30 November 2013

Bila ummi bergerak, Dia Menjerit!

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi begini; anda sedang duduk bersama anak kecil sambil menonton tv. Tiba-tiba anda bangun untuk ke tandas, seterusnya menyebabkan anak anda tadi menangis sambil berlari mencari anda. Situasi ini sangat kerap berlaku bila anda hilang dari pandangan mata si anak. Simtom ini dinamakan kebimbangan pemisahan (separation anxiety)

Bayi sebenarnya dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan penjaganya. Diawal usia bayi, kebanyakkan ibu lebih risau meninggalkan anak mereka berbanding bayi tersebut! Selagi keperluan serta kehendak bayi dipenuhi, kebanyakkan bayi di bawah usia 6 bulan dengan mudah dapat menyesuaikan diri mereka dengan penjaganya.

Semasa bayi berusia 4-7bulan, ia akan mula mengenali serta memahami kehadiran orang serta objek sekeliling. Walaupun ketika itu ibu atau org yang dikenali itu tiada disitu, bayi sudah faham setiap yang wujud sekitarnya. Ibu atau penjaga dapat mengenalpasti situasi ini apabila bayi kita sudah mula bermain menjatuhkan barang secara kerap.Ini bertujuan supaya orang dewasa akan datang dan kutip mainan tersebut.

Bayi beranggapan mereka cuma ada ibu atau bapa, dan apabila mereka tidak nampak ibu atau bapanya, mereka beranggapan ibu nya telah pergi. Kebanyakkan mereka masih belum faham konsep masa. Jadi mereka beranggapan bila dan ketikanya ibu kembali.Bayi tersebut akan melakukan apa sahaja untuk menghalang ibu atau bapanya pergi. Walaupun hanya ke dapur, di bilik sebelah, atau pergi kerja.



Masalah takut ditinggalkan ini biasanya terjadi ketika bayi belum berumur setahun. Ia juga akan muncul semula atau akan berakhir ketika usia kanak-kanak 4 tahun. Kadar ketakutan kanak-kanak dan bayi masing-masing tidak sama. Sebagai ibu, anak kedua saya mengalami masalah ini berbanding si kakak. Bilamana saya hilang dari pandangan mata Harith (adik), dia akan menangis sambil berlari mencari saya. Rasa takut ini sedikit demi sedikit perlu diatasi. Berikut saya kongsikan sedikit sebagai panduan untuk ibu-ibu.


  • Buat latihan pemisahan.ibu boleh meniinggalkan anak dengan penjaga atau adik beradik lain dalam jangka masa yang pendek.Ini bertujuan melatih mereka menerima situasi semasa.
  • Lakukan pemisahan secara berkala. Sebagai contoh, ibu boleh melakukan selepas ia baru lena atau selepas menyusu/makan. Kebanyakan bayi lebih tinggi kerisauan ditinggalkan ketika dalam keadaan lapar.
  • Jadikan ucapan selamat tinggal sebagai amalan setiap kali ibu nak beredar. Sebagai contoh: "Babai adik, ummi nk pergi dapur.Adik duduk ye." Selain itu juga lambaian tangan dan ciuman kasih sayang juga membantu menenangkan mereka.


  • sentiasa biasakan bayi dengan persekitaran yg mudah diterima. Sekiranya bercadang untuk menghantar bayi ke rumah penjaga, biasakan beberapa hari datang melawat rumah penjaga, tinggalkan beberapa ketika dengan membawa sebahagian objek yang bayi kenal.
  • Sentiasa biasakan beritahu anak bahawa kita akan keluar dan akan pulang. Segera berlalu pergi selepas beritahu anak tanpa berengah-lengah menunggu ragam mereka.
  • Kurangkan membiasakan bayi melihat/menonton cerita-cerita yang menakutkan. Rasa ketakutan yang melampau boleh menyebabkan mereka lebih sukar untuk berenggang dengan ibu atau penjaganya.
Anak-anak harus dididik supaya lebih berdikari. rasa ketakutan yang berlebihan akan menyebabkan peribadi yang kurang terbentuk. "Separation Anxiety" ini boleh menjadi lebih teruk dan merumitkan sekiranya tidak diatasi. Ini disebabkan akan datang, mereka akan terpaksa keluar dan bergaul dengan orag lain terutamanya bila memasuki alam persekolahan.

Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan








29 November 2013

Tips menggalakkan si kecil makan

Teks oleh: Nor Saadah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Saya pasti ramai ibu dirumah sering risau apabila anaknya tidak mahu makan atau memilih makanan. Saya juga berperasaan begitu apabila anak perempuan saya tidak mahu menjamah makanan. Kini, saya mula kesan, si adik juga mula tidak mahu makan.

Runsing bila difikirkan. Sebab mereka masih kecil dan perlukan nutrisi yang lengkap untuk pertumbuhan. Tambahan aktivit mereka yang banyak bermain,sudah tentu perlukan tenaga yang banyak. Sebagai ibu, saya perlu melakukan sesuatu untuk menggalakkan pemakanan yang sebaiknya.
Alhamdulillah antara perkara yang saya lakukan kini menampakkan hasil apabila kakak sudah mulai menunjukkan tindakbalas positif dengan meminta makanan!oh bahagianya perasaan ummi.

Tips Menggalakkan Si Kecil Makan.

  • Sediakan makanan untuk anak dan bukannya dibeli. Amalkan zikir dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. semasa menyediakan makanan tersebut. Selain itu berdoa pada Allah minta diberikan yg terbaik untuk anak dan keluarga.
  • Tanya pada anak apa keinginan mereka untuk makan. Sebagai contoh, anak-anak saya sukakan ayam dan ikan. Maka sediakan makanan yang ada elemen tersebut untuk memujuk mereka untuk makan dengan rela hati.
  • makan bersama-sama dengan anak. Anak sulung saya bersikap lebih berdikari. Ketika makan bersama, sediakan pinggan serta cawan lengkap dengan keperluan makanan untuk anak makan dengan mudah.
  • makan dengan suasana yang sangat gembira. Cipta keriangan dan keseronokkan sewaktu makan. Pendekatan yang saya ambil ketika ini ialah dengan mengajar anak doa makan, membentuk makanan menjadi bentuk-bentuk kecil serta bergurau dengan anak-anak.
  • Sekali sekala ubah situasi tempat makan. Sebagai contoh, kadangkala saya mengajak anak-anak saya makan sambil bersantai di kawasan luar rumah. Ketika itu mereka dalam keadaan gembira dan rela hati untuk menerima makanan
  • Elakkan memberi snek terlalu dekat dengan masa makan mereka.kerana jika mereka terlalu kenyang, makanan kegemaran mereka pun tidak akan dimakan.


Kanak-kanak merupakan makhluk Allah yang sangat istimewa. Ada kalanya mereka menjadi terlalu gembira sehingga lupa akan rasa lapar, rasa penat dan sebagainya. Sebagai ibu, kita tidak boleh memaksa mereka. Berikan yang terbaik untuk mereka. Bagi yang masih menyusukan anak, susu ibu merupakan makanan terbaik untuk mereka. Bagi anak yang tidak lagi menyusu, makanan tambahan seperti minyak ikan, vitamin c serta multivitamin sangat membantu untuk perkembangan mereka. Sekiranya sebagai ibu kita lihat perkembangan fizikal mereka sedikit perlahan, segeralah berbuat sesuatu.



Saya sebagai salah seorang pengedar bebas rangkaian produk Shaklee turut membekalkan makanan tambahan untuk anak-anak saya. Antaranya Omegaguard sehari sebiji untuk membekalkan asid lemak untuk perkembangan minda anak-anak. Selain itu juga saya tambahkan melashake bg anak saya yang tidak menyusu badan sebagai multivitamin beliau serta vitamin c boleh kunyah untuk pertahanan badan.

Makanan sunnah juga tidak dilupakan untuk anak-anak saya. Selain makanan tambahan, kurma dan kismis menjadi snek kegemaran buat mereka. Saya kurang memberikan makanan berbentuk kekacang kerana masih belum bersedia untuk membiarkan mereka makan sendiri.

Makanan tambahan untuk anak saya.

Walau apapun usaha kita, mintalah sebaiknya dari Allah.kerana Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita. Sebagai ibu, jangan ambil remeh dalam pemakanan anak. Kerana setiap yang diambil membentuk zat yang akan menyumbang pada agama jua.



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

24 November 2013

Bahagia Yang Sembunyi

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sudah hampir seminggu saya berkhidmat di rumah. Dengan erti kata lain saya bekerja dari rumah dan membesarkan sendiri anak-anak. Alhamdulillah keadaan masih terkawal dan saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kerja-kerja perniagaan dan tanggungjawab mengasuh mereka.

