11 January 2014

Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Mengandung

Teks Oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Pengalaman indah seorang isteri dan wanita ialah apabila doktor mengesahkan bahawa dirinya berbadan dua. Proses mengandung, melahirkan merupakan suatu proses yang sangat mendebarkan. Walaubagaimanapun, amanah tersebut sangat-sangat istimewa dan tidak mungkin ditolak.

Keadaan kesihatan wanita semasa mengandung kadangkala tidak dapat dijangka. Penjagaan kesihatan sangat penting dan perlu dijaga sebaiknya kerana melibatkan dua nyawa. Secara umum, ibu perlu mengambil makanan yang seimbang seperti biasa berbentuk karbohidrat, sayur-sayuran, protein dan sebagaianya. Namun terdapat beberapa nutrisi yang penting perlu diambil perhatian kepentingannya semasa tempoh kehamilan.

Folate dan Asid Folik

Folate merupakan sebahagian dari kumpulan Vitamin B. Ia bertindak menghalang kerosakkan  "Neural tube", ketidak normalan otak dan saraf tunjang bayi, Kekurangan Folate semasa tempoh kehamilan juga menngkatkan risiko kelahiran bayi pramatang dan tidak cukup berat. Asid folik pula merupakan Folate sintetik yang boleh didapati daripada makanan tambahan atau makanan yang diperkaya dengan nutrisi Folate.

Bagi ibu hamil dan individu yang merancang untuk hamil, sekurang-kurangya 800 micrograms folate atau asid folik diperlukan.Sebahagian sumber folate dan asid folik boleh didapati daripada sayuran hijau, buah-buahan citrus dan kekacang.

Contoh makanan yang kaya dengan Folate/ Asid Folik

MAKANASAIZ HIDANGANKANDUNGAN ASID FOLIK
bijirin3/4 cawan (15 to 45 grams) 100 peratus diperkaya sedia-utk-dimakan100 to 700 micrograms — pilih bijirin sekurang-kurangya 400 micrograms
Bayam1/2 cawan (90 grams) bayam direbus131 micrograms
Kekacang1/2 cawan(88 grams) direbus90 micrograms
Asparagus4 boiled spears (60 grams)89 micrograms
Kacang Tanah1 ounce (28 grams) dipanggang41 micrograms
Oranges1 orange (159 grams)48 micrograms
Sumber rujukan:USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 23

Kalsium

Kalsium diperlukan oleh ibu dan janin untuk kekuatan serta pembinaan tulang dan gigi. Selain itu juga, kalsium diperlukan bagi membantu sistem peredaran darah, otot dan saraf berjalan normal.

Ibu hamil perlu mengambil 1000mg kalsium sehari. Berbanding orang dewasa, bagi ibu yang hamil di usia remaja, jumlah kalsium yang diperlukan lebih banyak iaitu sebanyak 1300mg kalsium sehari. Sumber kalsium boleh banyak didapati dari produk tenusu, jus buah serta bijirin yang dipekaya dengan kalsium.


Sumber makananSaiz hidanganKandungan Kalsium
Jus buah8 ounces (237 milliliters) jus oren yang diperkaya kalsium500 milligrams
Susu1 cawan (237 milliliters) susu skim299 milligrams
Yogurt6 ounces (170 grams) yogurt rendah lemak258 milligrams
Cheese1 ounce (28 grams) sebahagian cheese mozarella222 milligrams
Salmon3 ounces (85 grams) pink salmon berserta tulang181 milligrams
Bayam1/2 cawan (90 grams) bayam rebus122 milligrams
Bijirin1 cup (20 to 60 grams) bijirin yang diperkaya kalsium3 to 1,000 milligrams
Sumber rujukan:USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 23


Vitamin D

Vitamin D diperlukan untuk membina tulang dan gigi bayi. Sebanyak 600IU Vitamin D diperlukan bagi menampung keperluan tubuh seharian.Sumber Vitamin D terbaik daripada cahaya matahari pagi. Selain itu, Vitamin D dapat diperolehi daripada ikan seperti salmon dan tuna. Susu yang diperkaya dengan Vitamin D dan jus oren juga sebahagian dari makanan yang dapat membekalkan vitamin D untuk ibu hamil.

