08 January 2014

Si Kecil dan Penyakit Eczema

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Saya sering diminta oleh rakan-rakan untuk minta pendapat suami saya yg bekerja sebagai doktor mengenai peyakit eczema dikalangan kana-kanak. Apakah sebenarnya penyakit eczema ini? Merujuk pada Wikipedia perkataan Eczema berasal dari Greek, lebih dikenali sebagai  Atopic Eczema atau Atopic dermatitis yang menyebabkan kesan keradangan yang kronik pada kulit.



Perkataan eczema digunakan secara meluas bagi menggambarkan keadaan penyakit kulit. Masalah penyakit kulit tersebut ialah seperti kekeringan dan ruam yang berulang kali dialami oleh pesakit.Kulit kemerah-merahan, bengkak, gatal-gatal serta kering merupakan sebahagian dari tanda-tanda eczema. Selain itu juga kulit akan membentuk lapisan kerak, mengelupas serta melepuh yang mengakibatkan pendarahan. Tompokan pada kulit juga terjadi disebabkan kecedaraan akibat menggaru bahagian kulit yang gatal. Kesannya, kulit akan meninggalkan parut serta mengakibatkn kawasan ruam merebak ke bahagian lain.

Kebiasaannya, eczema muncul dikawasan pelipat seperti:


  • bahagian belakang lutut
  • di pelipat siku
  • di bahagian leher
  • dikawasan muka, sekeliling mata dan cuping telinga
Sumber image: google image-webmd.com
Sehingga kini, punca eczema masih tidak diketahui. Faktor genetik dan persekitaran dikenalpasti menjadi sebahagian faktor yang boleh menggalakkan terjadinya eczema. Kanak-kanak yang mempunyai eczema berkemungkinan untuk turut mengalami asthma, demam atau masalah allergi
Penjagaan kulit yang menyeluruh merupakan kunci utama untuk mengawal eczema. Mandian serta sapuan losyen pelembab perlu dititik beratkan. Setiap pesakit tidak sama kesesuaian pada sesuatu produk. Bagi anak-anak yang masih kecil, ibu perlu mencuba pelbagai produk untuk mendapatkan produk yg serasi.
  • mandikan anak dengan air suam sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Elakkann menggunakan air yang terlalu panas kerana air panas akan menjadikan kulit lebih gatal. Tempoh mandian 5-10 minit sangat baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Namun demikian, mandi yg terlalu lama boleh menjadikan kulit kering. Jika perlu, ibu boleh gunakan jam untuk set masa mandian
  • Isikan tab mandian sehingga paras yang menenggelamkn peha semasa anak duduk.
  • gunakan mandian yg tidak menghasilkan buih. Elakkan menggunakan kain atau material untuk menggosok badan. cukup sekadar menggunakan tangan untuk menggosok badan.Setelah selesai mandi bilas dengan air bagi mengelakkan kulit jadi kering disebabkan  cecair mandian
  • Selepas mandi, keringkan badan tanpa menggosok badan. Seeloknya biarkan badan dalam keadaan lembab.
  • sapukan losyen atau ubat dikawasan yg terkena 
  • elakkan menggunakan span madian, loofahs dan sebagainya utk menggosok badan. Ini bagi mengelakkan badan semakin luka akibat gosokkan.
  • hunakan masa mandi untuk memeriksa kawasan yang terkesan dengan penyakit eczema ini.
  • ointments- bersifat lebih likat serta ber 'grease'. Kebanyakkannya tidak mengandungi air dan merupakan method yang paling berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit pesakit eczema.
  • Krim pelembab-mengandungi campuran air dan lemak. Secara amnya krim ini bersifat lembut, ringan dan sapuan lebih kerap dilakukan untuk mengekalkan kelembapan. Produk ini kurang sesuai untuk pesakit eczema kerana boleh menyebabkan kesan terbakar pada pesakit eczema.
  • losyen- berasaskan air dan mudah disapu. bertindak menyejukkan kulit tetapi tidak bertindak sebaik ointment . Ia boleh meninggalkan rasa melekit dan kurang selesa pada kulit.
Persekitaran turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan eczema dari terus merebak. Elakkan rumah yang bedebu dan berhabuk kerana kulit yg sensitif akan mudah merengsa seterusnya menyebabkan kegatalan. Bersihkan rumah sekurang-kurangnya sekali sehari serta minimakan penggunaan barang-barang hiasan berbentuk kecil bagi mengurangkan habuk.
  • sentiasa kekalkan kelembapan
  • elakkan menggunakan produk yang menggalakkan kegatalan seperti alkohol dan pewangi
  • sejukkan kulit menggunakan kain yang direndam dengan air dan diikuti dengan sapuan pelembab
  • biasakan anak-anak tidur dengan pakaian yang longgar dari fabrik kapas. Elakkan penggunaan fabrik nylon, wool atau fabrik yang menyebabkan rasa gatal pada kulit.
  • gunakan alas tilam dari bahan cotton linen
  • B complex-Variasi gabungan vitamin B( B kompleks) 50-100 mg sehari diperlukan untuk kulit yang sihat dan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kerosakkan kulit serta melemahkan ketahanan sel.
  • Asid Lemak seperti GLA complex- diperlukan untuk menggalakkn pelinciran kulit, kulit menjadi lebih lembut serta lembab.
  • Vitamin C- Bertindak melegakan kerengsaan kulit serta menstabilkn sel membran kulit.
  • vitamin E- mengelakkan kulit kering serta melegakan kegatan
  • zinc- menggalakkan proses pemulihan kulit serta meningkatkn fungsi immune badan.