Sungguh! saya terasa seperti baru mengenali anak-anak saya. Bayangkan selama ini saya yang melahirkan mereka tetapi disebabkan mereka dijaga dan diasuh orang lain sewaktu saya bekerja, saya tidak tahu bagaimana sebenarnya perangai mereka. Selama ni, saya hanya melihat mereka inginkan perhatian saya. Kadangkala sedikit tantrum, terlalu manja serta tidak mahu lepaskan saya selepas pulang kerja. Tapi lama kelamaan saya perhatikan, mereka sebenarnya bukan begitu. Kakak seorang yang berdikari, tidak takut dengan orang serta berani kedepan. Adik pula walaupun sedikit manja, tapi terserlah perangainya yg sedikit keras hati untuk dapatkan sesuatu.




Terasa bagaikan satu kepuasan bila saya duduk dirumah, memerhati mereka, menyediakan makanan untuk mereka, bercerita, menenagkan mereka serta tertawa bersama. Mungkin bagi orang lain ianya merupakan suatu yang biasa. Tapi tidak bagi saya. Bayangkan, sebelum ini saya telefon pengasuh anak saya untuk tanyakan apakah makanan kegemaran mereka. Apa yang perlu saya buat untuk menenangkan mereka dan banyak lagi. Sangat rugi saya rasakan selama ini saya tidak mengikuti perkembangan mereka. Waktu siang, mereka banyak belajar, bermain, membina peribadi. Sedangkan waktu malam mereka sudah bersedia untuk tidur. Begitulah rutin harian yang dilalui mereka.

Saya tidak bermaksud mempertikaikan ibu-ibu yang bekerja di luar sana. Kerana saya juga salah seorang ibu yang pernah bekerja diluar untuk mencari nafkah bersama suami. Tiada yang salah cuma ibu diluar yang bekerja sudah tentu lebih bijak mengisi masa yang senggang untuk anak-anak. Bahagia membesarkan anak merupakan satu nikmat yang luar biasa ertinya bagi saya. Sehingga entri ini ditulis, saya sedang bersama Hannah yang baru saahaja bangun dari tidur, dan pada masa yang sama saya sedang susun kerja-kerja harian saya. Nah, siapa kata surirumah tidak boleh menjana pendapatan?


Bagi ibu yang ingin bekerja dari rumah, buatlah perancangan. Bincang dengan ahli keluarga dan yang paling utama ialah DOA. Minta dengan Allah jalan yang terbaik untuk keluarga secara halusnya untuk membentuk Ummat Islam yang berkualiti. Selain itu dapatkan juga kumpulan sokongan untuk memulakan kerja dari rumah. Saya bersama rakan-rakan ibu yang bekerja dari rumah (Akademi Bekerja Dari Rumah)
sedia membantu untuk memulakan kerja anda. Jangan malu jangan segan ya!



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

20 November 2013

Hari-hari Dia Mengamuk!

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Baru-baru ini saya dan suami berjalan di kompleks beli-belah berhampiran kawasan rumah. Bersama dua anak kecil yang baru mengenal dunia, mereka sangat teruja untuk eksplor kompleks beli belah tersebut. Tiba-tiba si kakak menangis apabila sudu aiskrim yang dipegangnya terjatuh. tangisannya makin lama makin kuat disusuli dengan menghentakkan kaki sebagai tanda marah. Sebagai ibu, saya sedar tantrum anak saya mula menguasai dirinya. Tindakan perlu diambil bagi mengatasi ianya menjadi lebih buruk.

Menurut Wikipedia, tantrum atau temper tantrum ialah emosi yang berkecamuk. Kebiasaanya berlaku dikalangan kanak-kanak yang berada dalam keadaan tertekan. Mereka akan menjerit,menagis serta bersikap degil apabila marahkan sesuatu sehingga menjadi hilang kawalan.

Ada banyak punca yang menyebabkan anak kecil itu tantrum. Antaranya bila ia mencari perhatian atau berada dalam keadaan penat, lapar atau tidak selesa. Kebiasaannya tantrum berlaku pada tahun kedua anak tersebut. Yang mana mereka masih dalam proses pembelajaran perkataan dan bahasa.Ketika ini mereka secara kasar lebih faham situasi berbanding untuk diekspreskan dalam bentuk perkataan. Berikutan dengan itu, semakin petah anak kecil, kadar tantrum juga kebiasaanya menurun.

