01 March 2015

Pesta layang-layang

Teks oleh: Nor saadah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah semalam kami sempat pergi pesta layang2 di Pasir Gudang. Sangat menarik sebab ni kali pertama kami pergi. Ummi pergi dengan Hannah Harith dan keluarga pengasuh mereka dahulu. Walaupun cuaca panas, angin bertiup kencang. Jom layan gambar2 masa di festival layang2 tu

Pesta Layang-layang 2015 peringkat antarabangsa
                                         

                                         
Hannah dengan payung frozen

Harith memang kena pegang je. Kalau tak, tak terkejar.hihi
                                         


Ummi dan kakak :)
                                         


layang-layang bentuk sotong

Sebelum berangkat ke pesta layang2, ummi bawa bekal air siap2. Perfomace Drink la apa lagi. Hihi. Minuman elektrolit terbaik dari Shaklee. Penting untuk kekalkan kestabilan eletrolit dalam badan dan elakkan dehydarasi. Tanpa perasa dan pewarna tiruan,tanpa gula, tanpa bikarbonat. Sedap tau minum sejuk2. 



Serba sedikit info mengenai Perfomance Drink 
~ pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dari Universiti Yale bagi tujuan projek penerbangangan Daedalus (projek penerbangan berkuasa manusia)
~Berjaya mencipta rekod apabila misi Daedalus berupaya terbang sejauh 72 batu mengelilingi lautan dan rekod masih dipegang sehingga kini.
~Minuman rasmi untuk angkasawan NASA, Amerika Syarikat
~Mempunyai rumusan OptiCarb yang sudah dipatenkan dan diuji secara klinikal dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.
~Mempunyai lebih 67%otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Haa..menarik kan Perfomance Drink ni? Bukan sahaja natural, malah memberi tenaga juga. Selain daripada tu, bagi individu yang buat kerja luar dan lasak, daya tahan otot dapat dipanjangkan. Dengan kata lain, lambat rasa letih. Patutla cergas je anak2 semalam masa Pesta Layang2 tu. Hihi..dapat tenaga segera daripada Perfomance Drink

Anda pula macam mana?Sekadar minum air kosong atau minuman isotonik musim panas ni?

Salam sayang


| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
.


                                         






26 February 2015

Minyak Ikan utk rawat selesema dan batuk berkahak

Teks: Nor Saadah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Sangat2 membantu! Seriously minyak ikan yang kaya dengan omega 3 membantu anak saya pulih sendiri batuk berkahak dan selesema. Mak mana yang tak gembira kan bila anak semakin sihat. Selesema dan batuk berkahak warna hijau pula tu! Dah sah2 ada jangkitan.Kalau ikut walid Hannah dan Harith, memang dah kena mula ambil antibiotik. Tapi saya usahakan dengan tingkatkan lagi pengambilan supplement mereka.

Apa yang saya bagi ialah Mealshake 3kali dalam susu Hannah dan Harith bersama sebiji omegaguard yang saya koyakkan dulu untuk dimasukkan dalam susu mereka. Masa awal2 dijangkiti selesema, saya bagi 2 kali susu bersama mealshake dan omeguard. Pada hari2 biasa saya hanya bagi sebiji setiap seorang. Untuk elakkan bau ikan dalam susu mereka, saya buat macam ni;

-Bancuh susu seperti biasa
-letakkan omegaguard yang telah dikoyakkan dalam susu mereka sebiji setiap satu
-campurkan sesudu Mealshake untuk kurangkan bau ikan.
-Goncang! =)

Lepas tu bagi mereka minum. InshaAllah rasa vanilla mealshake tu dapat atasi rasa ikan omegaguard tersebut.




