11 January 2014

Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Mengandung

Teks Oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Pengalaman indah seorang isteri dan wanita ialah apabila doktor mengesahkan bahawa dirinya berbadan dua. Proses mengandung, melahirkan merupakan suatu proses yang sangat mendebarkan. Walaubagaimanapun, amanah tersebut sangat-sangat istimewa dan tidak mungkin ditolak.

Keadaan kesihatan wanita semasa mengandung kadangkala tidak dapat dijangka. Penjagaan kesihatan sangat penting dan perlu dijaga sebaiknya kerana melibatkan dua nyawa. Secara umum, ibu perlu mengambil makanan yang seimbang seperti biasa berbentuk karbohidrat, sayur-sayuran, protein dan sebagaianya. Namun terdapat beberapa nutrisi yang penting perlu diambil perhatian kepentingannya semasa tempoh kehamilan.

Folate dan Asid Folik

Folate merupakan sebahagian dari kumpulan Vitamin B. Ia bertindak menghalang kerosakkan  "Neural tube", ketidak normalan otak dan saraf tunjang bayi, Kekurangan Folate semasa tempoh kehamilan juga menngkatkan risiko kelahiran bayi pramatang dan tidak cukup berat. Asid folik pula merupakan Folate sintetik yang boleh didapati daripada makanan tambahan atau makanan yang diperkaya dengan nutrisi Folate.

Bagi ibu hamil dan individu yang merancang untuk hamil, sekurang-kurangya 800 micrograms folate atau asid folik diperlukan.Sebahagian sumber folate dan asid folik boleh didapati daripada sayuran hijau, buah-buahan citrus dan kekacang.

Contoh makanan yang kaya dengan Folate/ Asid Folik

MAKANASAIZ HIDANGANKANDUNGAN ASID FOLIK
bijirin3/4 cawan (15 to 45 grams) 100 peratus diperkaya sedia-utk-dimakan100 to 700 micrograms — pilih bijirin sekurang-kurangya 400 micrograms
Bayam1/2 cawan (90 grams) bayam direbus131 micrograms
Kekacang1/2 cawan(88 grams) direbus90 micrograms
Asparagus4 boiled spears (60 grams)89 micrograms
Kacang Tanah1 ounce (28 grams) dipanggang41 micrograms
Oranges1 orange (159 grams)48 micrograms
Sumber rujukan:USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 23

Kalsium

Kalsium diperlukan oleh ibu dan janin untuk kekuatan serta pembinaan tulang dan gigi. Selain itu juga, kalsium diperlukan bagi membantu sistem peredaran darah, otot dan saraf berjalan normal.

Ibu hamil perlu mengambil 1000mg kalsium sehari. Berbanding orang dewasa, bagi ibu yang hamil di usia remaja, jumlah kalsium yang diperlukan lebih banyak iaitu sebanyak 1300mg kalsium sehari. Sumber kalsium boleh banyak didapati dari produk tenusu, jus buah serta bijirin yang dipekaya dengan kalsium.


Sumber makananSaiz hidanganKandungan Kalsium
Jus buah8 ounces (237 milliliters) jus oren yang diperkaya kalsium500 milligrams
Susu1 cawan (237 milliliters) susu skim299 milligrams
Yogurt6 ounces (170 grams) yogurt rendah lemak258 milligrams
Cheese1 ounce (28 grams) sebahagian cheese mozarella222 milligrams
Salmon3 ounces (85 grams) pink salmon berserta tulang181 milligrams
Bayam1/2 cawan (90 grams) bayam rebus122 milligrams
Bijirin1 cup (20 to 60 grams) bijirin yang diperkaya kalsium3 to 1,000 milligrams
Sumber rujukan:USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 23


Vitamin D

Vitamin D diperlukan untuk membina tulang dan gigi bayi. Sebanyak 600IU Vitamin D diperlukan bagi menampung keperluan tubuh seharian.Sumber Vitamin D terbaik daripada cahaya matahari pagi. Selain itu, Vitamin D dapat diperolehi daripada ikan seperti salmon dan tuna. Susu yang diperkaya dengan Vitamin D dan jus oren juga sebahagian dari makanan yang dapat membekalkan vitamin D untuk ibu hamil.

Sumber MakananSaiz HidanganKandungan Vitamin D 
ikan3 ounces (85 grams) Salmon yang dimasak447 IU
Jus8 ounces (237 milliliters) Jus oren yang diperkaya dengan vitamin D137 IU
Susu1 cawan (237 milliliters) Susu Skim115 IU
Asparagus4 batang Asparagus rebus (60 grams)89 micrograms
Telur1 lbiji telur yang direbus (50 grams)44 IU
Source: USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 23



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015