02 February 2015

Badan Bertenaga dan Wajah Berseri Semasa Hamil

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Semalam, 1 February, sepatutnya saya ada kelas Gerak Gempur2015 dengan salah seorang ahli group Jutawan, Cik Pau. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kelas ditunda pada tarikh lain. Jadi bagi memenuhi masa, saya dan anak2 bersiar-siar ke IOI city Mall di Putrajaya.

Sangat penat dan mencabar bila mak buyung 7bulan jalan bersama dengan ank lelaki yg superaktif. Kena lari kejar ank yang tidak mahu dipegang dan suka main "hide and seek". Tak dinafikan pengalaman mengandung anak diusia 30an sangat2 menuntut energi yang tinggi berbanding mengandung di usia 20an. Kalau dulu masa mengandung anak sulung, badan steady walau skip makan supplement. Sekarang memang wajib ambil supplement.


Gambar terkini, usia kandungan 7 bln (February 2015)

Alhamdulillah walaupun penat masih blh kawal diri. Pengambilan B complex  yang konsisten sangat2 membantu untuk kawal rasa geram dan nak marah, Hihi. Tenaga memang ditahap supermax bila perlu jalan laju-laju untuk tangkap boy sorang ni. Selain itu, muka pun ada sedikit senyum walaupun dalam hati rasa geram je dengan kerenah sikecik ni.

Sepanjang 4 kali pregnant (kandungan ke 3 gugur), apa yang saya perasan, sangat penting sebenarnya konsisten dalam menjaga pemakanan yang seimbang. Bila badan cukup nutrient, tenaga dapat digunakan semaksima mungkin walaupun penat. Mustahil la kan badan tak penat sebab dah sah2 kita memang perlukan tenaga yang banyak untuk baby dalam perut dan aktiviti seharian. Lagi satu, muka juga tidak kelihatan kusam sekiranya amalkan supplement. Maklumat ini ada benarnya berdasarkan hasil google saya apa nutrient terbaik semasa mengandung.



Gambar usia kandungan 7bln 1st pregnancy 2011

Gambar di atas ni masa saya mengandung anak pertama. Usia kandungan pun sama, 7 bulan. Muka dan badan memang kembang semangkuk. Hihi. Tapi disebabkan masih muda, badan masih bertenaga walaupun masa tu saya belum kenal Shaklee lagi. Supplement ynag saya amalkan hanyalah supplement yang dibekalkan oleh klinik seperti Obimin, Neurogain dan Calsium lactate. Masa tu tak pernah peduli natural supplement atau sintetik. Walaupun tenaga ditahap memuaskan, apa yang saya dapati muka kelihatan sembab walaupun usia kandungan baru mencecah 7 bulan. :)

2nd pregnancy April 2012- 7 bulan kandungan
Masa mengandungkan anak kedua, saya dah mula kenal Shaklee. Masa ni memang amalkan natural supplement sahaja sebab dah tahu kebaikan supplement natural dan sintetik. Walaupun saya makan supplement, masa ni saya akui ada skip juga supplement sebab badan rasa ok je buat kerja2 harian. Hihi.Steady je dukung Hannah walaupun mengandung, Muka dah mendulang walaupun tak kelihatan sembab sangat.



Kandungan terkini memang saya akui konsisten amalkan pemakanan Supplement Shaklee. Sebabnya saya sendiri dapat rasakan, bila badan kurang nutrient, saya jadi cepat penat, mood swinger dan  pemarah dengan muncung sedepa. Almaklumla, badan semakin meningkat usia ditambah pula dengan 2 anak kecil yang sedang aktif. Kali ni saya bedal semua supplement, bcomplex, vitalea, vitamin C, omegaguard, osteomatrix dan juga esp. 

Nampak bezakan bila kita konsisten jaga pemakanan ketika mengandung? Ada orang kata sebenarnya tak perlu makan supplement ni. Memadai dengan makan makanan berkhasiat. Tapi pada saya, kita sekarang sangat terdedah dengan pelbagai bentuk perubahan genetik makanan yang menyebabkan badan kita tidak dapat serap sepenuhnya nutrient dari makanan harian kita. Bila berlaku kebocoran nutrient, itu yang menjadi sebahagian punca ibu2 tidak selesa semasa mengandung seperti sembab dan kebas2 kaki tangan atau dalam bahasa medikal nya edema. Rupanya, walaupun hanya sebab kekurangan vitamin c, kita boleh meningkatkan risiko edema dan penyakit2 lain semasa mengandung. Kita ada pilihan utk topup atau tidak. Terulang pada diri sendiri sebab yang membawa badan pun diri kita juga bukan rang lain. :)


Anak Shaklee saya bersama barang yang sempat saya grab di Daiso IOI Mall


Bagi ibu yang ingin kekal bertenaga, saya sangat2 mengesyorkan pengambilan supplement setiap hari. tidak kira semasa mengandung atau tidak. Badan nak pakai lama, usia pula semakin meningkat. Jadi sebagai langkah mengelakkan tua sebelum usia, tak salah sekiranya bekalkan badan dengan nutrient yang sepatutnya pada badan. Bagi ibu muda yang bertenaga dan berseri semasa mengandung, anda sangat bertuah ok! Hargai kesihatan sebaiknya. :)


| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015