23 October 2013

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Penyakit Tangan,kaki dan mulut

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini anak kecil saya dijangkiti penyakit Tangan Kaki dan Mulut ( Hand Foot Mouth Disease, HFMD). Sebagai ibu, saya merasa sangat risau bila penyakit ini berulang kembali pada anak-anak saya walaupun penyakit ini merupakan sesuatu yg agak biasa dikalangan kanak-kanak dan bayi.


Menurut wikipedia, penyakit ini merupakan sindrom kemanusian yang disebabkan oleh virus yang berasal dari keluarga picornaviridae. Kebanyakkan kes penyakit ini disebabkan oleh coxsackievirus atau enterovirus yang hidup di dalam trek pemakanan manusia dan disebarkan dari seorang ke seorang.

Bayi dan kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun merupakan golongan utama yang sering dijangkiti penyakit ini. kebanyakkan daripada mereka dijangkiti daripada sebaran penyakit di pusat asuhan, pra sekolah atau dikawasan yg mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai.

Simptom dan Tanda Penyakit

penyakit tangan kaki mulut ini bukanlah penyakit yang sama dijangkiti pada ternakan lembu. Penyakit ini menyebabkan keradangan pada tekak, lidah, gusi dan bahagian dalam pipi. Keradangan ini berwarna merah dan membentuk buih kecil yang mengandungi cecair didalamnya yang seterusnya akan menjadi ulser. Bahagian kaki dan tangan pula akan kelihatan biji-biji kecil seperti ruam kemerah-merahan.



Tanda kemerah-merahan pada badan akan kelihatan terutama di sekitar kawasan punggung dan betis. ini merupakan indikator luaran bagi ibu bapa mengenai penyakit ini. Walaubagaimanapun, sebahagian kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali keradangan didalam mulut dan di bahagian tekak. Bagi anak kecil dan bayi yang masih belum boleh berkata-kata, pemerhatian dari ibu bapa sangat penting. 

selain itu,bayi yang mempunyai tanda berikut juga boleh diklasifikasikan dijangkiti penyakit ini; 

●demam, sakit lenguh-lenguh otot atau kelihatan seperti dijangkiti selsema
●sensitif dan mudah marah atau kerao tidur
●mengeluarkan air liur yang banyak
●sukakan teterhadap minuman sejuk

Kaedah rawatan

Secara spesifik, tidak ada rawatan khusus untuk penyakit ini. Mengikut pengalaman saya sebelum ini, petua memandikan anak dengan air garam sangat membantu. Caranya dengan mencampurkan lebih kurang 300-400g garam dalam sebaldi air.kemudian mandikan anak tersebut, seeloknya biarkan anak berendam. Kaedah ini dilakukan 2-3kali sehari sehingga tanda-tanda penyakit berkurangan.

sekiranya anak berterusan tidak mahu minum dan makan, Ibu bapa perlu segera membawa anak mendapatkan rawatan

Bagi melegakan rasa sakit dan gatal, pengamal perubatan membolehkan anak tersebut diberi Acetaminophen (panadol)atau ibuprofen. ( sila dapatkan konsultasi dari doktor bertauliah)atau sapuan losyen Calamine. Untuk melegakan tekak pula, cecair sejuk seseperti aiskrim dapat melegakan rasa tidak selesa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015