempurna. Adakalanya bertudung tapi berlengan pendek, bertudung tapi tidak berstokin dsb. walaupun kecil, impaknya sangat besar.

Hubungan sesama keluarga juga penting. Lebih-lebih lagi hubungan sesama suami dan ibu bapa. Kadangkala perasaan penat, emosi yang bercelaru boleh menyebabkan isteri terlupa akan kewajipannya untuk hormat suami dan ibu bapa. Dalam hal ini, zikir sangat-sangat membantu bagi mengawal fikiran dan jiwa.

Kehamilan merupakan suatu proses yang sepatutnya dinikmati oleh setiap wanita. Kerana, ketika itu, Allah memberikan segala yang terbaik buat ibu lebih-lebih lagi ganjaran pahala. Jadi ibu perlu lebih tenang, gembira serta sentiasa berlapang dada dalam menghadapi hari-hari mendatang.

:)

Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


07 February 2014

Anugerah Ilahi

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Diberi khabar gembira berikut.


theres someone inside my womb! Alhamdulillah

3rd pregnancy. InshaAllah akan saya kongsikan diari kehamilan saya sehingga bersalin. :)




Salam Sayang
Ummu Hannah harith
Jurutera Kehidupan



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini


06 February 2014

Multivitamin Vitalea dan ibu hamil

Teks oleh:  Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Aktiviti seharian dalam menyempurnakan rutin hidup adakalanya memenatkan. Kadangkala faktor luaran yang tidak dijangka seperti anak yang tiba-tiba tidak sihat, masalah luaran yang tiba-tiba hadir menyebabkan badan menjadi semakin penat dan stress. Salah satu cara untuk memastikan badan bertenaga serta kekal dengan momentum adalah dengan mengambil makanan tambahan seperti multivitamin.

Saya sendiri mengamalkan pengambilan multivitamin Shaklee iaitu Vita-Lea. Apakah Vita-lea? bagaimana saya mula kenal vitamin ni? Semasa saya dalam tempoh berpantang anak sulung pada tahun 2011, saya mula mengambil set pantang Shaklee iaitu Vita-lea, Bcomplex, Vitamin C sustained release, Osteomatrix dan Energizing Soy protein. Hari ini saya cerita mengenai Vitalea memandangkan sekarang saya memang ambil secara konsisten untuk tempoh kehamilan ke 3 ini. :)


Vitalea merupakan multivitamin tertua didunia dan asalnya berbentuk cecair

Vita-lea merupakan vitamin pertama yang dicipta di dunia.Perkataan vitamin diambil sempena perkatataan vitalize mineral yang dicipta Dr C. Forest Shaklee. Akhirnya perkataan tersebut disingkatkan menjadi Vitamin. Di awal penciptaan Vita-lea (99 tahun yang lalu), ia berada dalam bentuk cecair. Peningkatan teknologi telah merubah vitalea menjadi bentuk tablet bagi memudahkan pengguna, disamping diformulasikan dengan bahan lain menjadikan ia multivitamin terbaik didunia.

Diawal penciptaan "vitalize mineral" yang berbentuk cecair
Setiap tablet vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral yang diiktiraf oleh RDA. Ia diformulasikan dengan sempurna dan seimbang bagi memastikan jumlah yg cukup untuk keperluan tubuh.

Tablet Vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan dihasilkan melalui teknik kompleks yang ekslusif iaitu Explo-tab. Melalui teknik Explo tab ini, menjadikan vitalea merupakn multivitamin terpantas didunia yang larut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya juga mudah berintegrasi dengan protien untuk penyerapan yang pantas dalam usus kecil manusia.

Ujian Klinikal membuktikan pengambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit sebanyak 65%. Pada tahun 2000, Vitalea telah dipilah Center for Science di Amerika Syarikat sebagai "The Best Multivitamin" di dalam Public Interest.