Sumber MakananSaiz HidanganKandungan Vitamin D 
ikan3 ounces (85 grams) Salmon yang dimasak447 IU
Jus8 ounces (237 milliliters) Jus oren yang diperkaya dengan vitamin D137 IU
Susu1 cawan (237 milliliters) Susu Skim115 IU
Asparagus4 batang Asparagus rebus (60 grams)89 micrograms
Telur1 lbiji telur yang direbus (50 grams)44 IU
Source: USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 23



10 January 2014

Diabetes Dan Kawalan Kesihatan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Diabetes atau kencing manis merupakan salah satu penyakit yang sering kita dengar dikalangan org terdekat kita. Apakah sebenarnya diabetes? Diabetes adalah sebahagian daripada penyakit metabolik bagi individu yang mengalami keadaan gula yang tinggi dalam darah. Peningkatan gula dalam darah boleh terjadi disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel-sel badan tidak bertindak balas dengan insulin yang dihasilkan. Keadaan ini menyebabkan simtom polyuria (kerap kencing), polydipsia (peningkatan rasa haus) dan polyphagia (penignkatan rasa lapar)


Bacaan gula dalam darah perlu dicatatkan setiap hari oleh pesakit diabetes


Secara mudahnya, diabetes boleh difahami sebagai darah yang bergula tinggi. Aras gula dikawal oleh insulin. Apabila makanan memasuki perut dan dihadam, insulin akan bertindak memecahkan glucose dalam darah bagi menghasilkan tenaga. Bagi individu yang menghidap diabetes, insulin tidak dapat digunakan untuk memecahkan gula menjadi tenaga disebabkan hormon insuli itu tidak ada atau, badan tidak dapat kenalpasti insulin itu sendiri.

Diabetes boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu tahap 1, tahap 2 dan yang ketiga diabetes disebabkan kehamilan.

Tahap 1: Diabetes yang terjadi akibat kegagalan badan untuk menghasilkan insulin. Pesakit dibetes kategori ini bergantung dengan suntikan insulin setiap hari untk meneruskan aktivit seharian.

Tahap 2: Diabetes yang berlaku akibat kekebalan insulin. Keadaan dimana badan gagal bertindakbalas dengan insulin yang dihasilkan badan. Pesakit diabetes tahap ini tidak bergantung pada insulin. Biasanya dikenali sebagai "adult-onset diabetes"

Tahap 3: Diabetes yang sering terjadi dikalangan ibu-ibu mengandung. Terjadi disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah disebabkan insulin tidak dapat menampung keperluan semasa mengandung. Kebiasaannya selepas proses kelahiran, diabetes ini akan hilang. Namun, sekiranya tidak dikawal, ia boleh mengakibatkan terjadinya diabetes tahap 2

Diabetes yang dikesan di peringkat awal dapat mengurangkan risiko terjadinya komplikasi yang diabetes yang lebih buruk. Walaubagaimanapun, sebahagian pesakit tahap 2 diabetes menunjukkan simtom yang paling minima sehingga sukar dikenalpasti.

Simtom-simtom penyakit diabetes:

  • kerap buang air kecil
  • rasa haus yang keterlaluan
  • rasa lapar walaupun ketika sedang makan
  • kelesuan yang melampau
  • pandangan kabur
  • luka/ lebam yang lambat sembuh
  • hilang berat badan walaupun mengambil kuantiti makanan yang banyak (diabetes tahap 1)
  • Rasa kebas-kebas atau semut-semut di bahagian tangan/kaki





Kawalan Kesihatan Pesakit Diabetes

Pemakanan- Sangat penting dalam menentukan aras gula dalam darah. Bagi pesakit diabetes, makanan yang tinggi kandungan gula serta karbohidrat meningkatkan risiko peningkatan aras gula dalam darah.


  • pilih makanan yang rendah kalori, lemak tepu, gula dan garam
  • makan makanan yang tinggu kandungan fiber seperti cereal, roti gandum, nasi beras perang dan sebagainya.
  • pilih lebih sayur-sayuran, susu rendah lemak dan cheese
  • minum air kosong serta elakkan air berperisa.
  • ambil hidangan lengkap ketika makan seperti rajah dibawah.



