20 May 2014

Tips Mencegah Sakit Mata daripada Merebak

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Apa khabar?Alhamdulillah saya sihat. Nak cerita, baru2 ni sayadiuji dengan sakit mata. Alhamdulillah. kali terakhir kena sakit mata ketika usia saya 15 tahun. Masa tu saya berjangkit dari adik saya yg terpaksa pulang dari asrama sebab wabak sakit mata. 16 tahun berlalu baru diuji dengan sakit mata semula.

Bila diingat semula bagaimana rasa sakit mata masa umur 15 tahun, saya rasakan teramat sakit. Perasaannya seperti hendak terkeluar biji mata terutama ketika tunduk dan sujud ketika solat. Tetapi baru ni saya dapati rasa sakit itu boleh diatasi. Mungkin sebab saya pernah merasakan kesakitan masa bersalinkan anak2 menyebabkan rasa sakit itu skalanya jatuh jadi 1 atau 2 daripada 10.

Entri kali ni saya nk kongsikan mengenai cara dan bagaimana nak elakkan daripada menjangkiti org lain. Sebelum itu mari kita kenali mengenai sakit mata.

Sakit mata atau lebih dikenali sebagai Conjunctivitis merupakan sakit yang menyebabkan mata kemerahan yang berlaku di conjunctiva atau lebih dikenali sbg lapisan luar mata.


conjunctivitis- mata merah disebabkan jangkitan bakteria/kuman/allergi- google image
Sakit mata disebabkan allergi- sumber imej google pics
Sakit mata akibat jangkitan bakteria- sumber imej google pics


Apakah yang menyebabkan sakit mata? Ada banyak sebab. Antaranya:

~Virus
~Bakteria
~Alahan

Kebiasaanya, sakit mata yang disebabkan jangkitan bakteria, virus dan allergi boleh dibezakan dengan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit. 

Viral - Kebiasaanya pesakit akan turut mengalami jangkitan pada salur pernafasan (respiratory tract), batuk atau sakit tekak. Selain itu juga juga mata menjadi gatal dan berair. Sakit mata tersebut bermula dengan sebelah mata kemudian merebak ke sebelah lagi.

Allergi - Sakit mata yang disebabkan allergi atau alahan biasanya akan bermula dengan kemerahan di bahagian mata putih. Punca alahan berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Simptomnya  diikuti dengan kemerahan yang disebabkan gosokan mata, rasa gatal serta penegularan air mata yang sangat banyak. Simtom sakit mata ini disebabkan pembebasan histamin( sejenis hormon yg bertindak melawan patogen) yg menyebabkan stimulasi pada salur darah yang akhirnya menyebabkan kegatalan serta pengeluaran air mata yang banyak


Bakteria- Jangkitan disebabkan bakteria biasanya akan mengakibatkan mata mengeluarkan mukus. Biasanya ia akan bermula pada sebelah mata kemudian merebak ke sebelah lagi. Bakteria yang menjangkiti mata akan menyebabkan kegatalan dan menyebabkan mata menghasilkn mukus berwarna kekuningan. Ia seterusnya akan menyebakan kelopak mata melekat antara satu sama lain terutama ketika bangun dari tidur.


Bagaimana cara merawat sakit mata?

Sakit mata biasanya diubati dengan cara mengambil ubat titis mata. Selai itu juga, doktor akan memberikan krim antibiotik sekiranya sakit mata tersebut disebabkan jangkitan bakteria. Ketika saya dijangkiti sakit mata baru ini, saya gabungkan pengambilan ubatan dan juga tingkatkan kesihatan serta imuniti badan saya. Antaranya saya amalkan pengambilan Zinc, Vitamin C Sustained release Shaklee, Garlic Plus serta Nutriferon. Bagaimana dan untuk apa? Saya ambil 2 biji Zinc, Vitamin C dan Garlic Plus setiap satu sebagai antibiotik semulajadi badan saya. Disebabkan suami saya hanya memberikan krim sapu antibiotik, maka saya ambil sendiri antibiotik natural daripada supplement semulajadi. Nutriferon pula saya ambil 1-3 sachet setiap hari bergantung pada keadaan mata. Nutriferon berupaya mengkatifkan interferon supaya peka pada sebarang serangan bakteria dan secara tidak langsung meningkatkan immuniti tubuh.

Alhamdulillah untuk sakit mata kali ini, hanya saya seorang yang diuji. Sebagai usaha untuk mencegah dari menjangkiti org lain, saya lebih banyak berada dalam rumah berbanding diluar. Untuk anak-anak saya yang 24 jam bersama saya, hanya doa yang diiringi serta usaha pencegahan saya lakukan daripada menjangkiti mereka. Antaranya sentiasa memastikan tangan yang menyentuh mereka tidak langsung selepas saya membersihkan mata. Selain itu juga, saya membekalkan mereka Nutriferon sebagai usaha untuk menguatkan immuniti tubuh mereka. Alhamdullillah usaha tersebut diperkenan Allah. 

Walau apa pun keadaan ketika sakit, satu yang saya amalkan ialah sentiasa positif. Sentiasa bersyukur bila diuji dengan sakit sebab ketika sakit ini pelbagai rahmat yg Allah kurniakan. Antaranya sebagai penghapus dosa. Selain itu juga, ketika sakit, doa hambanya inshaAllah diperkenan. Rasa syukur ini secara tidak langsung akan meringankn rasa sakit itu dan seterusnya menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam setiap ujian kesakitan. Maka Berbahagialah!

Salam Sayang,
Ummu Hannah Harith




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143

♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015