Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini saya telah selamat sempurnakan semua proses penyerahan kepada pihak majikan. Akhirnya jawatan sebagai jurutera menjadi satu kenangan indah bagi diri saya. Tidak menyesal dengan tindakan tersebut sebalikbya menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang demi menyempurnakan amanah Allah.
kenangan terakhir sebagai pekerja MMHE |
Perancangan saya untuk bekerja dari rumah mengambil masa setahun. Bermula dari 16november 2012, saya memikirkn peluang pekerjaan yg terbaik utk saya dan keluarga.Langkah pertama untuk mula merancang bekerja dari rumah ialah niat. Setiap hari, sepanjang perjalanan ke pejabat saya niatkan supaya Allah berikan jalan untuk saya dapat bekerja dari rumah. Di samping niat, doa di dalam hati supaya dipermudahkn urusan akan dtg kelak.
Sebahagian projek yang melibatkan saya; F14 Shell DRA oleh SSB |
Seterusnya saya tuliskan dalam buku catatan harian saya tarikh jangkaan saya bermula sepenuhnya untuk bekerja dari rumah. Pada awalnya saya meletakkan Januari 2014 sebagai tarikh titik permulaan.Akhirnya selepas istikharah,berbincang dengan suami, alhamdulillah Allah cepatkn tarikhnya ke hari ini.
Sepanjang tempoh saya bekerja sepenuh masa, saya turut melakukan perniagaan online secara sambilan. Saya merupakan salah seorang pengedar bebas produk shaklee. Selain itu juga saya membantu rakan-rakan dan ibu menyusu untuk mendapatkan peralatan menyusu. Alhamdulillah sambutan menggalakan.
Sebagai ibu yang bekerja sepenuh masa, satu perkara yang sering saya praktis selalu ialah saya melakukan simulasi. Ya, simulasi! Simulasi membayangkn saya seorang ibu yang sudah bekerja dari rumah. Biasanya saya lakukan simulasi ini dihujung minggu. Saya bangun seawal 5 pagi dan cuba ikuti sedikit demi sedikit jadual perancangan saya. Saya tidak terlalu ketat mengikut jadual, tetapi ada toleransi. Sekurang-kurangnya saya tahu yang mana saya perlu dahulukan, yang mana tidak.
Sepanjang tempoh simulasi, saya sering terfikir, betapa besarnya pahala ibu yang mengasuh anak sendiri sepenuh masa. Keadaan emosi ibu yang penat dengan uusan rumah serta ragam anak mmg sangat mencabar jiwa. Tetapi inilah kehidupan.
Pada pandangan saya, ibu-ibu yang ingin bekerja dari rumah, lakukan perancangan dahulu. Doa supaya dipermudahkan dan dibuka jalan. Mulakan dengan merancang. Apakah bentuk pekerjaan yang ingin dilakukan. Minta pandangan suami dan keluarga. Selain itu, ibu juga perlukan persediaan emosi dan mental. Proses membesarkan serta mendidik anak sangat banyak cabaran.
Sebagai Ibu, kita tidak perlu mengikut jadual sesiapa untuk mula bekerja dari rumah. Sebaliknya cuba bina sendiri kekuatan serta lakukan penyesuaian mengikut keutamaan. Bagi yang baru merancang dan mencari jalan untuk bekerja dari rumah, Akademi Bekerja Dari Rumah memang kumpulan yang sangat membantu. Untuk menjadi sebahagian dari kami boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan
Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan
tahniah nor saadah!!
ReplyDeleteterima kasih siti nurulhusna :)
ReplyDelete