Emosi- Kawalan emosi juga berperanan merendahkan stress seharian. Tekanan perasaan akan meningkatkan aras gula dalam darah. Pesakait diabetes boleh meredakan tekanan dengan menarik nafas dalam-dalam serta bertenang, Aktiviti berkebun, bersiar-siar atau mempraktikkan hobi antara aktiviti yang dapat mengurangkan stress. Sekiranya tekanan perasaan melampau, rujuk pada kaunselor kesihatan bagi menangani stress.




pemeriksaan kesihatan berjadual- Pemeriksaan kesihatan berjadual membantu mengawal kesihatan pesakit diabetes. Sekiranya perlu, doktor atau pegawai kesihatan akan memantau kesihatan dan merujuk kepada pakar untuk membantu pesakit diabetes. Bagi kes pesakit yang bergantung pada insulin, pemeriksaan berjadual dapat mengatasi komplikasi sakit lain akibat diabetes.


Kawal berat badanKegemukkan boleh menyebabkan badan menjadi resistan dengan hormon insulin. Ini bermakna, sebarang insulin yang dikeluarkan oleh pankreas akan mengambil masa untuk bertindak merendahkah gula dalam darah. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan tekanan darah dan boleh membawa pada kegagalan fungsi buah pinggang dan juga strok. Dengan pengawalan makanan serta pengurusan berat badan, masalah lain juga dapat diatasi.

Pengambilan makanan tambahan seperti GLA Complex sedikit sebanyak membantu mengawal penghasilan insulin dalam badan. GLA merupakan singkatan dari Gamma Linolenic Acid yang penting bagi pembinaan prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah. Kajian mendapati, pesakit diabetes mempunyai potensi yg rendah untuk menukarkan asid linoleik menjadi asid gamma linoleik. Pengambilan GLA tambahan membantu menggalakkan mekanisme penukaran gula oleh insulin sekaligus mengawal aras gula dalam darah.


Gamma Linolenic Acid Molecule- Source; en wikipedia


Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini

08 January 2014

Si Kecil dan Penyakit Eczema

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Saya sering diminta oleh rakan-rakan untuk minta pendapat suami saya yg bekerja sebagai doktor mengenai peyakit eczema dikalangan kana-kanak. Apakah sebenarnya penyakit eczema ini? Merujuk pada Wikipedia perkataan Eczema berasal dari Greek, lebih dikenali sebagai  Atopic Eczema atau Atopic dermatitis yang menyebabkan kesan keradangan yang kronik pada kulit.



Perkataan eczema digunakan secara meluas bagi menggambarkan keadaan penyakit kulit. Masalah penyakit kulit tersebut ialah seperti kekeringan dan ruam yang berulang kali dialami oleh pesakit.Kulit kemerah-merahan, bengkak, gatal-gatal serta kering merupakan sebahagian dari tanda-tanda eczema. Selain itu juga kulit akan membentuk lapisan kerak, mengelupas serta melepuh yang mengakibatkan pendarahan. Tompokan pada kulit juga terjadi disebabkan kecedaraan akibat menggaru bahagian kulit yang gatal. Kesannya, kulit akan meninggalkan parut serta mengakibatkn kawasan ruam merebak ke bahagian lain.

Kebiasaannya, eczema muncul dikawasan pelipat seperti:


