11 July 2013

WALIMATUL URUS

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencoret di blog ini lagi. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang bulan Jun hingga hari ini. Dari hal keluarga, kesihatan serta kursus-kursus pemantapan hidup yang telah saya sertai.Komitmen masa sangat penuh, tapi memberi kepuasan dalam melalui hari-hari yang mencabar.Untuk entri kali ini saya fokus pada majlis walimah adik ipar saya.

Pada 16 Jun 2013, adik ipar saya; Abu Daud bin Amza  telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau bernama Bazliza binti Ramli. Perkahwinan ini di langsungkan di daerah Bintulu Sarawak di rumah keluarga pengantin perempuan. Disebabkan perkahwinan ini yang pertama dalam keluarga kami luar dari Semenanjung Malaysia, persiapan yang dilakukan amat terhad dan terbatas.Keperluan yang dibawa juga terhad serta seminima yang mungkin.

Rombongan dari pihak lelaki dari Semenanjung bersama barang hantaran


Majlis perkahwinan di sana ringkas serta dalam jangka masa yang pendek. Bermula dengan sesi Ijab Qabul oleh Jurunikah yang dilantik, diikuti dengan sedikit doa seterusnya menjamu selera.Ringkas dan memudahkan perjalanan majlisnya.

selepas selesai akad nikah, bersama bonda dan ibu sadara.


Sesi persandingan

Makan beradab 
Menu makanan di sana tidak sama seperti di semenanjung. Tiada nasi minyak, dalca serta beriani dan sebagainya. Sebaliknya hanyalah Nasi putih bersama lauk pauk harian yang menyelerakan.Sambal ikan bilis, kacang tanah masak sambal serta sayur lemak nangka. Hidangan disediakan secara bergotong royong dikalangan penduduk kampung.tanpa khidmat katering makanan.

Tepat jam 12 tengahari, majlis meraikan pengantin selesai dan kami pulang ke hotel masing-masing dalam keadaan gembira.

tahniah buat adik iparku!
Moga tabah dan cekal mengemudi bahtera keluarga.

Salam Sayang
Nor Sa'adah Abdul Talib
2 Ramadhan 1434H



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015