Berdasarkan kajian, minyak ikan yang kaya dengan omega 3 sangat2 membantu mengurangkan kesan keradanagan. Apabila hidung dan tekak dijangkiti virus selsema, ia akan bertindak menghasilkan mukus yang bbanyak dan berwarna hijau kekuningan. Dengan pengambilan sumber omega 3, masalah keradangan dapat diatasi sedikit demi sedikit sekaligus mengurangkan masalah selesema. Haa kan dah dikira self healing tu? =)

Anda sebagai ibu apa pilihan anda untuk bantu anak anda sihat? Saya pilih kaedah yang lebih natural dan selamat. Bukan lah bermaksud saya menolak ubat2an..Cuma, saya akan pastikan saya usaha dengan kaedah yang lebih mudah dan senang diterima oleh anak dan ahli keluarga saya.

Salam sayang!

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
.



23 February 2015

Selamat Tahun Baru Cina

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat tahun baru cina buat pembaca Mommy's Notes. Aktiviti kami semasa tahun baru cina baru hanya di sekitar Johor Bahru sahaja. Bermula dengan ziarah kubur arwah abah mertua, kemudian terus ke Hospital Sultan Ismail untuk ziarah saudara yang sakit lumpuh sebelah badan.

                                           

Al Fatihah buat arwah abah mertua. Sejujurnya saya tidak pernah berjumpa dengan arwah bapa mertua. Cuma masa sekolah dahulu pernah tengok dari jauh masa hari terbuka sekolah. Almaklumlah saya dan suami satu kelas. :) Masa tu rasa kagum, sebab arwah bapa mertua seorang doktor. Hihi, kalau ku tahu ku jadi menantu dah lama tegur abah. Hahha..


                                          

Secara ringkasnya, menurut suami, arwah abah meninggal akibat serangan kanser kolon. Dalam tempoh setahun, penyakit tersebut menjadi semakin kronik hingga akhirnya arwah abah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2006. Ketika tu suami saya masih belajar di ukraine dalam bidang perubatan. Ajal maut ditangan tuhan. Hatta seorang doktor sekalipun, penyakit kanser boleh serang sesiapa sahaja secara senyap. Tanpa disedari dah masuk stage kritikal.

                                        

Sepanjang saya hidup, saya dikelilingi dengan ahli keluarga dan rakan2 yang berpenyakit kronik. Perkara ni buat saya sering berjaga2 dan sentiasa dalam mode bersedia. Bukan nk minta perkara yang buruk tapi berjaga dengan usaha mencegah sebelum berlakunya sebarang penyakit 

suasana di HSI semasa hari raya cina. ramai yang beraya di hospital rupanya.
Keluarga sebelah suami saya mempunyai latarbelakang keluarga berpenyakit kanser. Begitu juga keluarga sebelah mak saya. Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko2 penyakit yang tidak terjangka, saya cuba dengan elakkan denagan kaedah mencegah serta berikan nutrisi yang terbaik. Antaranya mengamalkan Vivix sehari 1 sudu teh Untuk anak2 pula saya berikan nutrisi yng sesuai mengikut umur mereka seperti mealshake, vita-lea for children, vitamin c dan juga omegaguard. Anda pula bagaimana? 

Salam sayang

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



                                       



18 February 2015

5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Berat 1-2KG Seminggu

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Saya doakan pembaca mommy notes sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bahagia InshaAllah. Baiklah hari ni saya nak kongsi dengan pembaca 5 tips mudah untuk hilangkan berat badan 1-2 kg seminggu. Jangan marah ye selalu cerita pasal tips2 kurus. Sebab saya rasa terpanggil nak kongsi memandangkan ramai org sekeliling saya mengalami masalah berat badan lebih2 lagi ibu yang dah beranak pinak macam saya. :)

Baiklah, jom kita teruskan dengan 5 tips tersebut.

1. Elakkan Karbohidrat dan Makanan Berlemak

Tak boleh makan nasi ke? Sebenarnya boleh makan nasi. Bagi org yang dah biasa makan nasi, tiba2 tak makan nasi jadi mengigil pula kan? Mulakan dengan pengurangan kuantiti nasi. Sekiranya makan dengan pinggan yang besar, gunakan pinggan lebih kecil untuk sukat nasi. Pengalaman suami saya sendiri, beliau tidak makan nasi dapat kurangkan kilogram lebih cepat berbanding saya yang makan nasi sedikit. Tapi kena ikuti step kedua dibawah jika tak nak ambil nasi seperti suami saya.