  • bahagian belakang lutut
  • di pelipat siku
  • di bahagian leher
  • dikawasan muka, sekeliling mata dan cuping telinga
Sumber image: google image-webmd.com
Sehingga kini, punca eczema masih tidak diketahui. Faktor genetik dan persekitaran dikenalpasti menjadi sebahagian faktor yang boleh menggalakkan terjadinya eczema. Kanak-kanak yang mempunyai eczema berkemungkinan untuk turut mengalami asthma, demam atau masalah allergi
Penjagaan kulit yang menyeluruh merupakan kunci utama untuk mengawal eczema. Mandian serta sapuan losyen pelembab perlu dititik beratkan. Setiap pesakit tidak sama kesesuaian pada sesuatu produk. Bagi anak-anak yang masih kecil, ibu perlu mencuba pelbagai produk untuk mendapatkan produk yg serasi.
  • mandikan anak dengan air suam sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Elakkann menggunakan air yang terlalu panas kerana air panas akan menjadikan kulit lebih gatal. Tempoh mandian 5-10 minit sangat baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Namun demikian, mandi yg terlalu lama boleh menjadikan kulit kering. Jika perlu, ibu boleh gunakan jam untuk set masa mandian
  • Isikan tab mandian sehingga paras yang menenggelamkn peha semasa anak duduk.
  • gunakan mandian yg tidak menghasilkan buih. Elakkan menggunakan kain atau material untuk menggosok badan. cukup sekadar menggunakan tangan untuk menggosok badan.Setelah selesai mandi bilas dengan air bagi mengelakkan kulit jadi kering disebabkan  cecair mandian
  • Selepas mandi, keringkan badan tanpa menggosok badan. Seeloknya biarkan badan dalam keadaan lembab.
  • sapukan losyen atau ubat dikawasan yg terkena 
  • elakkan menggunakan span madian, loofahs dan sebagainya utk menggosok badan. Ini bagi mengelakkan badan semakin luka akibat gosokkan.
  • hunakan masa mandi untuk memeriksa kawasan yang terkesan dengan penyakit eczema ini.
  • ointments- bersifat lebih likat serta ber 'grease'. Kebanyakkannya tidak mengandungi air dan merupakan method yang paling berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit pesakit eczema.
  • Krim pelembab-mengandungi campuran air dan lemak. Secara amnya krim ini bersifat lembut, ringan dan sapuan lebih kerap dilakukan untuk mengekalkan kelembapan. Produk ini kurang sesuai untuk pesakit eczema kerana boleh menyebabkan kesan terbakar pada pesakit eczema.
  • losyen- berasaskan air dan mudah disapu. bertindak menyejukkan kulit tetapi tidak bertindak sebaik ointment . Ia boleh meninggalkan rasa melekit dan kurang selesa pada kulit.
Persekitaran turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan eczema dari terus merebak. Elakkan rumah yang bedebu dan berhabuk kerana kulit yg sensitif akan mudah merengsa seterusnya menyebabkan kegatalan. Bersihkan rumah sekurang-kurangnya sekali sehari serta minimakan penggunaan barang-barang hiasan berbentuk kecil bagi mengurangkan habuk.
  • sentiasa kekalkan kelembapan
  • elakkan menggunakan produk yang menggalakkan kegatalan seperti alkohol dan pewangi
  • sejukkan kulit menggunakan kain yang direndam dengan air dan diikuti dengan sapuan pelembab
  • biasakan anak-anak tidur dengan pakaian yang longgar dari fabrik kapas. Elakkan penggunaan fabrik nylon, wool atau fabrik yang menyebabkan rasa gatal pada kulit.
  • gunakan alas tilam dari bahan cotton linen
  • B complex-Variasi gabungan vitamin B( B kompleks) 50-100 mg sehari diperlukan untuk kulit yang sihat dan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kerosakkan kulit serta melemahkan ketahanan sel.
  • Asid Lemak seperti GLA complex- diperlukan untuk menggalakkn pelinciran kulit, kulit menjadi lebih lembut serta lembab.
  • Vitamin C- Bertindak melegakan kerengsaan kulit serta menstabilkn sel membran kulit.
  • vitamin E- mengelakkan kulit kering serta melegakan kegatan
  • zinc- menggalakkan proses pemulihan kulit serta meningkatkn fungsi immune badan.





Punca eczema


Bagaimana mengawal Eczema


Selain daripada penjagaan diri, faktor persekitaran yang boleh menggalakkan terjadinya eczema pelu dikenalpasti. Elakkan dari habuk serta debu yang boleh menyebabkan eczema bertambah buruk.

Mandian

Mandi merupakan langkah penting untuk mengawal dari jangkitan menjadi lebih teruk. Sekurang-kurangnya anak perlu dimandikan sekali hingga 3 kali sehari sekiranya berpeluang untuk melakukannya.
Menggunakan Losyen Pelembab


Kulit yang kering merupakan salah satu penyebab penyakit eczema menjadi semakin teruk. Apabila kulit mengering, ia akan mendorong rasa gatal yang sangat keterlaluan. Sapuan losyen pelembab dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan dari merebaknya penyakit eczema ke kawasan kulit lain.
Pelembab membantu kulit daripada menjadi kering dengan wujudnya lapisan pelindung pada kulit. terdapat 3 jenis pelembab yang membantu meredakan kesan eczema iaitu krim salap (ointment), krim dan losyen.


Menjaga Kebersihan kawasan rumah dan persekitaran


Kawasan-kawasan seperti gambarajah dibawah merupkan sebahagian tempat yang boleh menggalakkan kegatalan pada kulit.


