20 November 2013

Hari-hari Dia Mengamuk!

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Baru-baru ini saya dan suami berjalan di kompleks beli-belah berhampiran kawasan rumah. Bersama dua anak kecil yang baru mengenal dunia, mereka sangat teruja untuk eksplor kompleks beli belah tersebut. Tiba-tiba si kakak menangis apabila sudu aiskrim yang dipegangnya terjatuh. tangisannya makin lama makin kuat disusuli dengan menghentakkan kaki sebagai tanda marah. Sebagai ibu, saya sedar tantrum anak saya mula menguasai dirinya. Tindakan perlu diambil bagi mengatasi ianya menjadi lebih buruk.

Menurut Wikipedia, tantrum atau temper tantrum ialah emosi yang berkecamuk. Kebiasaanya berlaku dikalangan kanak-kanak yang berada dalam keadaan tertekan. Mereka akan menjerit,menagis serta bersikap degil apabila marahkan sesuatu sehingga menjadi hilang kawalan.

Ada banyak punca yang menyebabkan anak kecil itu tantrum. Antaranya bila ia mencari perhatian atau berada dalam keadaan penat, lapar atau tidak selesa. Kebiasaannya tantrum berlaku pada tahun kedua anak tersebut. Yang mana mereka masih dalam proses pembelajaran perkataan dan bahasa.Ketika ini mereka secara kasar lebih faham situasi berbanding untuk diekspreskan dalam bentuk perkataan. Berikutan dengan itu, semakin petah anak kecil, kadar tantrum juga kebiasaanya menurun.

Antara tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk kawal tantrum sikecil ialah:

1. Ibu bapa perlu bersifat tenang dan tidak sama-sama berasa marah- Ketika ini, mereka memerlukan seseorang yang bole mewujudkan rasa tenang. Seeloknya ibu bapa tarik nafas dalam-dalam beberapa ketika sebelum memberi respon kepada tantrum mereka.ibu bapa seharusnya berada dalam keadaan tenang dan tidak cepat melenting dengan perbuatan mereka.

2. Cuba sedaya upaya untuk alihkan perhatian anak tersebut. Sebagai ibu, saya sering perhatikan mereka akan menangis dan mengamuk dengan apa yang ada disekeliling. Sebagai contoh, ada satu ketika, anak saya Hannah meminta bapanya untuk mendukungnya untuk mengambil sesuatu. Tetapi disebabkan bapanya tidak dapat memenuhi permintaan disebabkan ada halangan, Hannah menjerit, menangis serta menghentak-hentakkan kakinya. Kemudian disebankan marah pada bapanya, stokin yg hendak dipakai bapanya itu dirampas, dibuang serta dimarahnya! Apa yang saya buat ialah, alihkan perhatiannya dengan cara membawanya jauh dari stokin dan bapanya.

3. Seterusnya, untuk mengelakkan tantrum anak supaya tidak berterusan, cubalah ketawa atau wujudkan situasi yang lucu. Sekurang-kurangya ibu bapa tidak terlalu stress dan marah. Anak tersebut akan terdiam sejenak bila melihatkan ibu bapanya tertawa. sekiranya sukar, ibu bapa boleh praktikkan dengan memberi senyuman pd anak. Jangan pula diikutkan rasa marah.




4. Sejurus selepas anak sedikit reda dari tantrum, ibu dengan segera perlu menenangkan anak itu. Saya selalu amalkan dengan menarik anak saya supaya datang dan peluk saya. Ketika itu bisikkan pada telinga anak mengatakan kita sayang padanya. Usap belakang badanya, sapu air matanya, senyum dan katakan ibu marah kerana sayang. InshaAllah Mereka akan faham.

5. Sebagai ibu bapa, elakkan dengan menawarkan sebarang bentuk hadiah atau ganjaran selepas tantrum. Ini akan lebih memburukkan keadaan, kerana mereka akan berterusan berperangai "kurang manis sebegini" di masa akan datang. Sebaliknya ketika mereka telah bertenang, terangkan satu persatu apa implikasi atau kesan yang mereka dapat dari perbuatan tersebut. Salah satu yangsaya cakap pada anak ialah seperti, "kakak nangis tak dapat apa pun.Penat je yang dapat. Lain kali tak nak nangis-nagis ya".

Sebagai manusia, saya sendiri akui, kadangkala kesabaran memang agak tercabar ketika anak sedang berperang dengan emosi. Tapi, kita sendiri perlu ingatkan diri sendiri, anak itu suatu amanah yang kita sendiri pinta dari Allah. Jadi kita perlu sentiasa tenang, berlapang dada dalam membesarkan serta menjaga amanah Allah. Sekiranya kita sebagai ibu bapa ada melakukan kesilapan, segeralah beristighfar serta berzikir. Sebab ketika kita sedang marah, anak kita pun sedang marah, Syaitan sangat mudah mencucuk jarum.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat pada semua.

Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


Ini lah Hannah yang selalu buat Ummi tersenyum mewarnai hari-hari mendatang :)





1 comment:

  1. Seriouslah.. kadang-kadang bila anak mengamuk, dan taktau apa yang diinginkan.. bila pujuk pun tak jalan.. sampai kita rasa nak marah sangat-sangat...tapi still tak dapat tenangkan dia.. kadang-kadang lama nak memujuk.. huu.. sangatlah kena sabar, kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015