2. Penuhkan 1/4 pinggan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein

Pinggan makan yang kita akan nikmati mestilah dipenuhi dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein. Biasanya apa yang saya amalkan ialah, makan sayuran hijau yang dimasak seperti bayam, kangkung, salad dan sebagainya. Jangan lupa juga ambil protein seperti ikan, daging atau ayam dalam pinggan makan anda. Untuk elakkan jemu, variasikan menu protein. Sekiranya harini dah makan ikan, gilirkan dengan ayam dan daging pada hari akan datang. Pinggan makan anda wajib dibahagikan kepada, 1/4 bahagian sayur, 1/4 bahagian protein dan 1/4 bahagian buah-buahan dan 1/4 bahagian nasi. Saya galakkan bagi mereka yang nak makan nasi, gantikan dengan nasi beras perang kerana ia kurang diproses serta kurang kanji. Gambar dibawah merupakan gambarajah pinggan makan anda sepatutnya.

maaf gambar kurang cantik. Lakaran tangan sendiri sahaja

Satu tips yang saya nak kongsikan masa makan ialah, makan bertertib. Tertib macam mana tu? Biasanya saya mulakan hidangan saya dengan minum segelas air kosong. Kemudian saya makan buah2an diikuti dengan bahagian sayur-sayuran, protein dan akhir sekali nasi. Hihi. tips ini berjaya mengajar saya untuk makan nasi dengan kuantiti yang amat sedikit. Sebab apa?sebab perut saya dah dipenuhi dengan air dan fiber dari buah-buahan dan sayuran serta sumber protein.

3. Elakkan mengambil minuman manis semasa makan

Sewaktu menikmati hidangan, jangan sertakan dengan air manis! Cukup sekadar air kosnng. Sebab air manis mempunyai kalori walaupun sedikit. Ada yang kata tak apa, lepas minum air manis bilas dengan air kosong. Kesannya tak sama ye. Sebab gula yang terkandung dalam air akan tetap diproses badan. Ia akan ditukarkan menjadi lemak sekiranya tidak digunakan. Macam mana kalau teringin? Rasa tak selera tak ada air manis. Saya sendiri option kan dengan minuman isotonik Shaklee, Perfomance Drink. Sedap.hihi. rasa oren dan yang pasti  tak ada gula malah bagus untuk badan.

4. Ambil makanan tambahan 

Secara personal, saya galakkan ambil makanan tambahan selepas makan. Seoerti biasa saya ambil supplement Shaklee seperti berikut:
  • Vita-lea sebagai multivitamin asas. Fungsi untuk topup mana2 nutrient yang kurang dalam menu harian.
  • Bcomplex untuk membantu proses penukaran gula menjadi tenaga
  • Vitamin C sebagai sumber antioksidan. Biasanya makanan yang dimasak sangat mudah kehilangan vitamin C, jadi sangat penting bagi saya untuk pastikan vitamin c ini cukup
  • OmegaGuard untuk cepatkan pembakaran lemak
  • Lecithin untuk berkerjasama bersama omegaguard memerangi lemak
Ada baiknya ambil supplement semasa diet. Ini disebabkan, ketika makan, kita ada kecenderungan untuk makan lebih banyak disebabkan kurangnya nutrisi badan. Kadangkala bila kita kekurangan samaada asid lemak seperti omega 3, ia akan menyebabkan badan tersilap hantar signal mengatakan kita lapar. Rujuk sini untuk lebih info mengenai lapar dan omega 3.