Apakah kandungan yang terdapat dalam Vitalea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang bukan terhad pada ibu mengandung sahaja.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:


  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
  • Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
Antara kandungan yang terdapat dalam Vitalea
Semasa tempoh kehamilan, badan ibu akan mengalami penambahan cecair plasma yang banyak bagi menampung keperluan ibu dan bayi yang sedang membesar. Ada kalanya penambahan cecair (plasma) tidak seiring dengan penambahan hemoglobin dalam darah. Akibatnya, ibu sangat berisiko mendapat anemia (HB rendah) semasa tempoh kehamilan. Hal ini sangat berbahaya. Vitalea yang diperkaya dengan Iron dan Vitamin B12 sangat membantu dalam penghasilan Hemoglobin dan keperluan pembentukan sel-sel darah merah.

Kandungan beta karotena dalam Vitalea membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Selain itu, kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D  membantu untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Biotin dan asid pantotenik pula membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
Kandungan mineral surih juga menambah nilai vitalea sebagai memenuhi keperluan tubuh

Dapatkan Vitalea sempena promosi dari syarikat Shaklee, Beli 6 botol Vitalea percuma 1 dengan


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini

04 February 2014

Bila anak kembung perut

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Susulan daripada masalah muntah-muntah yang dialami oleh Harith tidak sembuh sepenuhnya, saya bertindak meminta pandangan daripada pengasuh anak-anak saya semasa bekerja dahulu. Berdasarkan pengalaman beliau yang telah lama menjadi ibu serta mengasuh bayi dan kanak-kanak, kemungkinan besar Harith mengalami kembung perut disebabkan 'kalah' dengan mee kuning. Sehari sebelum insiden muntah-muntah, Harith sangat berselera menikmati hidangan mee kuning sehingga makan 3 pinggan.

Tiada tanda menunjukkan rasa sakit sebelum kejadian muntah-muntah tersebut. Apa yang berlaku, harith akan muntah sejurus selepas makan atau minum. sebagai ikhtiar, pengasuh anak saya menyudukan 1sudu teh 'Gripe Water' pada Harith. Kebetulan baby Ainul dibekalkam dengan gripe water oleh ibunya. Lebih kurang 5minit selepas diberi air tersebut,  harith mencangkung dan akhirnya berak serta kelihatan lega. alhamdulillah sangat membantu. Harith tiada masalah sukar berak sebaliknya perutnya kedengaran seperti terdapat gelembung angin bila ditepuk perutnya.

Berikut merupakan ikhtiar yamg dilakukan untuk atasi masalah kembung pada ank saya:

  • Beri 1sudu teh gripe water
  • Bersihkn najis serta mandikan
  • Urut dengan minyak telon di bahagian perut dengan cara urutan ke bawah dari pangkal rusuk ke bahagian pusat.
  • Sapukan minyak telon di bahagian tapak kaki, betis serta bahagian lutut
  • Tuam perutnya dengan kain yg dihangatkan menggunakan seterika.
  • Akhir sekali jaga pemakanannya dengan mengawal pengambilan air, elakkan makanan berminyak dan pedas. Dalam tempoh sehari dua, pemberian bubur kosong sangat digalakkan.
Alhamdulillah sangat membantu. Tidak lama selepas diurut, harith tidur dengan lena disebabkan terlalu letih. Tiada lagi episod muntah yang kerap selepas ikhtiar diatas dilakukan. Bagi memastikan Harith bertenaga, saya beri minuman elektrolit Perfomance drink Shaklee, Vitamin C chewable untuk meningkatkan ketahanan badan serta nutriferon bagi meningkatkan immunitinya.

Apakah Gripe Water

Menurut wikipedia, gripe water merupakan cecair yang diberikan pada bayi yang ada masalah ketidakselesaan perut seperti kembung, sakit gigi, reflux atau apa-apa yang berkaitan perut. Bahan gripe water ini terdiri daripada sodium bcarbonate, dill, ginger, chamomile dan fennel. Sebahagian pembuat gripe water ini mencampurkan sedikit alkohol dalam gripe water. Tapi umat islam tidak perlu bimbang kerana di Malaysia, gripe water dihasilkan adalah halal serta tidak mengandungi alkohol.