Antara tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk kawal tantrum sikecil ialah:

1. Ibu bapa perlu bersifat tenang dan tidak sama-sama berasa marah- Ketika ini, mereka memerlukan seseorang yang bole mewujudkan rasa tenang. Seeloknya ibu bapa tarik nafas dalam-dalam beberapa ketika sebelum memberi respon kepada tantrum mereka.ibu bapa seharusnya berada dalam keadaan tenang dan tidak cepat melenting dengan perbuatan mereka.

2. Cuba sedaya upaya untuk alihkan perhatian anak tersebut. Sebagai ibu, saya sering perhatikan mereka akan menangis dan mengamuk dengan apa yang ada disekeliling. Sebagai contoh, ada satu ketika, anak saya Hannah meminta bapanya untuk mendukungnya untuk mengambil sesuatu. Tetapi disebabkan bapanya tidak dapat memenuhi permintaan disebabkan ada halangan, Hannah menjerit, menangis serta menghentak-hentakkan kakinya. Kemudian disebankan marah pada bapanya, stokin yg hendak dipakai bapanya itu dirampas, dibuang serta dimarahnya! Apa yang saya buat ialah, alihkan perhatiannya dengan cara membawanya jauh dari stokin dan bapanya.

3. Seterusnya, untuk mengelakkan tantrum anak supaya tidak berterusan, cubalah ketawa atau wujudkan situasi yang lucu. Sekurang-kurangya ibu bapa tidak terlalu stress dan marah. Anak tersebut akan terdiam sejenak bila melihatkan ibu bapanya tertawa. sekiranya sukar, ibu bapa boleh praktikkan dengan memberi senyuman pd anak. Jangan pula diikutkan rasa marah.




4. Sejurus selepas anak sedikit reda dari tantrum, ibu dengan segera perlu menenangkan anak itu. Saya selalu amalkan dengan menarik anak saya supaya datang dan peluk saya. Ketika itu bisikkan pada telinga anak mengatakan kita sayang padanya. Usap belakang badanya, sapu air matanya, senyum dan katakan ibu marah kerana sayang. InshaAllah Mereka akan faham.

5. Sebagai ibu bapa, elakkan dengan menawarkan sebarang bentuk hadiah atau ganjaran selepas tantrum. Ini akan lebih memburukkan keadaan, kerana mereka akan berterusan berperangai "kurang manis sebegini" di masa akan datang. Sebaliknya ketika mereka telah bertenang, terangkan satu persatu apa implikasi atau kesan yang mereka dapat dari perbuatan tersebut. Salah satu yangsaya cakap pada anak ialah seperti, "kakak nangis tak dapat apa pun.Penat je yang dapat. Lain kali tak nak nangis-nagis ya".

Sebagai manusia, saya sendiri akui, kadangkala kesabaran memang agak tercabar ketika anak sedang berperang dengan emosi. Tapi, kita sendiri perlu ingatkan diri sendiri, anak itu suatu amanah yang kita sendiri pinta dari Allah. Jadi kita perlu sentiasa tenang, berlapang dada dalam membesarkan serta menjaga amanah Allah. Sekiranya kita sebagai ibu bapa ada melakukan kesilapan, segeralah beristighfar serta berzikir. Sebab ketika kita sedang marah, anak kita pun sedang marah, Syaitan sangat mudah mencucuk jarum.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat pada semua.

Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


Ini lah Hannah yang selalu buat Ummi tersenyum mewarnai hari-hari mendatang :)





18 November 2013

Mengapa Kita Perlukan Suplement?

Teks Oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai kepentingan nutrient pada tubuh badan serta kaitan bantuan makanan tambahan atau lebih dikenali dengan supplement.

Alhamdulillah, Allah menciptakan manusia sebagai makhluk terbaik sebagai khalifah. Tubuh manusia seperti yang kita semua maklum berfungsi seolah beribu-ribu jentera beroperasi serentak 24 jam sehari. Bagi memastikan setiap jentera berfugsi dengan baik, secara adatnya kita memerlukan bahan bakar tertentu untuk menggerakkannya. Begitu juga badan manusia.

Bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh badan manusia datang daripada sumber makanan yang diambil setiap hari. Makanan yang diambil terdiri daripada gabungan pelbagai nutrisi yang terdiri daripada sumber air, vitamin, minerals, enzim, asid amino, karbohidrat dan lipids. Setiap nutrisi ini berbeza bentuk, fungsi, kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan- bagaimanapun kesemuanya penting untuk kesihatan tubuh badan.

