14 February 2014

Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari 14 Februari jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Bagi ummat Islam, tiada istilah Hari Kekasih seperti yang diraikan oleh sesetengah orang. Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan dan penghulu segala hari, saya ingin kongsikan kebaikan serta kelebihan surah Al-Kahfi sekiranya diamalkan.

Surah Al-Kahfi terdiri daripada surah ke 18 sekiranya dilihat dalam turutan surah Al-quran serta berada pada juzuk ke 15 daripada 30 juzuk Al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat yang menceritakan tentang beberapa kisah seperti kisah Ashabul Kahfi yang diburu oleh pihak pemerintah yang kemudiannya melarikan diri ke gua dan ditidurkn oleh Allah selama beberapa ratus tahun. Selain itu juga terdapat kisah Si Kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman pada Allah, juga kisah Nabi Allah Musa bersama Nabi Khidir dan kisah Dzulqarnaian serta Yakjuj dan Makjuj.

Penurunan surah Al-Kahfi mengajar umat Islam mengatakan "InshaAllah" dalam setiap kali kita berjanji. Ketika Baginda Rasulullah ditanya mengenai Ashabul Kahfi, Kisah Dzulqarnain dan tentang ruh, Baginda tidak menyebut perkataan InshaAllah dalam menunggu wahyu penjelasan dr Allah SWT. Setelh beberapa ketika, turunlah wahyu yang "menegur" Baginda dalam mengucapkan InshaAllah dalam setiap tutur kata janji. Akhirnya selepas Rasulullah menyebut InshaAllah, barulah turun wahyu-wahyu mengenai persoalan tersebut.

Kelebihan Amalan Membaca Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat

Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dibaca kepada jumaat yang berikutnya.-Hadith riwayat Baihaqi



Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat- Hadith riwayat Hakim 3349 
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, Nabi SAW baginda bersabda: Sesiapa membaca dari Surah Al Kafi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi- Hadith Riwayat Ahmad. 
Daripada Umar beliau berkata, Nabis SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan antara dua jumaat- Hadith Riwayat Ibnu Kathir 
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat. " Sumber dari Abu Darda' (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda' Ra, Yakni daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda "Sesiapa yang menghafaz 10 Ayat permulaan dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi maka akan terhindar daripada dajjal" 
Semoga kita dapat amalkan yang tebaik untuk diri dan perlindungan Allah sentiasa. Wallahu A'alam

Salam Sayang 
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015