11 November 2014

Diaperless. Bagaimana?

Teks: Nor S'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah diberi kesihatan yang semakin baik dari hari ke hari. Beberapa hari yang lepas, saya mula melakukan latihan untuk "off" diaper anak saya Hannah.

Bila masa yang sesuai sebenarnya? Berdasarkan pengamatan saya melalui pengalaman kawan-kawan ialah ketika anak tersebut sudah mula bercakap atau sudah faham komunikasi. Kalau nak ikut keadaan, Hannah dah boleh dilatih seawal usia 2 tahun. Namun mak dia yang x rajin. hihi

Ok, perkara asas yang perlu saya buat untuk latihan ini ialah persediaan mental dan fizikal yang kuat. Sebelum ni, saya pernah latih hannah dalam keadaan saya mabuk pregnant. Kesannya, saya stress, penat, jadi pemarah dan akhirnya 'give up'. Jadi mak-mak perlu kuat semangat dan rajin.

Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah gulun semua karpet2 yang ada di segenap ruang. Ini disebabkan kebarangkalian berlaku tragedi terkencing tu sangat biasa. Bagi memudahkan proses pembersihan, ada baiknya bersedia sebelum terkena kan?

Seterusnya tanya anak adakah mereka nk buang air. Awal2 saya perasan, Hannah agak marah bila ditanya. Almaklum la, selang beberapa minit ditanya.
Bagi mengelakkn dari kerap tanya, saya beri lebih perhatian pd setiap gerak geri hannah.sekiranya dia minum air/ambil sebarang makanan yg menggalakan kencing serta melawas, saya lebih kerap bertanya.

Akhir sekali letak keyakinan pd anak td. Saya sering katakan pd Hannah yg dirinya perlu berdikari dan sudan besar. Sentiasa beri kata2 yang memberangsangkn supaya dia lebih yakin. Akhirnya dalam tempoh kurang 3hari, Hannah boleh dikatakn 90% bebas dr diaper. 10% lagi pakai masa tidur

Oh ya. Serius ni.elakkan rasa stress bila lakukan latihan ni.seeloknya lakukan dalam keadaan seronok dan gembira. Agak2 rasa stress tu check semula.makan bcomplex x?hihi. Amalkan  pemakanan yg sihat utk pastikan bdn sihat dan gembira






27 October 2014

Tips atasi Alahan semasa mengandung

Teks oleh: Nor Saadah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alahan semasa mengandung serimgkali dialami oleh setiap ibu. Ia juga lebih dikenali sebagai "morning sickness" atau "nausea gravidarum" atau alahan yg menyebabkan muntah- muntah serta rasa tidak selesa dikalangan ibu mengandung. Kebiasaannya alahan ini berlaku ketika awal pagi dan berkurangan bila menjelang tghri dan seterusnya. Bagaimanapun, ada juga yg mengalami alahan selain waktu pagi dan ia adalah normal. Simtom ini biasanya semakin berkurangan apabila ibu mula memasuli minggu ke 12 kehamilan.

Masalah alahan terjadi lebih kurang 1% dalam setiap kehamilan. Ia menjadi tanda bahawa kehamilan telah terjadi dan biasanya usia kandungan sudah mencapai minggu dan ke atas.

Antara punca terjadinya alahan adalah disebabkan berikut:

• Penambahan dalam proses penghasilan air liur semasa trimester pertama, yang menyebabkan rasa pahit mulut (ptyalism). Proses ini berlaku aemasa tidur dan menuebabkan perut tidak selesa seterusnya menyababkan alahan pagi.

• penambahan dalam aras hormon estrogen

• tekanan darah rendah disebabkan placenta kekurangan tenaga.

•penambahan hormon progrstron bg mengelakkan kelahiran pramatang sekaligus menjadikan sistem perut berehat dan kurang sesnsitif menyebabkan kearah pengaliran asid perut dan refluks.

•penambahan aras hormon pertumbuhan (human chorionic gonadotropin, hcg) yg bertindak sebagai detector kehamilan

•peningkatan sesnsitiviti terhadap bau-bauan

•penambahan aras bilirubin disebabkan peningkatan enzim di hati.