Pemakanan yang seimbang membantu tubuh badan untuk kekal sihat dan bertenaga. Sumber-google search

Panduan pemakanan yang dicadangkan oleh Harvard Medical School- Sumber dari Google Search
Setiap nutrisi yang dibekalkan pada tubuh badan memainkan peranan yang penting sehingga peringkat mikroskopik, dan setiap satu daripadanya mempunyai proses spesifik yang sangat berbeza.  Nutrien tersebut diperlukan untuk setiap proses tubuh badan termasuk untuk memperbaiki tisu sel serta melawan serangan penyakit.

Hasil penyelidikan menunjukkan, setiap bahagian tubuh badan mempunyai kepekatan nutrisi tertentu yang tinggi. Perbezaan nutrien yang sangat ketara ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan sebahagaian daripada tubuh badan tidak berfungsi seterusnya mengakibatkan kerosakkan. Bagi mengelakkan kesan kekurangan nutrisi ini, pengambilan diet yang seimbang dan nutrient dari supplemen sangat-sangat membantu. Otak dan fikiran yang sihat, kemampuan daya ingatan, keanjalan kulit, kadar penglihatan dan lain-lain merupakan indikasi yang menunjukkan badan kita berfungsi dengan sempurna. Dengan bantuan nutrisi daripada suplimen, senaman dan diet yang seimbang, proses penuaan dapat diperlahankan sekaligus meningkatkan keupayaan untuk hidup lebih lama dan sihat.

Senaman membantu mengekalkam kesihatan badan disamping pemakanan yg sihat dan seimbang-sumber google imej

Sekiranya tubuh badan kita tidak dibekalkan dengan nutrisi yg sepatutnya, secara tidak sengaja kita mendedahkan tubuh badan untuk mudah diserang penyakit. Walaupun badan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit, ia tidak bermaksud tubuh kita sihat sepenuhnya. Sebaliknya, secara mudah disimpulkan, badan kita sebenarnya masih belum menunjukkan sebarang simptom penyakit. Masalah utama yang menyebabkan kita tidak dapat nutrisi secukupya adalah disebabkan proses penyediaan makanan tersebut. Makanan yang dimasak terlalu lama, menyebabkan nutrisi pd makanan tersebut termusnah disebabkan haba.

Sedekad yang lalu, penemuan daripada hasil penyelidikkan turut menemui kepentingan fitokimia dan nutrisi untuk tubuh. Fitokimia atau lebih dikenali sebagai fitonutrien merupakan kompaun dalam tumbuhan yang menyebabkan tumbuhan tersebut aktif secara biologikal. Hanya sebilangan kecil individu yang mengambil buah-buahan dan tumbuhan secara mencukupi unntuk mendapatkan kesan nutrisi optimum- oleh itu pengambilan suplimen sangat membantu untuk menampung kekurangan nutrisi tersebut.

Fitokimia bukanlah nutrien dalam dalam bentuk yang biasa. Sebaliknya ia mengambilkira warna tumbuhan, rasa serta keupayaan untuk melawan jangkitan penyakit. Pasukan penyelidik telah melakukan kajian serta mengenalpasti fitokimia tersebut dapat diekstrak secara terbaik dan dijadikan dalam bentuk pil, serbuk dan kapsul. Produk fitokimia ini diklasifikasikan dibawah terma "nutraceuticals". Food And Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan makanan yang mempunyai bahan fitokimia sebagai "dietary supplement" atau makanan tambahan.

Tubuh manusia merupakan sesuatu yang unik. Sebelum mengambil suplimen, kita hendaklah tahu jumlah yang betul serta nutrisi yang perlu. Ianya dapat dilakukan dengan memahami asas nutrisi yang diperlukan bersesuaian dengan aktiviti dan kesihatan tubuh kita.Tanya pada diri sendiri, apakah pemakanan kita seimbang setiap hari? Apakah aktiviti harian kita menjurus kepada aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam atau berjalan kaki. Sejauh mana kita menjaga kesihatan serta kecerdasan badan. Sebenarnya, pengambilan nutrisi tambahan sangat berguna bagi setiap dikalangan kita.