5. Tambahkan aktiviti fizikal 10 minit sehari

Sekiranya sibuk, mulakan dengan aktiviti mudah yang paling ringkas iaitu berjalan. Jika individu berkerja, paling mudah untuk dilakukan ialah dengan cara berjalan jauh sdikit dari tempat kereta diletakkan ke pejabat. Atau paling senang, gunakan tangga berbanding lift. Bagi suri rumah/ yang bekerja dirumah, bawa anak2 ke berjalan disekeliling taman pun blh dijadikan aktiviti.

Sekian dulu perkongsian saya. Semoga membantu. Alhamdulillah tips2 diatas memang saya amalkan dan sangat2 membantu. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Apa pun saya sangat berbesar hati sekiranya pembaca yang berjaya dengan tips ini berkongsi dengan saya.

Salam sayang

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



17 February 2015

Makan Minyak Ikan Boleh Kurus?

Teks oleh: Nor Saadah Binti Abdul Talib

Assalamualikum wbt.

Makan minyak ikan boleh kurus? Betul ke?Sebelum ni saya makan Omegaguard Shaklee sebab nak bagi sumber EPA dan DHA pada anak yang saya susukan sahaja. Sedar tak sedar, orang tegur dah makin kurus.Apa lagi, gembira la kan? sebab memang idaman setiap ibu selepas bersalin nak cepat kurus. Haa..Itu lah pengalaman saya masa menyusukan kedua2 anak saya sebelum ni.

Ok sebelum pergi lebih jauh, mari kita semak, apa sebenarnya  Omegaguard Shaklee ni atau lebih dikenali sebagai minyak ikan omega 3? Asid lemak omega 3 yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu merupakan lemak sihat atau baik yang diperlukan utk sokong tisue normal dalam badan.  Setiap membran sel, salur darah dan saraf terbina daripada asid lemak.  Oleh kerana badan tidak dapat menghasilkan asid lemak yang diperlukan, kita perlu dapatkannya daripada sumber makanan seperti ikan tuna, mackerel dan paling mudah supplement terbaik Omegaguard Shaklee.

Macam mana asid lemak ni berfungsi untuk bakar lemak ye? mekanisma yang mudah difahami seperti berikut:

  • omega 3 bantu bakar lemak dengan memberi tindakbalas pada hormon leptin .
  • hormon leptin memberitahu otak supaya kurang makan disebabkan tidak rasa lapar.
  • Leptin meningkatkan metabolisma dengan meningkatkan hormon thyroid sekaligus menggalakkan pembakaran lemak.
Sekiranya badan tidak memberi tindak balas yang baik dengan hormon leptin, otak akan menerima signal lapar dan menggalakkan makan lebih banyak seterusnya menyebabkan kegemukkan.Selain itu juga, kajian semasa menunjukkan omega 3  membantu mengurangkan rasa lapar dengan menstabilkan aras gula dalam darah.Individu yang bersenam dengan menambah omega 3 dalam diet harian mereka membakar lebih kalori berbanding individu yang hanya bersenam sahaja.


Bagi ibu yang menyusukan anak, sejumlah kalori ekstra dibakar berbanding individu yang tidak menyusukan anak. Apa lagi, pengambilan omega 3 yang konsisten dah tentu dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Ibu comel loteh, anak membesar dengan bijak dan sempurna. kan ke seronok?

kenangan menyusukan anak sulung :) precious momment

Apa pilihan ibu2 lain? nak kurus semudah ABC dan anak pintar? cepat2 lah rebut peluang ni :)


| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

16 February 2015

Resepi Donut Istimewa Yang Menyihatkan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan pembaca blog Mommy's Note berada dalam sihat dan bahagia selalu. Hari ni saya nak kongsikan resepi donut istimewa kesukaan anak-anak saya. Untuk ibu-ibu yang bekerja dari rumah yang sentiasa nampak anak depan mata, kadangkala buntu nak beri makan makanan yang berkhasiat. Nah saya kongsikan Resepi Donut Istimewa lagi menyihatkan. Hihi. apa yang istimewa? Istimewanya donut ini ialah saya menggunakan mealshake sebagai salah satu bahannya.