Punca eczema


Bagaimana mengawal Eczema


Selain daripada penjagaan diri, faktor persekitaran yang boleh menggalakkan terjadinya eczema pelu dikenalpasti. Elakkan dari habuk serta debu yang boleh menyebabkan eczema bertambah buruk.

Mandian

Mandi merupakan langkah penting untuk mengawal dari jangkitan menjadi lebih teruk. Sekurang-kurangnya anak perlu dimandikan sekali hingga 3 kali sehari sekiranya berpeluang untuk melakukannya.
Menggunakan Losyen Pelembab


Kulit yang kering merupakan salah satu penyebab penyakit eczema menjadi semakin teruk. Apabila kulit mengering, ia akan mendorong rasa gatal yang sangat keterlaluan. Sapuan losyen pelembab dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan dari merebaknya penyakit eczema ke kawasan kulit lain.
Pelembab membantu kulit daripada menjadi kering dengan wujudnya lapisan pelindung pada kulit. terdapat 3 jenis pelembab yang membantu meredakan kesan eczema iaitu krim salap (ointment), krim dan losyen.


Menjaga Kebersihan kawasan rumah dan persekitaran


Kawasan-kawasan seperti gambarajah dibawah merupkan sebahagian tempat yang boleh menggalakkan kegatalan pada kulit.


Tips Mengawal Kegatalan Kulit

Sebahagian tips bagi membantu mengurangkan kerengsaan akibat eczema:

Merawat Eczema

Sehingga kini, eczema masih belum diketahui penawar yang paling mujarab. Kebiasaannya, doktor akan merawat/ mengurangkan gejala eczema dengan bantuan krim sapuan, sebahagiannya mengandungi steroid untuk melegakan kegatalan. Namun demikian, langkah pencegahan dipercayai dapat dimulakan dari rumah oleh ibu bagi anak kecil atau individu itu sendiri. Penghidap eczema perlu lebih peka pada diri sendiri, persekitaran serta pemakanan harian yang diambil. Semakin meningkat usia, eczema dapat dikawal dan dapat diadaptasi oleh individu tersebut.

Pengambilan supplement juga membantu untuk mengawal eczema dari belarutan. Berikut sebahagian makanan tambahan yang penting untuk kulit:

Sakit merupakan sebhagian ujian dari Allah bagi mengingatkan kita. Bersabarlah sebagai hamba sekiranya anak, atau diri sendiri diuji. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa bg Muslim. Sebagai Hamba, kita perlu pelihara kesihatan diri sebagai amanah Allah. Yakin dan redha semuanya dari Allah.

Sekiranya ingin mendapatkan supplement Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan, hubungi saya :

Nor Sa'adah Abdul Talib 
pm/sms/whatssapp: 0167187143

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan









1 comment:

  1. Produk tropika berasaskan minyak kelapa dara byk membantu ibu2 yg mempunyai anak2 yg eczema...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015