Tips Mengawal Kegatalan Kulit

Sebahagian tips bagi membantu mengurangkan kerengsaan akibat eczema:

Merawat Eczema

Sehingga kini, eczema masih belum diketahui penawar yang paling mujarab. Kebiasaannya, doktor akan merawat/ mengurangkan gejala eczema dengan bantuan krim sapuan, sebahagiannya mengandungi steroid untuk melegakan kegatalan. Namun demikian, langkah pencegahan dipercayai dapat dimulakan dari rumah oleh ibu bagi anak kecil atau individu itu sendiri. Penghidap eczema perlu lebih peka pada diri sendiri, persekitaran serta pemakanan harian yang diambil. Semakin meningkat usia, eczema dapat dikawal dan dapat diadaptasi oleh individu tersebut.

Pengambilan supplement juga membantu untuk mengawal eczema dari belarutan. Berikut sebahagian makanan tambahan yang penting untuk kulit:

Sakit merupakan sebhagian ujian dari Allah bagi mengingatkan kita. Bersabarlah sebagai hamba sekiranya anak, atau diri sendiri diuji. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa bg Muslim. Sebagai Hamba, kita perlu pelihara kesihatan diri sebagai amanah Allah. Yakin dan redha semuanya dari Allah.

Sekiranya ingin mendapatkan supplement Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan, hubungi saya :

Nor Sa'adah Abdul Talib 
pm/sms/whatssapp: 0167187143

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan









04 January 2014

Perlukan Ibu Mengambil Kalsium ?

Teks Oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.


Seharian bekerja dan pulang kerumah dalam keadaan letih merupakan perkara biasa dialamai setiap ibu. Beban kerja di pejabat, kemudian pulang kerumah meneruskan perjuangan dirumah menambahkan lagi rasa penat. Begitu juga bagi ibu yang bekerja dari rumah. Sama penat sama juga tertekan dengan pelbagai ragam harian. Tapi tahukah ibu-ibu sekalian mengapa kita penat dan lesu?

Kelesuan adalah perasaan penat yang ketrlaluan, dengan keinginan untuk berehat, serta memungkin untuk tidur. Selalunya ia menyebabkan menguap. Terdapat banyak sebab mengapa terjadi keletihan. Ketegangan saraf yang disebabkan kekurangan kalsium atau magnesium merupakan faktor biasa terjadi. Kalsium dan magnesium berfungsi untuk melegakan dan melindungi saraf. Kedua-duanya penting untuk pengeluaran tenaga dan fungsi saraf yang betul. Sindrom Keletihan yang Kronik (CFS- Chronic Fatigu syndrome) adalah gangguan dicirikan oleh keletihan melampau, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan beberapa gejala fizikal lain.

Keletihan yang berterusan tanpa disebabkan oleh sebarang penyakit biasanya hasil daripada gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak seimbang; terutama sekali pemakanan yang tinggi lemak dan karbohidrat, dengan ditambah tekanan emosi. Alkohol, kafein, dadah, tembakau, tekanan perasaan dan pemakanan yang tidak betul merupakan punca berlakunya kehilangan tenaga dalam tubuh badan seseorang individu.

Kalsium memainkan peranan penting dalam penstrukturan protein, begitu juga Kalium dan Magnesium. Kalium tidak boleh disimpan oleh sel-sel badan melainkan magnesium yang mencukupi.apabila kalium dalam sel-sel rendah, gula dalam darah juga menjadi rendah. Gula yang rendah merupakan penyebab biasa keletihan. Oleh Kerana magnesium juga perlu untuk menjaga kalium dalam sel-sel otot, tahap gula darahjuga menjadi rendah apabila magnesium berkurangan dalam badan. Tanpa magnesium yang mencukupi, kalium akancmeninggalkn sel-sel badan, mewujudkan kelompangan kalium. Kalium sangat penting untuk tenaga yang akan dihasilkan manakala Magnesium diperlukan untuk mengimbangi keperluan kalsium.


