16 February 2015

Resepi Donut Istimewa Yang Menyihatkan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan pembaca blog Mommy's Note berada dalam sihat dan bahagia selalu. Hari ni saya nak kongsikan resepi donut istimewa kesukaan anak-anak saya. Untuk ibu-ibu yang bekerja dari rumah yang sentiasa nampak anak depan mata, kadangkala buntu nak beri makan makanan yang berkhasiat. Nah saya kongsikan Resepi Donut Istimewa lagi menyihatkan. Hihi. apa yang istimewa? Istimewanya donut ini ialah saya menggunakan mealshake sebagai salah satu bahannya.

Kenapa mealshake Shaklee? Banyak sebab saya gunakan mealshake shaklee. Antaranya ialah disebabkan ia merupakan hidangan lengkap yang mudah diserap badan. Selain itu juga, rasa lemak vanilla nya juga membuatkan donut berbau harum dan menyelerakan. Sekilas lalu saya senaraikan manfaat utama Mealshake seperti dibawah:


  • mengandungi nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat besi
  • kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa
  • mengandungi asid folik, kalsium dan biotin yang membantu membina tulang
  • kaya dengan antioksida, vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan kuman
  • kaya dengan serat larut yang bantu proses detoks dan banyak lagi.
Baiklah kita kembali pada tujuan asal untuk kongsi resepi donut tersebut. Bahan-bahannya seperti yang terdapat dalam gambar,

  • tepung gandum setengah kilogram
  • gula 1 sudu
  • sedikit garam
  • 1 packet mauripan
  • 2 sudu besar marjerin
  • sedikit air sejuk
  • air suam 250ml utk kembangkan yeast
  • 3sudu besar mealshake (dalam gambar tong esp plak enterprem.hihi)



Cara nak buat:
campurkan mauripan dalam segelas air suam bersama 1 sudu gula. Biarkan seketika sehingga ia naik. Sementara menunggu yeast naik, campurkan marjerin bersama tepung dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Sebaik sahaja yeast telah kembang (berbuih-buih) campurkan dalam adunan tepung dan uli hingga jadi doh. sekiranya air kurang, tambahkan dengan air sejuk dari peti sejuk. Tutup doh yang telah siap diuli dan biarkan ia kembang sehingga sekali ganda.


Apabila doh sudah naik sekali ganda, tumbuk doh tersebut dah boleh la mula untuk membentuk donut. Saya gunakan acuan donut yang dibeli di Daiso, untuk setengah kilogram tepung, dapat hasilkan lebih kurang 25 biji donut. Biarkan seketika sebelum digoreng supaya donut sedikit mengembang. Jika ingin dijadikan makanan sejuk beku, goreng sekejap dalam tempoh 5 saat untuk matikan yeast. Bolehla disimpan untuk digoreng di masa akan datang.

Sekian sahaja perkongsian saya. Hihi, maaf, gambar hasil selalu tak dapat nak capture sebab terus goreng dan dingap. sekian dulu. InshaAllah saya kongsikan lagi untuk pembaca sekalian apa jua yang bermanfaat. salam sayang,

Adah

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015