03 January 2014

Tips Memberi Si Manja Makanan Ringan

Teks Oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.


Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yg seimbang bagi menampung keperluan pertumbuhan mereka. Namun demikian, dalam tempoh mereka membesar, pemakanan mereka sering menjadi masalah bagi ibu untuk sediakan. Ada kalanya mereka terlampau teruja untuk bermain sehingga mengabaikan masa makan. Sebahagian besar kanak-kanak lebih suka kepada makanan ringan berbanding makanan asasi seperti nasi dan karbohidrat lain.



Makanan ringan mempunyai pelbagai kesan terhadap anak-anak. Berikut saya senaraikan kesan pengambilan makanan ringan mengikut kategori:


Tenaga dan Fokus

Makanan ringan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan meransang arasa tenaga dan menyebabkan anak-anak hilang fokus. Kanak-kanak akan menjadi super aktif dan akan bertindak lebih agresif bila mana kandungan gula dalam darah meningkat. Ini disebabkan, tubuh mereka mendapat tindakbalas bahawa terdapat lebihan gula yang perlu dibakar segera.

 Risiko Kegemukkan Melampau (Obesiti)



Makanan ringan merupakan makanan utama yang menyumbang kepada masalah kegemukkan. Hasil penyelidikan menunjukkan  kebanyakan makanan ringan mengandungi kalori yang tinggi, gula, garam dan serbuk perisa yang berlebihan. Bahan-bahan tersebut salah satu faktor menjadikan kanak-kanak tidak berminat dengan makanan asas seperti sajian nasi, sayur dan buah-buahan. Menurut Jurnal "Nature Neuroscience", Makanan ringan berkalori tinggi mengakibatkan ketagihan dikalangan kanak-kanak seterusnya menjadi punca utama kanak-kanak menjadi obes.

Penyakit Kronik
Makanan ringan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi serta serangan strok. Kajian mendapati, punca kenaikan pesakit kronik dikalangan kanak-kanak adalah disebabkan faktor pemakanan yang tidak terkawal. Selain daripada itu, kanak-kanak yang bersifat obes turut meningkatkan risiko masalah kadar kolestrol tinggi yang membawa kesan jangka panjang pada jantung.
Masalah kemurungan dan rendah diri
Kanak-kanak juga seperti manusia dewasa yang lain. Pemakanan yang tidak seimbang yang membawa kepada kegemukkan turut mempengaruhi keyakinan diri mereka. mereka menjadi individu yang takut kedepan serta malu untuk bersuara kerana bimbang mereka diejek oleh rakan-rakan seusia mereka. Suara-suara halus akan mempengaruhi minda mereka menyebabkan tekanan sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian mereka.

Sebagai ibu bapa, menjadi satu kemestian untuk pantau pemakanan mereka. Bak kata pepatah " Kamu adalah apa yang kamu makan". Islam juga menggariskan panduan pemakanan pada seluruh umatnya. Kesederhanaan merupakan suatu yang perlu dititik berat dalam kehidupan seharian.




Antara tips yang boleh diaplikasikan oleh ibu untuk memberi anak makanan ringan adalah seperti berikut:
  • Beri anak snak/ makanan ringan berbentuk buah-buahan.  Ibu boleh sediakan potongan buah pelbagai bentuk bagi menarik minat mereka. Hidangkan buah dengan sedikit salutan madu serta serbuk kayu manis sebagai pembuka selera.
  • Makanan berbentuk makanan sunnah juga digalakkan. Kurma, kismis, badam dan kekacang sangat bagus untuk perkembagan minda
  • Makanan tambahan seperti Supplement juga digalakkan bagi menampung kekurangan nutrisi seharian. 
  • Galakkan pengambilan air putih lebih banyak daripada biasa sekiranya anak mengambil makanan ringan seperti kentang goreng.
  • Perhatikan apa si manja anda makan. Hadkan pengambilan makanan ringan supaya tidak berlebihan. Sebagai contoh, ibu boleh membeli 1 bungkusan makanan untuk dikongsi dengan ahli keluarga yang lain.
Bagi memastikan perkembangan fizikal anak tidak terbantut, opsyen lain yang boleh ibu-ibu praktikkan dengan memastikan pengambikan makanan tambahan. Sebagai contoh, makanan tambahan seperti Meal Shake boleh diberikan bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yg cukup. 

Perkembangan minda kanak-kanak juga dapat dirangsang dengan pengambilan minyak ikan seperti Omegaguard. Kandungan Omega-3 yg sangat bagus berfungsi merangsang neuron-neuron sel otak supaya cepat bertindak serta berfikir.

Vitamin C boleh kunyah juga boleh diberikan kepada anak kecil supaya menggalakkan penyerapan nutrient badan.



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015