27 October 2014

Tips atasi Alahan semasa mengandung

Teks oleh: Nor Saadah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alahan semasa mengandung serimgkali dialami oleh setiap ibu. Ia juga lebih dikenali sebagai "morning sickness" atau "nausea gravidarum" atau alahan yg menyebabkan muntah- muntah serta rasa tidak selesa dikalangan ibu mengandung. Kebiasaannya alahan ini berlaku ketika awal pagi dan berkurangan bila menjelang tghri dan seterusnya. Bagaimanapun, ada juga yg mengalami alahan selain waktu pagi dan ia adalah normal. Simtom ini biasanya semakin berkurangan apabila ibu mula memasuli minggu ke 12 kehamilan.

Masalah alahan terjadi lebih kurang 1% dalam setiap kehamilan. Ia menjadi tanda bahawa kehamilan telah terjadi dan biasanya usia kandungan sudah mencapai minggu dan ke atas.

Antara punca terjadinya alahan adalah disebabkan berikut:

• Penambahan dalam proses penghasilan air liur semasa trimester pertama, yang menyebabkan rasa pahit mulut (ptyalism). Proses ini berlaku aemasa tidur dan menuebabkan perut tidak selesa seterusnya menyababkan alahan pagi.

• penambahan dalam aras hormon estrogen

• tekanan darah rendah disebabkan placenta kekurangan tenaga.

•penambahan hormon progrstron bg mengelakkan kelahiran pramatang sekaligus menjadikan sistem perut berehat dan kurang sesnsitif menyebabkan kearah pengaliran asid perut dan refluks.

•penambahan aras hormon pertumbuhan (human chorionic gonadotropin, hcg) yg bertindak sebagai detector kehamilan

•peningkatan sesnsitiviti terhadap bau-bauan

•penambahan aras bilirubin disebabkan peningkatan enzim di hati.

Alahan semasa tempoh kehamilan berfungsi sebagai pelindung janin dari toksin yang memasuki tubuh ibu. Janin yang masih dalam proses pembesaran memerlukan perlindungan dari placenta serta bergantung sepenuhnya pada ibu. Sebahagaian persekitaran atau makanan yang diambil ibu adakalanya berbahaya bagi sikecil tersebut walaupun tidak bagi ibunya. Reaksi dari tindakbalas janin dan persekitaran yang diterima menyebabkan ibu merasa loya, muntah dan sebagainya untuk melindung janin  tersebut 

Bagaimana atasi masalah alahan semasa mengandung

Secara umum, tiada sebarang ubat     untuk atasi masalah alahan ini. Namun terdapat beberapa tips yg blh digunakan ibu yg alahan seperti  berikut: 
•Elakkan perut kosong.seeloknya ibu perlu  kerap makan dalam kuantiti yg sedikit.makan awal pagi sejurus selepas bangun tidur bagi mengelakkanperut dimasuki angin

•Kenalpasti makanan /minuman yg dapat meredakan alahan. Sebahagian besar ibu yg alahan akan ada makanan kegemaran. Ini disebabkan badan memberi signal nutrisi tersebut sangat diperlukan oleh badan. Ada antara ibu yang mengambil minuman isotonik seperti 100plus bg melegakan tekak dan perut.elakkan minuman berkabonat sebaliknya gantikan minuman yg rendh kadar gula. Sebagai gantian, minuman dehydrasi seperti Perfomance Drink boleh diambil.

•kurangkan pengambilan kaffein dalam minuman harian

•ambil makanan yg tinggi kandungan serat seperti roti gandum penuh atau biskut yg kaya dengan fiber sepeeti biskut oat.

•kunyah atau kemam Vitamin c chewable yg sedikit masam bg meransang air liur dan mengelakkan rasa pahit

•ambil Pepermint ginger sekiranya perut rasa tidak selesa. Rasa pudina dapat mengurangkan kesan mual dan memberi rasa nyaman pada perut.

•pastikan pengambilan nutrisi lengkap utk keperluan ibu. Ambil supplement bagi memastikan keperluan tubuh untuk ibu cukup. Sekiranya perlu,Ubah masa pengambilan supplement dengan mengambil sblm tidur.

Selamat mencuba 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015