Kenapa mealshake Shaklee? Banyak sebab saya gunakan mealshake shaklee. Antaranya ialah disebabkan ia merupakan hidangan lengkap yang mudah diserap badan. Selain itu juga, rasa lemak vanilla nya juga membuatkan donut berbau harum dan menyelerakan. Sekilas lalu saya senaraikan manfaat utama Mealshake seperti dibawah:


  • mengandungi nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat besi
  • kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa
  • mengandungi asid folik, kalsium dan biotin yang membantu membina tulang
  • kaya dengan antioksida, vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan kuman
  • kaya dengan serat larut yang bantu proses detoks dan banyak lagi.
Baiklah kita kembali pada tujuan asal untuk kongsi resepi donut tersebut. Bahan-bahannya seperti yang terdapat dalam gambar,

  • tepung gandum setengah kilogram
  • gula 1 sudu
  • sedikit garam
  • 1 packet mauripan
  • 2 sudu besar marjerin
  • sedikit air sejuk
  • air suam 250ml utk kembangkan yeast
  • 3sudu besar mealshake (dalam gambar tong esp plak enterprem.hihi)



Cara nak buat:
campurkan mauripan dalam segelas air suam bersama 1 sudu gula. Biarkan seketika sehingga ia naik. Sementara menunggu yeast naik, campurkan marjerin bersama tepung dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Sebaik sahaja yeast telah kembang (berbuih-buih) campurkan dalam adunan tepung dan uli hingga jadi doh. sekiranya air kurang, tambahkan dengan air sejuk dari peti sejuk. Tutup doh yang telah siap diuli dan biarkan ia kembang sehingga sekali ganda.


Apabila doh sudah naik sekali ganda, tumbuk doh tersebut dah boleh la mula untuk membentuk donut. Saya gunakan acuan donut yang dibeli di Daiso, untuk setengah kilogram tepung, dapat hasilkan lebih kurang 25 biji donut. Biarkan seketika sebelum digoreng supaya donut sedikit mengembang. Jika ingin dijadikan makanan sejuk beku, goreng sekejap dalam tempoh 5 saat untuk matikan yeast. Bolehla disimpan untuk digoreng di masa akan datang.

Sekian sahaja perkongsian saya. Hihi, maaf, gambar hasil selalu tak dapat nak capture sebab terus goreng dan dingap. sekian dulu. InshaAllah saya kongsikan lagi untuk pembaca sekalian apa jua yang bermanfaat. salam sayang,

Adah

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

15 February 2015

Kenapa Jadi Gemuk?

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Saya doakan pembaca Mommy's Note berada dalam keadaan sihat dan berjaya.
Harini saya nk kongsikan sebab-sebab kenapa kita gemuk.Tujuannya supaya senang kita tackle cara yang paling sesuai untuk turunkan berat badan.

Ada banyak punca kenapa kita gemuk. Saya sendiri seorang gadis gemuk sejak sekolah rendah sehingga usia 20-an. Alhamdulillah dapat atasi masalah tersebut dan bertemu jodoh. hihi. Saya senaraikan satu persatu punca gemuk.

Faktor genetik- Saya perhatikan, Individu yang dilahirkan dalam lingkungan ahli keluarga gemuk juga seorang yang gemuk. Faktor genetik memberi kesan pada hormon yang terlibat dalam proses pengumpulan lemak. Sebagai contoh, gemuk yang disebabkan kekurangan hormon leptin dalam badan. Hormon leptin dihasilkan dalam sel lemak dan placenta yang berfungsi sebagai pemberi signal kepada otak supaya kurang makan. Sekiranya hormon ini tidak berfungsi dengan baik, individu akan mendapat signal lapar dan menyebabkan ia kerap makan dan membawa kepada kegemukkan.