Walaupun 99% daripada kalsium dalam tubuh badan terdapat pada tulang dan gigi, simptom yang disebabkan kekurangan kalsium untuk saraf dan tisu lembut bolehmenyebabkan rasa tidak selesa. Sebagai contoh, kalsium membantu dalam pengangkutan impuls saraf. Apabila mineral initidak mencukupi, saraf menjadi tegang, dan badan menjadi letih. Individu yang kekurangan kalsium akibat kekurangan tenaga dan ketegangan saraf t mendorong keletihan seluruh badan. Hasilnya, sebarang kerja tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Magnesium telah terbukti berkesan mengatasiSindrom Keletihan yang Kronik (CFS). Kebanyakkan individu CFS mempunyaikandungan magnesium yang rendah dalam sel darah merah. Baru-baru ini kajian "double-blind " dijalankan ke atas pesakit CFS dengan membekalkan makanan tambahan magnesium di United Kingdom. Para penyelidik menyimpulkan bahawa 80% daripada pesakit yang menerima magnesium dilaporkan "tahap ketara penambahbaikkan tenaga,kawalan emosi yang lebih baik, dan kurang sakit". Kedua-dua kalsium dan magnesium dalam nisbah yang betul dan keseimbangan pH yang tepat dikenalpasti dapat melegakan sakit sendi, sakit otot dan kesakitan, ketegangan saraf, keletihan, membantu dengan masalah tidur dan banyak lagi!

Bagi ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan tambahan, pengambilan vitamin seperti vitalea, b complex, vitamin C dan osteomtarix sangat membantu mengurangkan rasa lesu. Vitamin tersebut bertindak menampung nutrisi-nutrisi yang tidak cukup untuk keperluan badan terutamanya keperluan kalsium dan mineral yg mengatasi rasa penat. Pengambilan B complex pula membantu meredakan rasa stress dan mengawal emosi ibu.


Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan



ref: http://www.calmag-c.com/2008/01/relief-from-chronic-fatigue-syndrome-cfs/


03 January 2014

Tips Memberi Si Manja Makanan Ringan

Teks Oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.


Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yg seimbang bagi menampung keperluan pertumbuhan mereka. Namun demikian, dalam tempoh mereka membesar, pemakanan mereka sering menjadi masalah bagi ibu untuk sediakan. Ada kalanya mereka terlampau teruja untuk bermain sehingga mengabaikan masa makan. Sebahagian besar kanak-kanak lebih suka kepada makanan ringan berbanding makanan asasi seperti nasi dan karbohidrat lain.



Makanan ringan mempunyai pelbagai kesan terhadap anak-anak. Berikut saya senaraikan kesan pengambilan makanan ringan mengikut kategori:


Tenaga dan Fokus

Makanan ringan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan meransang arasa tenaga dan menyebabkan anak-anak hilang fokus. Kanak-kanak akan menjadi super aktif dan akan bertindak lebih agresif bila mana kandungan gula dalam darah meningkat. Ini disebabkan, tubuh mereka mendapat tindakbalas bahawa terdapat lebihan gula yang perlu dibakar segera.

 Risiko Kegemukkan Melampau (Obesiti)



Makanan ringan merupakan makanan utama yang menyumbang kepada masalah kegemukkan. Hasil penyelidikan menunjukkan  kebanyakan makanan ringan mengandungi kalori yang tinggi, gula, garam dan serbuk perisa yang berlebihan. Bahan-bahan tersebut salah satu faktor menjadikan kanak-kanak tidak berminat dengan makanan asas seperti sajian nasi, sayur dan buah-buahan. Menurut Jurnal "Nature Neuroscience", Makanan ringan berkalori tinggi mengakibatkan ketagihan dikalangan kanak-kanak seterusnya menjadi punca utama kanak-kanak menjadi obes.

Penyakit Kronik
Makanan ringan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi serta serangan strok. Kajian mendapati, punca kenaikan pesakit kronik dikalangan kanak-kanak adalah disebabkan faktor pemakanan yang tidak terkawal. Selain daripada itu, kanak-kanak yang bersifat obes turut meningkatkan risiko masalah kadar kolestrol tinggi yang membawa kesan jangka panjang pada jantung.
Masalah kemurungan dan rendah diri
Kanak-kanak juga seperti manusia dewasa yang lain. Pemakanan yang tidak seimbang yang membawa kepada kegemukkan turut mempengaruhi keyakinan diri mereka. mereka menjadi individu yang takut kedepan serta malu untuk bersuara kerana bimbang mereka diejek oleh rakan-rakan seusia mereka. Suara-suara halus akan mempengaruhi minda mereka menyebabkan tekanan sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian mereka.