Gripe Water digunakan secara turun temurun oleh generasi teradahulu bagi melegakan masalah kembung perut
Salam sayang,
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini


03 February 2014

Bila Si Kecil Muntah dengan Kerap

Assalamualaikum wbt

Semalam sebagai ibu saya diuji dengan kesihatan si kecil saya yang tiba-tiba muntah dengan teruk. Pada waktu pagi sehingga petang, si kecil Harith saya dalam keadaan sihat dan berselera makan setiap kali saya suapkan makanan. Sekitar jam 5.15 petang, tiba-tiba Harith muntah dihadapan pintu masuk rumah. kemudian diikuti dengan beberapa kali insiden tersebut sehingga pukul 10 malam dengan kekerapan muntah 3kali dalam setiap jam.

Sarapan pagi berselera dengan 3 pinggan mee goreng!

Sebagai ibu saya merasa sangat panik. Namun, suami saya menenangkan saya dengan memberi panduan berkenaan tindakan yang perlu saya lakukan sepanjang keadaan tersebut. Sekiranya anak dimasukkan ke hospital, pegawai perubatan akan memberikan IV drip bagi memastikan tidak terjadi dehydrasi cecair badan tanpa sebarang ubat (sekiranya tidak perlu)

Apa yang perlu saya lakukan di rumah?

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah perhatikan keadaan anak secara terperinci. Sekiranya anak masih dalam keadaan yang baik untuk makan, bermain dan melakukan aktiviti lain, kebarangkalian berlaku muntah adalah disebabkan ketidakselesaan perut. Jadi, ibu perlu pastikan anak sentiasa normal dengan memberi minuman sedikit demi sedikit bagi mengelakkan dehydrasi.

Sekiranya keadaan sikecil adalah sebaliknya- seperti tidak bermaya, lesu, kurang bertindakbalas atau tidak berselera makan, ia merupakan petanda serius penyakit. Ibu bapa perlu segera bertindak dengan membawa berjumpa doktor dengan segera.

Apakah tanda serius saya perlu bawa sikecil berjumpa doktor? 

  • Si kecil muntah lebih dari tempoh 24jam
  • Anak tidak mampu minum air dalam tempoh 8jam dan kelihatan dehydrasi
  • Anak dalam keadaan lesu, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa
  • Menunjukkan tanda sakit perut
  • Berada dalam keadaan sakit kepala dan bahagian leher
Apakah tanda-tanda sikecil dalam keadaan dehydrasi
Antara punca si kecil dehydrasi ialah disebabkan muntah yang kerap atau cirit birit. Keadaan ini menyebabkan sikecil kehilangan air dan menyebabkan garam badan tidak dapat berfungsi dengan normal. Kebiasaannya mereka kelihatan tidak bermaya. Antara tandanya ialah:
  • mulut kering
  • si kecil menangis tanpa mengeluarkan air mata
  • kurang kencing
  • rasa haus yang kerap
  • Anak kelihatan letih dan melepek.
Punca si kecil dan bayi muntah 

Terdapat pelbagai yang boleh menyebabkan si kecil muntah. Antaranya seperti berikut:

