10 January 2014

Diabetes Dan Kawalan Kesihatan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Diabetes atau kencing manis merupakan salah satu penyakit yang sering kita dengar dikalangan org terdekat kita. Apakah sebenarnya diabetes? Diabetes adalah sebahagian daripada penyakit metabolik bagi individu yang mengalami keadaan gula yang tinggi dalam darah. Peningkatan gula dalam darah boleh terjadi disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel-sel badan tidak bertindak balas dengan insulin yang dihasilkan. Keadaan ini menyebabkan simtom polyuria (kerap kencing), polydipsia (peningkatan rasa haus) dan polyphagia (penignkatan rasa lapar)


Bacaan gula dalam darah perlu dicatatkan setiap hari oleh pesakit diabetes


Secara mudahnya, diabetes boleh difahami sebagai darah yang bergula tinggi. Aras gula dikawal oleh insulin. Apabila makanan memasuki perut dan dihadam, insulin akan bertindak memecahkan glucose dalam darah bagi menghasilkan tenaga. Bagi individu yang menghidap diabetes, insulin tidak dapat digunakan untuk memecahkan gula menjadi tenaga disebabkan hormon insuli itu tidak ada atau, badan tidak dapat kenalpasti insulin itu sendiri.

Diabetes boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu tahap 1, tahap 2 dan yang ketiga diabetes disebabkan kehamilan.

Tahap 1: Diabetes yang terjadi akibat kegagalan badan untuk menghasilkan insulin. Pesakit dibetes kategori ini bergantung dengan suntikan insulin setiap hari untk meneruskan aktivit seharian.

Tahap 2: Diabetes yang berlaku akibat kekebalan insulin. Keadaan dimana badan gagal bertindakbalas dengan insulin yang dihasilkan badan. Pesakit diabetes tahap ini tidak bergantung pada insulin. Biasanya dikenali sebagai "adult-onset diabetes"

Tahap 3: Diabetes yang sering terjadi dikalangan ibu-ibu mengandung. Terjadi disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah disebabkan insulin tidak dapat menampung keperluan semasa mengandung. Kebiasaannya selepas proses kelahiran, diabetes ini akan hilang. Namun, sekiranya tidak dikawal, ia boleh mengakibatkan terjadinya diabetes tahap 2

Diabetes yang dikesan di peringkat awal dapat mengurangkan risiko terjadinya komplikasi yang diabetes yang lebih buruk. Walaubagaimanapun, sebahagian pesakit tahap 2 diabetes menunjukkan simtom yang paling minima sehingga sukar dikenalpasti.

Simtom-simtom penyakit diabetes:

  • kerap buang air kecil
  • rasa haus yang keterlaluan
  • rasa lapar walaupun ketika sedang makan
  • kelesuan yang melampau
  • pandangan kabur
  • luka/ lebam yang lambat sembuh
  • hilang berat badan walaupun mengambil kuantiti makanan yang banyak (diabetes tahap 1)
  • Rasa kebas-kebas atau semut-semut di bahagian tangan/kaki





Kawalan Kesihatan Pesakit Diabetes

Pemakanan- Sangat penting dalam menentukan aras gula dalam darah. Bagi pesakit diabetes, makanan yang tinggi kandungan gula serta karbohidrat meningkatkan risiko peningkatan aras gula dalam darah.


  • pilih makanan yang rendah kalori, lemak tepu, gula dan garam
  • makan makanan yang tinggu kandungan fiber seperti cereal, roti gandum, nasi beras perang dan sebagainya.
  • pilih lebih sayur-sayuran, susu rendah lemak dan cheese
  • minum air kosong serta elakkan air berperisa.
  • ambil hidangan lengkap ketika makan seperti rajah dibawah.



Emosi- Kawalan emosi juga berperanan merendahkan stress seharian. Tekanan perasaan akan meningkatkan aras gula dalam darah. Pesakait diabetes boleh meredakan tekanan dengan menarik nafas dalam-dalam serta bertenang, Aktiviti berkebun, bersiar-siar atau mempraktikkan hobi antara aktiviti yang dapat mengurangkan stress. Sekiranya tekanan perasaan melampau, rujuk pada kaunselor kesihatan bagi menangani stress.




pemeriksaan kesihatan berjadual- Pemeriksaan kesihatan berjadual membantu mengawal kesihatan pesakit diabetes. Sekiranya perlu, doktor atau pegawai kesihatan akan memantau kesihatan dan merujuk kepada pakar untuk membantu pesakit diabetes. Bagi kes pesakit yang bergantung pada insulin, pemeriksaan berjadual dapat mengatasi komplikasi sakit lain akibat diabetes.


Kawal berat badanKegemukkan boleh menyebabkan badan menjadi resistan dengan hormon insulin. Ini bermakna, sebarang insulin yang dikeluarkan oleh pankreas akan mengambil masa untuk bertindak merendahkah gula dalam darah. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan tekanan darah dan boleh membawa pada kegagalan fungsi buah pinggang dan juga strok. Dengan pengawalan makanan serta pengurusan berat badan, masalah lain juga dapat diatasi.

Pengambilan makanan tambahan seperti GLA Complex sedikit sebanyak membantu mengawal penghasilan insulin dalam badan. GLA merupakan singkatan dari Gamma Linolenic Acid yang penting bagi pembinaan prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah. Kajian mendapati, pesakit diabetes mempunyai potensi yg rendah untuk menukarkan asid linoleik menjadi asid gamma linoleik. Pengambilan GLA tambahan membantu menggalakkan mekanisme penukaran gula oleh insulin sekaligus mengawal aras gula dalam darah.


Gamma Linolenic Acid Molecule- Source; en wikipedia


Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015