Teks: Nor Sa’adah Abdul Talib
Peranan Suami Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini teruskan
perkongsian untuk menjaya penyusuan ekslusif susu ibu. Entri kali ini saya
fokuskan pada Peranan Suami Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu( daripada blog
Puan Farah melalui perkongsian suami
beliau)
sumber:Google image |
9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:
1) Membuat Pilihan
Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami
mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin.
Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg
perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan
penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya
penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin
selepas melahirkan anak.
2) Menjaga anak (yang
lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu
tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa
perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg
lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan
teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg
lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa
mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.
3) Bangun tengah
malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami
biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg
telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri
pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain
daripada tidur mati. hahaha
4) Urutan
membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar
semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi
kelas) Siapa lagi nak tolong
isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm
tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah
anak. hahaha. (amboi…..-farah-)
5) Bantu isteri
menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah.
Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami
boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan
wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan
anak dan bapa juga rapat.
6) Hadapi situasi
mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh
berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi
seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu.
Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa
berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr
suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
6) Support/sokong/bantu
isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make
perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu
ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami
boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.
7) Memberi bantuan
kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu
(pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi
perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg
tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd
bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga
boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke
klinik.
8) Yakinkan isteri
bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh
Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia
perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta
oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak
melainkan susu ibunya
9) Galakkan orang
lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg
berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan
rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat
ditingkatkan.
Allah berfirman (utk kaum suami):
“Jika mereka
menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan
mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui
kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah
At-thalaq, ayat 6
No comments:
Post a Comment