Kanak-kanak
  1. Gastroenteritis- Disebabkan jangkitan jangkitan usus
  2. Alergi pada makanan - Terdapat tanda-tanda berikut selepas mengambil sebarang makanan:
    • Naik biji-biji merah seperti ruam di bahagian tertentu badan/ keseuruhan badan
    • Bengkak di bahagian muka sekitar mata, lidah, bibir dan bahagian dalam mulut
  3. Jankitan penyakit serius- Jangkitan pada paru-paru seperti pneumonia atau jangkitan buah pinggang
  4. Apendicitis
  5. Keracucnan makanan 
Bayi
  1. menelan banyak udara- semasa minum susu botol/ bayi dalam keadaan lapar yang agak lama sehingga menyebabkan kembung perut
  2. gastroentitis
  3. alergi pada susu
  4. gastro-oesphageal reflux- keadaan dimana asid terkeluar dari kawasan perut
  5. lubang botol susu yang besar menyebabkan lebihan susu diminum oleh bayi
  6. congenital pyloric stenosis-  satu keadaan wujud sejak lahir di mana laluan dari perut ke usus telah mengecil dan menyebabkan makanan tidak dapat melalui mudah dan menyebabkan muntah
  7. Hernia- Angin pasang yang menyebabkan bayi tidak selesa, menangis dan menyebabkan muntah
  8. Masalah ketidakselesaan usus

Secara umum, bayi yang muntah-muntah dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak menunjukkan sebarang tanda tidak aktif tidak memberi kemudharatan yang besar dan masih boleh dikawal. Ibu perlu bijak bertindak dengan memastikan si kecil dan bayi tidak berada dalam keadaan dehydrasi sehingga menyebabkan mereka letih, lesu dan lemah. Sekiranya bayi kecil mutah, ibu perlu kerap susukan bayi. Rujuk pada ahli farmasi samaada perlu diberi minuman untuk kembalikan kesegaran tubuh,  (minuman garam seperti Perfomance Drink Shaklee atau garam ORS)

Minuman elektrolit merupakan minumam yang mengandungi campuran garam pada jumlah tertentu bagi mengembalikan elektrolit yang hilang akibat kehilangan cecair dalam badan yang disebabkan muntah atau cirit birit. 

Bagi kes anak saya harith. saya memberikan minum air sedikit demi sedikit sehingga tidur dan kerap menyusukan sepanjang malam. Sedikit minuman rehydrasi dari shaklee iaitu perfomance drink juga saya berikan bagi mengurangkan rasa letih akibat muntah yang berterusan. Alhamdulillah hari ini, keadaan harith semakin sihat.


Allhamdulillah, pagi ni bgn dgn ceria dan kelihatan semakin baik dari semalam.

 Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini








01 February 2014

Masalah Kesihatan Ibu Hamil (Bahagian 1)

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Kesihatan ibu semasa proses kehamilan sangat rapuh. Ada masanya super sihat, bertenaga dan kuat melakukan kerja-kerja harian. Adakalanya ibu menjadi seorang yang sangat lemah, mudah sensitif serta mudah diserang penyakit.

Dalam tempoh 40 minggu tempoh kehamilan, kebarangkalian ibu merasa tidak selesa boleh disebabkan banyak faktor. Antaranya disebabkan perubahan hormon, kwkurangan nutrient serta perubahan fizikal ibu. Entri kali ini saya fokuskan pada masalah-masalah kesihatan yang biasa dialami oleh ibu ketika tempoh kehamilan. Saya bahagikan kepada 2 bahagian keran terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh terjadi sepanjang tempoh kehamilan.

Anemia
Semasa tempoh kehamilan, isipadu darah ibu bertambah sekuran-kurangnya 50% dari keadaan normal bagi menampung keperluan bayi yang dikandung. Perubahan ini disebabkan pertambahan Plasma dalam darah (bahagian cecair) berbanding sel darah (sel darah merah dan putih) sendiri. Kenaikan plasma darah yg lebih cepat berbanding sel darah menyebabkan protein hemoglobin mengalami jurang perbezaan yang sangat ketara. Hemoglobin berfungsi membawa bekalan oksigen ke seluruh sel. Kekurangan hemoglobin menjadikan punca anemia terjadi dikalangan ibu hamil.