Sebagai ibu bapa, menjadi satu kemestian untuk pantau pemakanan mereka. Bak kata pepatah " Kamu adalah apa yang kamu makan". Islam juga menggariskan panduan pemakanan pada seluruh umatnya. Kesederhanaan merupakan suatu yang perlu dititik berat dalam kehidupan seharian.




Antara tips yang boleh diaplikasikan oleh ibu untuk memberi anak makanan ringan adalah seperti berikut:
  • Beri anak snak/ makanan ringan berbentuk buah-buahan.  Ibu boleh sediakan potongan buah pelbagai bentuk bagi menarik minat mereka. Hidangkan buah dengan sedikit salutan madu serta serbuk kayu manis sebagai pembuka selera.
  • Makanan berbentuk makanan sunnah juga digalakkan. Kurma, kismis, badam dan kekacang sangat bagus untuk perkembagan minda
  • Makanan tambahan seperti Supplement juga digalakkan bagi menampung kekurangan nutrisi seharian. 
  • Galakkan pengambilan air putih lebih banyak daripada biasa sekiranya anak mengambil makanan ringan seperti kentang goreng.
  • Perhatikan apa si manja anda makan. Hadkan pengambilan makanan ringan supaya tidak berlebihan. Sebagai contoh, ibu boleh membeli 1 bungkusan makanan untuk dikongsi dengan ahli keluarga yang lain.
Bagi memastikan perkembangan fizikal anak tidak terbantut, opsyen lain yang boleh ibu-ibu praktikkan dengan memastikan pengambikan makanan tambahan. Sebagai contoh, makanan tambahan seperti Meal Shake boleh diberikan bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yg cukup. 

Perkembangan minda kanak-kanak juga dapat dirangsang dengan pengambilan minyak ikan seperti Omegaguard. Kandungan Omega-3 yg sangat bagus berfungsi merangsang neuron-neuron sel otak supaya cepat bertindak serta berfikir.

Vitamin C boleh kunyah juga boleh diberikan kepada anak kecil supaya menggalakkan penyerapan nutrient badan.



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

02 January 2014

Tips mengurangkan anak ganggu solat



Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, anak-anak saya akan berada didepan mata sahaja dimana sahaja saya berada. Sedikit masalah timbul sekiranya tiba waktu solat, dimana anak-anak saya sering mendekati saya atau dengan erti kata lain bermain-main di tempat saya sujud


Berikutan masalah ini, Apakah hukum solat saya? Saya merujuk kepada tulisan ustaz zaharuddin dalam blognya hukumnya terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu sah solat danjuga boleh membatalkan solat.Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.
Ada beberapa point dari Ustaz Zaharrudin menyatakan mengapa sentuhan anak yang menanggung najis tidak membatalakn solat.Antaranya adalah kerana :-
a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
Bagaimanapun, ustaz turut menegaskan solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini. Ini berdasarkan sandaran pada Mazhab Syafie :"Haamil limuttasil binajastin" sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )
Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal .Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW(semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat :"Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ?: para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani.  cet : Bayt Afkar )
Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)

Saya kongsikan sebahagian tips untuk mengurangkan anak dari mengganggu solat.
  • Berikan cukup keperluan anak sebelum solat. Sebagai contoh, pastikan anak tidak dalam keadaan lapar atau berkehendakkan susu. Sekiranya mereka meminta susu, penuhi permintaan mereka kemudian ajak mereka supaya berbaring di sebelah sambil minum susu
  • Bersihkan pakaian dan lampin mereka sebelum kita bersolat. ini bagi memastikan mereka tidak membawa najis sehingga boleh membatalkan solat kita.
  • Beri tahu mereka bahawa anda hendak bersolat. Anak kecil usia di bawah 2 tahun biasanya tidak faham , tetapi mereka sentiasa memerhati perilaku ibu mereka dan semakin faham bila meningkat usia.
  • Bagi anak kecil yang berusia 2 tahun keatas, kebiasaanya mereka akan meniru utk solat bersama2. sediakan keperluan seperti mini telekung atau kopiah, sejadah dan bentangkan di bahagian belakang kita. Ibu boleh mengajak mereka solat bersama-sama sebagai imam dan anak-anak sebagai makmum.
  • Akhir sekali, minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan solat. Berlapang dada sekiranya anak masih mengganggu. Ini disebabkan mereka belum faham tentang solat, najis serta perkara2 yang membatalkan solat.



Salam sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015