Faktor persekitaran- Persekitaran yang menyebabkan tekanan juga salah satu punca untuk seseorang menjadi gemuk. Pengalaman saya sendiri, semasa sekolah, saya seorang yang pentingkan pelajaran. Setiap hari, saya balik sekolah lewat petang untuk selesaikan kerja2 sekolah. Pulang ke rumah, saya hanya tinggal makan dan berehat. Lepas makan, saya terus tidur. Hasilnya, badan memang seperti dipam-pam. Ada juga rakan-rakan sekerja saya dahulu jadi gemuk disebabkan tekanan ditempat kerja. Overloaded job untuk kejar target schedule menyebabkan sebahagian rakan-rakan saya memilih makanan yang mudah dimakan (fast food) dan makan sambil buat kerja. Kesannaya, makanan yang dimakan sebenarnya melebihi daripada keperluan tubuh badan walaupun kuantitinya nampak sedikit,

Makan secara berlebihan- Pengambilan makanan melebihi keperluan kalori badan yang diperlukan merupakan faktor utama kegemukkan berlaku. Lebih-lebih lagi memakan makanan yang berlemak dan bergula seperti makanan segera, makanan bergoreng dan manisan. Kalori daripada makanan tersebut akan ditukarkan menjadi lemak sekiranya tidak digunakan.

Kekerapan mengambil hidangan makanan- Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika di matrikulasi, saya menghadkan pengambilan makanan hanya pada waktu tengahari dan petang. Hasilnya, berat saya tidak turun sepertimana yang saya jangkakan malah saya cenderung untuk makan lebih banyak lagi sebab lapar.

Faktor kesihatan dan ubat-ubatan - Individu yang mempunyai masalah kesihatan dan bergantung pada ubat juga boleh menyebabkan gemuk. Sebagai contoh, terdapat ubatan yang mengandungi steroid yang blh menggalakkan seseorang itu menjadi gemuk.

Faktor usia- Peningkatan usia merupakan salah satu sebab turunnya kadar metabolisma badan. Seperti yang kita tahu, metabolisma badan yang tinggi akan lebih banyak menggunakan tenaga berbanding individu yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah.

gambar sebelah kiri masa umur 17tahun, berat 70 kg, sebelah kanan masa umur 26 tahun dengan berat 54kg.hihi


Gambar diatas bukan nak overclaim makan Shaklee boleh jadi kurus dengan cepat. Tapi nak ceritanya, dari umur saya 17 sampai 26 tahun tu, saya buat macam2 untuk kurus. Tapi kesannya lambat. Masa tu cuba macam-macam produk kampung segala jenis teh pahit saya telan. Tapi hasilnya hanya sakit perut memulas. dengan turunnya berat sekilo dua. Hihi.

Selepas melahirkan anak sulung tahun 2011, saya mula belajar, cara sihat untuk turunkn berat badan. Sebenarnya mudah sangat. Yang penting buat excercise, jaga pemakanan dan cukup minum air. Sebab saya tahu saya jadi gemuk disebabkan metabolisme saya yang tidak tinggi macam sebahagian org. Selain itu juga, ada kalanya saya makan pada waktu yang tidak konsisten kerana sibuk dengan urusan harian. Jadi, bagi mengatasi kejadian apa yang saya amalkan ialah berjalan laju semasa pergi kerja sebagai senaman saya. Makan supplement asas (tujuan awalnya nak bagi susu banyak) seperti Vita-Lea, Bcomplex, Vitamin C OmegaGuard dan ESP, minum air yang cukup dan kerap pam susu semasa bekerja. Hasilnya, secara tak sedar, berat saya turun dengan cepat dalam masa kurang 6bulan selepas melahirkan ank. Siapa tak suka kan?

Anda pula macam mana? Dah tahu punca gemuk?Kalau tak tahu, cuba buat analisa diri. InshaAllah memudahkan usaha untuk kurus. Kesimpulan utk kurus ni mudah. Kita detoks badan kita supaya badan mudah terima nutrient. Kemudian bekalkan nutrient utk percepatkan proses metabolisma badan, pembakaran lemak dan akhir sekali beri badan protein untuk gantikan lemak2 yang dibakar dengan otot baru.



| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015