Kebanyakkan anemia terjadi semasa trimester kedua kehamilan. Kesan anemia pada ibu hamil menyebabkan rasa letih yg melampau, denyutan jantung lebih laju, badan kelihatan pucat dan boleh jadi punca ibu hamil mengidam makanan yang tidak masuk akal seperti arang, petrol, kanji dan sebagainya. Perkara ini merupakan petanda si ibu mengalami kekurangan nutrient. Simptom ini dinamakan Pica 

Cara mengatasi:

  • Pastikan pengambilan asid folik, vitamin B kompleks mencukupi untuk keperluan diet harian
  • Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, sayuran hijau, kismis dan makanan tinggi kandungan gandum.
  • Ambil supplement seperti Vitalea yang kaya dengan zat besi jika perlu.

Asthma
Ibu hamil yang mengalami asthma kebiasaannya mengurangkan kebergantungan ubat asthma ketika ini bagi mengurangkan risiko kesan ubat terhadap bayi yang dikandungkan.Kesannya, mereka mudah diserang asthma. Penghidap asthma perlu melakukan pemeriksaan sekuran-kurangnya setiap 4 hingga 6 minggu dalam tempoh kandungan dengan ahli perubatan. Ini bagi memastikan kesihatan ibu dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan.



Cara mengatasi:

  •  Elakkan apa jua perkara yang menyebabkan asthma mudah menyerang dengan memastikan ruang persekitaran bersih, tidak berhabuk serta menenangkan.
  • Pastikan udara dalam keadaan bersih dan sentiasa terbuka bagi menggalakan kitaran udara keluaar masuk yang sihat diruangan harian

Sakit Belakang 
Perkara biasa yang sering dialami oleh ibu hamil ialah sakit belakang. Ini disebabkan perubahan anatomi badan dalam proses penyesuaian bayi yang semakin membesar. Penambaham berat badan, perubahan pusat graviti serta kesan hormon progestron yang tinggi sedikit sebanyak menjejaskan kesan rehat otot, (muscle-relaxing) yang menybabkan terjadi sakit belakang.



Cara mengatasi:

  • Elakkan dari berada dalam sesuatu posisi terlalu lama. sebagai contoh berdiri atau duduk terlalu lama pada suatu masa. Ibu boleh kerap berdiri, berjalan serta melakukan senaman ringan bagi mengelakkan sakit belakang
  • Pelihara postur badan dengan betul dengan cara merehatkan bahu.
  • Aktiviti berenang juga dapat meredakan sakit belakang
  • Pastikan tilam dalam keadaan yang selesa dan menyokong ibu ketika tidur/baring
  • Elakkan pemakaian kasut bertumit tinggi yang menjejaskan postur ibu berjalan
  • Elakkan mengangkat benda dilantai dalam posisi yang salah
  • Tuam belakang badan dengan tuala hangat atau sapukan minyak panas bagi melegakan kesakitan dan diikut dengan rehat yang mencukupi.


Jangkitan Salur Pundi Kencing; Bladder Discomfort
Sepanjang tempoh kehamilan, pundi kencig mendapat tekanan daripada uterus dan cecair badan yang bertambah. Ini menyebabkan ibu lebih kerap buang air kecil dari biasa. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sakit badan, sakit otot dan sebagainya, keadaan untuk kerap ketandas sedikit menyukarkn mereka dan menyebabkan ibu menahan proses pembuangan tersebut. Disebabkan pundi kenci tidak 100% kosong setiap kali proses urinasi, risiko untuk mendapat jangkitan pundi kencig dan salurannya agak tinggi ketika tempoh ini. Ibu yang mengalami tanda-tanda seperti keputihan yang melampau, berbau serta menyebabkan rasa gatal menunjukkan tanda-tanda terdapatnya jangkitan pada pundi kencing.

Cara mengatasi:

  • Kurangkan makanan bergula kerana jangkitan bakteria mudah diperolehi sekiranya kerap memakan makanan manis
  • Tingkatkan pengambilan air dan elakkan mengurangkan jumlah air sekiranya kerap kencing.
  • Ambil yogurt asli bagi menggalakan bakteria baik dalam sistem badan.
  • pakai pakaian dari fabrik kapas berserta lapik seluar dalam bagi memastikan kebersihan dibahagian alat sulit.
  • Cuci dengan air bersih setiap kali selesai buang air kecil


Gusi Berdarah 
Hormon ibu berada dalam keadaan tidak normal daripada biasa. Penambahan hormon estrogen dalam badan salah satunya menyebabkan gusi menjadi lembut dari biasa dan berlakunya peningkatan aliran darah. Ini menyebabkan gusi saangat terdedah dengan risiko untuk berdarah dan dijangkiti terutamanya jika ibu tidak menitikberatkan kebersihan mulut.