Saya dan keluarga merupakan pengambil suplimen. Perbezaan yang ketara dapat dirasakan sebelum dan selepas pengambilan suplimen. Sekiranya anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan natural serta berkesan, boleh hubungi saya selaku distributor bebas Shaklee untuk konsultasi secara percuma

.

Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan.





17 November 2013

Nikmat kekeluargaan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Pagi ini saya dan keluarga telah selamat berada di kluang untuk ziarah mak dan abah. Sebelum ini, disebabkan kesibukan waktu bekerja saya dan suami membuatkan masa kami terbatas untuk bercuti ke kampung. Alhamdulillah nikmatnya ukhwah kekeluargaan.

Ya inilah yang saya mahukan. Saya mahukan kebebasan untuk lebih memberi. Dalam pelabagai bentuk pemberian. InshaAllah saya akan lebih banyak memberi serta berkongsi mengenai dunia ibu bapa, kesihatan serta perkara yang membawa kebaikkan untuk semua.

Bagi ibu-ibu yang berada diluar yang tidak punya kekuatan dari segi kewangan, ilmu dan sebagainya, jangan malu dan segan untuk munajat pada Allah. Minta pada Nya supaya dipermudahkan untuk urusan seharian. Sekiranya mahu sertai saya dan rakan-rakan lain untuk memulakan bisnes Shaklee secara online atau belajar asas blog, hubungi saya seperti dibawah.

Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

16 November 2013

Memelihara Amanah Allah (bahagian 2)

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini saya telah selamat sempurnakan semua proses penyerahan kepada pihak majikan. Akhirnya jawatan sebagai jurutera menjadi satu kenangan indah bagi diri saya. Tidak menyesal dengan tindakan tersebut sebalikbya menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang demi menyempurnakan amanah Allah.

kenangan terakhir sebagai pekerja MMHE

Sebelum ini saya ada nyatakan di entri yang lepas untuk berkongsi persediaan untuk memulakan kerjaya dirumah. Bagaimana saya bermula? Apakah persediaan yg perlu diambil kira dan bilakah masa yang sesuai. Persoalan tersebut sering bermain di fikiran saya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tuliskan semua perkara yang bermain di fikiran saya.

Perancangan saya untuk bekerja dari rumah mengambil masa setahun. Bermula dari 16november 2012, saya memikirkn peluang pekerjaan yg terbaik utk saya dan keluarga.Langkah pertama untuk mula merancang bekerja dari rumah ialah niat.  Setiap hari, sepanjang perjalanan ke pejabat saya niatkan supaya Allah berikan jalan untuk saya dapat bekerja dari rumah. Di samping niat, doa di dalam hati supaya dipermudahkn urusan akan dtg kelak.

Sebahagian projek yang melibatkan saya; F14 Shell DRA oleh SSB

Seterusnya saya tuliskan dalam buku catatan harian saya tarikh jangkaan saya bermula sepenuhnya untuk bekerja dari rumah. Pada awalnya saya meletakkan Januari 2014 sebagai tarikh titik permulaan.Akhirnya selepas istikharah,berbincang dengan suami, alhamdulillah Allah cepatkn tarikhnya ke hari ini.

Sepanjang tempoh saya bekerja sepenuh masa, saya turut melakukan perniagaan online secara sambilan. Saya merupakan salah seorang pengedar bebas produk shaklee. Selain itu juga saya membantu rakan-rakan dan ibu menyusu untuk mendapatkan peralatan menyusu.  Alhamdulillah sambutan menggalakan.
Sebagai ibu yang bekerja sepenuh masa, satu perkara yang sering saya praktis selalu ialah saya melakukan simulasi. Ya, simulasi! Simulasi membayangkn saya seorang ibu yang sudah bekerja dari rumah. Biasanya saya lakukan simulasi ini dihujung minggu. Saya bangun seawal 5 pagi dan cuba ikuti sedikit demi sedikit jadual perancangan saya. Saya tidak terlalu ketat mengikut jadual, tetapi ada toleransi. Sekurang-kurangnya saya tahu yang mana saya perlu dahulukan, yang mana tidak.
Sepanjang tempoh simulasi, saya sering terfikir, betapa besarnya pahala ibu yang mengasuh anak sendiri sepenuh masa. Keadaan emosi ibu yang penat dengan uusan rumah serta ragam anak mmg sangat mencabar jiwa. Tetapi inilah kehidupan.
Pada pandangan saya, ibu-ibu yang ingin bekerja dari rumah, lakukan perancangan dahulu. Doa supaya dipermudahkan dan dibuka jalan. Mulakan dengan merancang. Apakah bentuk pekerjaan yang ingin dilakukan. Minta pandangan suami dan keluarga. Selain itu, ibu juga perlukan persediaan emosi dan mental. Proses membesarkan serta mendidik anak sangat banyak cabaran.

