21 May 2014

Semua Orang Ada Kolestrol dalam Badan- Bahagian 1

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini saya berpeuang untuk menyertai bengkel nutrisi anjuran Shaklee di Melaka. Bengkel tersebut berkongsi mengenai keperluan supplement, kaitan dengan kesihatan serta produk yg sesuai mengikut kesihatan. Antara perkara yang ditekankan dalam bengkel tersebut salah satunya ialah mengenai kolestrol.

Kolestrol ialah sebatian seperti lemak, dihasilkan di hati dan sel badan. Ia juga boleh didapati daripada makanan seperti produk tenusu, telur dan daging. Badan kita perlukan kolestrol untuk menghasilkan hormon, vitamin D dan asid bile yang membantu menghadamkan lemak. Namun demikian, badan kita hanya perlukan pada kuantiti yang tertentu sahaja untuk menjalankan fungsi badan. Lebihan kolestrol dalam badan akan menyebabkan masalah seperti wujudnya masalah jantung.

Apabila terlalu banyak kolestrol wujud dalam badan, plak akan terbentuk dalam salur darah dan menyebabkan salur darah menjadi sempit seterusnya menyukarkan aliran darah ke jantung. Plak yg terbentuk dalam darah lama kelamaan akan menyebabkan atherosclerosis (pengerasan arteri) yang boleh mengakibatkan masalah jantung.

sumber-imej google
molekul kolestrol-sumber imej dari google pics

Apabila jantung tidak dapat oksigen yang mencukupi dari darah, ia akan menyebabkan sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina. Tetapi sekiranya jantung tidak dapat langsung bekalan oksigen dari darah disebabkan wujudnya halangan dalam arteri, ia dinamakan serangan jantung. Ia biasanya terjadi disebabkan wujudnya plak dalam darah yang semakin lama menutup laluan darah dalam arteri tersebut.

Jenis-Jenis kolestrol 


Kolestrol bergerak dalam darah melalui gabungan protein. Ia dikenali sebagai Lipoprotein . Lipoprotein dibahagikan mengikut ketumpatan; ketumpatan tinggi- High density, ketumpatan rendah- Low density atau berketumpatan sangat rendah- Very low density. 



Low density lipoprotein (LDL): Juga dikenali sebagai kolestrol jahat, boleh menyebabkan pembinaan plak pada dinding arteri. Lebih banyak LDL dalam darah, lebih tinggi risiko mengalami penyakit jantung.


High density lipoprotein (HDL): Juga dikenali sebagai kolestrol baik yang brfungsi menyingkirkan kolestrol jahat dalam darah. Lebih tinggi HDL dalam darah, lebih baik untuk tubuh badan. Jika aras HDL rendah, risiko penyakit jantung akan meningkat.

Very low density lipoproteins (VLDL) : Hampir sama dengan kandungan LDL. Namun ia lebih banyak lemak berbanding protein.

Trigliserida : Kumpulan lain lemak yang dibawa dalam darah dan mempunyai ketumpatan lipoprotein yang rendah. Ia terhasil daripada lebihan kalori, gula atau aalkohol dan disimpan dalam bentuk lemak dalam badan.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi aras kolestrol. Antaranya termasuklah:

Diet- Lemak tepu dan kolestrolbanyak terkandung dalam makanan. Untuk merendahkan aras lemak, ambil makanan yang rendah lemak dan kolestrol dalam menu harian. Minyak ikan yang kaya dengan omega 3 seperti Omegaguard Shaklee bertindak sebagai pembersih kolestrol. Pengambilan minyak ikan yang konsisten setiap hari dapat merendahkan aras LDL serta meningkatkan aras HDL. 

Berat badan- Kegemukkan juga menyumbang kepada tingginya aras kolestrol. Ini disebabkan lemak2 tepu yang disimpan dalam badan berupaya ditukarkan menjadi kolestrol. Usaha menurunkan berat badan secara tidak langsung akan menurunkan paras LDL dan keseluruhan kolestrol.

Bersenam- Kerap bersenam membantu menurunkan LDL dan meningkatkan aras HDL. Lakukan dengan bergerak aktif selama 30 minit sehari.

Usia dan jantina- individu yang lebih berusia lebih berpotensi untuk mendapat kolestrol tinggi. Selain itu wanita yang belum menopause lebih rendah kadar kolestrol berbanding lelaki. Namun demikian, selepas menopause, potensi aras LDL meningkat juga tinggi.

Pesakit Diabetes- Individu yang menghidap diabetes dan tidak mengawal aras gula akan meningkatkan aras kolestrol. Pengawalan gula dalam darah membantu merendahkan aras kolestrol.

Genetik- Faktor genetik juga boleh menentukan banyak mana kolestrol dihasilkan dalam badan

Faktor lain- Ubat-ubatan juga boleh menyebabkan aras kolestrol meningkat naik. Sangat penting untuk dapatkn nasihat daripada pakar perubatan sebelum ambil sebarang ubat yang mempunyai steroid.

Entri akan datang saya akan kongsikan mengenai simptom-simptom individu yang mempunyai aras kolestrol yang tinggi dan langkah-langkah pencegahan dengan lebih terperinci. 

Salam sayang
-Ummu Hannah Harith-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015