Cara mengatasi:

  • pastikan ibu mengambil cukup kalsium berserta protein lengkap seperti produk soya. 
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya vitamin c bagi mengelakkan gusi berdarah.
  • Berhenti merokok kerana asap rokok mengganggu bekalan oksigen yang disalurkan serta menyebabkan kebocoran vitamin c.
  • Berus gigi 3-4 kali menggunakan berus yang lembut serta urut gusi menggunakan jari jika perlu.
  • lakukan pemeriksaan bersama doktot gigi sekuran-kurangnya sekali bagi setiap kehamilan


Diabetes
Terdapat segolongan ibu yang mendapat penyakit diabetes semasa tempoh kehamilan. Ini disebabkan hormon insulin tidak dapat menjalankan fungsingya untuk mengawal aras gula dalam darah disebabkan gangguan hormon yang dihasilkan dari placenta. Aras gula boleh menjadi tinggi dan membahayakan kesihatan ibu serta  bayi menjadi lebih besar dari keadaan normal serta mengalami keadaan aras gula rendah ketika dilahirkan. Selain itu juga keadaan bayi yang besar menyukarkan proses kelahiran. Bayi yang lahir melebihi 4kg dikategorikan sebagai besar dan perlu pemeriksaan lebih teliti selepas kelahiran.

Ibu perlu menjalani ujian darah bagi memastikan aras gula dalam keadaan normal. Kebiasaannya setiap ibu perlu melalui proses berpuasa lebih kurang 12jam sebelum diberi minum segelas air gula dan diambil smapel darah. Sekiranya ibu mempunayi simptom kenaikan berat badan yang mendadak, kerap kencing, rasa dahaga dan rasa lesu yang sangat keterlaluan, kebarangkalian ibu mengalami diabetes adalah sangat tinggi.

Cara mengatasi:

  • makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • elakkan makananyang tinggi kandungan gula dan kalori yang boleh meningkatkan aras gula dalam darah.
  • Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah seperti Enegizing Soy Protein bagi mengawal aras gula dalam darah.
  • Bincang dengan pakar perubatan dan ahli pemakanan bagi memastikan diet yang seimbang sepanjang tempoh kehamilan


Eclampsia dan Pre Eclampsia
PreEclampsia merupakan komplikasi kehamilan yang disebabkan tekanan darah tinggi, edema ( berpeluh dibahagian tangan dan tapak kaki) dan lebihan protein dalam urin. Kebiasaanya ia terjadi pada trimester kedua dan seterusnya dalam tempoh kehamilan. Punca penyakit ini masih belum diketahui. Namun demikian, ibu-ibu yang mempunyai kandungan kembar, penyakit buah pinggang, diabetes, lupus, darah tinggi jangka masa panjang merupakan antara individu berisiko tinggi diserang preeclampsia. Risiko bagi ibu yang mengalami preclampsia untuk menjadi eclampsia adalah kecil. namun demikian, sekiranya tidak dikawal dengan rapi boleh menyebabkan sawan serta koma.

Cara mengatasi:

  • Rehat dalam keadaan yang mencukupi bagi mengelakkan tanda-tanda preeclampsia lebih ketara.
  • Pastikan rujuk dengan pakar sakit puan sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit ini
  • Sekiranya tekanan darah naik secara tiba-tiba, rujuk pakar perubatan bagi mengatasi masalah ini.
  • Pre eclampsia masih tidak diketahui punca, oleh yang demikian, ibu perlu peka dengan perubahan diri dan taraf kesihatan bagi mengelakkan dari terjadinya penyakit ini



Buasir
Buasir merupakan penyakit yang kerap dialami ibu hamil dan adakalanya berlarutan sehingga selepas kelahiran. Pelbagai faktor menyumbang pada terjadimyamasalah buasir seperti keadaan fizikal ibu yang berubah serta perkembangan bayi yang makin membesar dalam rahim. Secara tidak langsung memberi tekanan dan menyukarkan proses kelahiran.