Sebagai Ibu, kita tidak perlu mengikut jadual sesiapa untuk mula bekerja dari rumah. Sebaliknya cuba bina sendiri kekuatan serta lakukan penyesuaian mengikut keutamaan. Bagi yang baru merancang dan mencari jalan untuk bekerja dari rumah, Akademi Bekerja Dari Rumah memang kumpulan yang sangat membantu. Untuk menjadi sebahagian dari kami boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

14 November 2013

Memelihara Amanah Allah (Bahagian 1)

Memelihara Amanah Allah (Bahagian 1)
Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah bersyukur pd Allah sebab saya masih diberi peluang untuk mencoret dalam blog ini.Saat ini, saya menghitung detik masa untuk membuat suatu perkara yang agak luar biasa pada fikiran kebanyakkan orang. Secara rasminya, esok merupakan hari terakhir untuk saya berkhidmat sebagai jurutera di syarikat yg saya bekerja sekarang.

Saya mengambil keputusan untuk berundur dari dunia mekanikal ini semata-mata kerana anak. Ya, 2orang anak kecil saya Hannah dan Harith menjadi kekuatan saya untuk nekad meletakkan jawatan. Usia mereka terlalu kecil untuk faham erti umminya perlu kerja untuk menyara mereka.

Apa nak buat semasa dirumah?ada pendapatan ke nanti? dah biasa pegang duit, tiba-tiba tiada duit. macam mana nk "survive"?  Ramai yang bertanyakan soalan begitu pada saya. Soalan mereka membuatkan saya fikir banyak kali. Doa, istikharah sentiasa mengiringi keputusan saya.InshaAllah saya kekal bekerja tetapi lokasi bekerja sahaja yang berubah. Kalau dahulu saya bergegas untuk sampai ke pejabat, kini pejabat saya hanya di dalam bilik kecil di rumah. Sokongan dari suami dan abah membuatkan saya kuat untuk tetap dengan pendirian ini. Tak lupa juga Nisa yang banyak beri panduan untuk terus bekerja dari rumah.

Gambar Si Manja saya sedang  belajar A B C  :)
Saya memilih untuk membesarkan diri anak-anak sebab memikirkan amanah Allah. Tugas saya sebagai ibu sangat penting untuk membina sahsiah dan peribadi mereka. Saya ingin menyuap mereka semasa kecil, membelai mereka, memandikan mereka serta melihat perkembangan mereka selagi diizinkn Allah swt. Momen tersebut sangat berharga bagi saya. Sebab saya sendiri tidak pasti apakah saya diberi keizinan untuk melihat mereka lepas membesarkan keluarga mereka sendiri kelak. Saya tidak mahu tunggu mereka besar baru ambil keputusan untuk bersara dari pekerjaan. Ketika itu mungkin mereka sudah mempunyai kawan sendiri, teman atau ada "idola" lain yang lebih mereka suka. Saya tahu ketika usia mereka kecil ini, saya lah segalanya bagi mereka. Hal ini sangat ketara saya perhatikan.Kerana setiap kali pulang dari kerja dan ambil mereka di rumah pengasuh, perasaan anak-anak saya sangat teruja, gembira sehingga berlari mendapatkn saya bila mana saya sampai untuk menjemput mereka. Perasaan yang sangat membahagiakan!

Sudah terbayang warna-warna kehidupan saya selepas ini. Sudah pasti suka duka membesarkn mereka akan mewarnai hari-hari saya yang mendatang. Sebagai panduan, beberapa perkara perlu saya aturkan dan susun mengikut keutamaan. Yang pasti, majikan saya selepas ini hanyalah Allah. InshaAllah.

Entri akan datang saya akan kongsikan dengan pembaca apakah langkah-langkah yang saya lakukan untuk mula bekerja dari rumah pada masa yang sama memelihara serta mengasuh anak-anak syurga. Harapan saya semoga kawan-kawan dan pembaca sekalian mendoakan yng terbaik buat saya dan keluarga.

Salam sayang,

Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015