Cara mengatasi:

  • Tingkatkan pengambilan makanan seperti sayur dan buah-buahan. Makanan yang tinggi kandungan fiber seperti roti gandum, barli dan sebagainya dapat melembutkn najis serta mengelakkan terjadinya najis keras yang menyebabkan luka.
  • minum air mencukupi. Tips untuk ibu, ambil air segelas setiap setengah jam bagi memastikan pengambilan air yg cukup mengikut keperluan.
  • kerap berjalan bagi membantu proses penghadaman serta penyingkiran najis lebih mudah.



Insomnia
Insomnia atau masalah sukar tidur sering berlaku di minggu-minggu terakhir kehamilan. Ini disebabkan keadaan ibu yang semakin sarat menyukarkan ibu mendapat kedudukan tidur yang selesa. Selain itu juga keadaan ibu yang kerap buang air kecil juga menjadi faktor ibu melelapkan mata. Keadaan emosi ibu yang tidak stabil, serta kekurangan vitmin B juga turut menyumbang kepada masalah insomnia.

Cara mengatasi:


  • tingkatkan pengambilan vitamin B. Pengambilan Bcomplex yang lengkap dapat mengatasi masalah tekanan serta melegakan emosi ibu,
  • Mandi air suam bersama minyak aromaterapi seperti lavender bagi merangsang badan untuk lebih santai dan tenang.
  • Lakukan senaman ringan seperti yoga, atau bagi individu muslim, sangat digalakkan melakukan amalan solat sunat.
  • Elakkan dari memaksa diri untuk tidur. Lakukan aktiviti seperti membaca, menulis atau aktiviti sehingga rasa mengantuk.
  • minum minuman panas seperti teh herba bersama madu sebelum tidur. Teh herba seperti chamomile, lemon balm dan passion flower dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.
  • kurangkan pengambilan makanan berat sebelum tidur.
  • Susun bantal dibahagian belakang badan/ abdomen bagi mendapatkan posisi tidur yang selesa



Kejang Kaki (Simpul Biawak)
Kebiasaanya masalah kejang kaki atau lebih dikenali sebagai simpul biawak berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi, ketidakseimbangan elektrolit dan/atau disebabkan perubahan aliran darah bahagian kaki yang terganggu disebabkan pertambahan berat badan.

Cara mengatasi:

  • Tingkatkan pengambilan kalsium dan pottasium dengan mengambil makanan seperti pisang, almond, buah anggur, buah oren, ikan salmon, sardin, produk soya seperti tauhu, yogurt rendah lemak dan makanan yang kaya dengan kalsium. Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengelakkan tekanan darah tinggi semasa proses kehamilan.
  • Selain itu, tinggikan kaki semasa tidur juga turut membantu mengatasi masalah simpul biawak.
  • Elakkan berdiri dalam keadaan terlalu lama.
  • pakai kasut yang bersesuaian.
  • berjalan secara kerap setiap hari untuk stimulasi aliran darah dibahagian kaki.
  • pastikan pengambilan kalsium, magnesium dan potasium dalam keadaan yang seimbang dan mencukupi. Pengambilan supplemen seperti osteomatrix dapat membantu membekalkan kalsium dan mineral yang secukupnya.
  • Ketika masalah kejang kaki berlaku, gerakkan jari jemari kaki ke arah atas dan urut perlahan menggunakn minyak panas atau sebotol air panas. 

Sampai disini, inshaAllah saya sambung lagi pada entri akan datang.

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidupan


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015