Alahan semasa tempoh kehamilan berfungsi sebagai pelindung janin dari toksin yang memasuki tubuh ibu. Janin yang masih dalam proses pembesaran memerlukan perlindungan dari placenta serta bergantung sepenuhnya pada ibu. Sebahagaian persekitaran atau makanan yang diambil ibu adakalanya berbahaya bagi sikecil tersebut walaupun tidak bagi ibunya. Reaksi dari tindakbalas janin dan persekitaran yang diterima menyebabkan ibu merasa loya, muntah dan sebagainya untuk melindung janin  tersebut 

Bagaimana atasi masalah alahan semasa mengandung

Secara umum, tiada sebarang ubat     untuk atasi masalah alahan ini. Namun terdapat beberapa tips yg blh digunakan ibu yg alahan seperti  berikut: 
•Elakkan perut kosong.seeloknya ibu perlu  kerap makan dalam kuantiti yg sedikit.makan awal pagi sejurus selepas bangun tidur bagi mengelakkanperut dimasuki angin

•Kenalpasti makanan /minuman yg dapat meredakan alahan. Sebahagian besar ibu yg alahan akan ada makanan kegemaran. Ini disebabkan badan memberi signal nutrisi tersebut sangat diperlukan oleh badan. Ada antara ibu yang mengambil minuman isotonik seperti 100plus bg melegakan tekak dan perut.elakkan minuman berkabonat sebaliknya gantikan minuman yg rendh kadar gula. Sebagai gantian, minuman dehydrasi seperti Perfomance Drink boleh diambil.

•kurangkan pengambilan kaffein dalam minuman harian

•ambil makanan yg tinggi kandungan serat seperti roti gandum penuh atau biskut yg kaya dengan fiber sepeeti biskut oat.

•kunyah atau kemam Vitamin c chewable yg sedikit masam bg meransang air liur dan mengelakkan rasa pahit

•ambil Pepermint ginger sekiranya perut rasa tidak selesa. Rasa pudina dapat mengurangkan kesan mual dan memberi rasa nyaman pada perut.

•pastikan pengambilan nutrisi lengkap utk keperluan ibu. Ambil supplement bagi memastikan keperluan tubuh untuk ibu cukup. Sekiranya perlu,Ubah masa pengambilan supplement dengan mengambil sblm tidur.

Selamat mencuba 





07 July 2014

Macam mana nak atasi masalah kolestrol tinggi?

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib


Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya sambung entri berkenaan dengan kolestrol. Dalam entri sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai jenis-jenis kolestrol disini . Kolestrol merupakan salah satu punca terjadinya pembunuh senyap dikalangan individu di Malaysia iaitu serangan strok dan jantung. Sebenarnya tiada tanda yang khusus seseorang itu mempunyai kolestrol tinggi atau tidak. Setiap orang perlu menjalani ujian darah bagi menentukan aras kolestrol mereka.

Macam mana nak turunkan masalah kolestrol tinggi? Asas untuk turunkan kolestrol ialah dengan kawal makanan yang diambil, turunkan berat badan, serta amalkan cara hidup sihat dengan bersenam. 


Kawal makanan yang diambil


Bagi individu yang mempunyai kolestrol tinggi, makanan yang perlu dielakkan ialah lemak tepu. Lemak tepu banyak didapati dalam daging yang berlemak dan produk tenusu seperti cheese, ais krim dan butter. Selain lemak tepu, lemak Trans yang banyak terdapat dalam makanan proses perlu dielakkan. Contoh makanan yang mengandungi lemak trans ialah marjerin yang diproses.


Namun demikian, tidak semua lemak perlu dielakkan. Lemak tak tepu seperti lemak ikan sangat2 penting diambil bagi membantu proses penyingkiran kolestrol dalam badan. Lemak tersebut boleh didapati daripada ikan tuna, salmon, walnut dan almond.Walaupun lemak tak tepu sangat bagus utk atasi kolestrol, lemak tersebut menghasilkan jumlah kalori yang tinggi.


Turunkan berat badan dengan bersenam

Kawal berat badan dengan mengambilkira keperluan kalori badan. Dalam sehari, jumlah kalori yang diambil dikira kerana makanan yang berlemak, secara tidak langsung menambah kalori makanan seterusnya boleh menyebabkan kegemukkan. Dengan cara bersenam, lebihan kalori yang diambil dapat dikurangkan, badan semakkin sihat dan kolestrol secara tidak langsung berkurangan. Perlu diingat, badan kita mampu menghasilkan kolestrol dalam badan. jika kolestrol yg diambil berlebihan, ia mengakibatkan plak, serta menganggu aliran darah.

Kegemukan atau obesiti meningkatkan risiko utk meningkatkan kolestrol jahat (LDL) dan trigliserida serta menurunkan aras kolestrol baik. Salah satu dari cara utk kawal/ merawat kolestrol yang tinggi ialah dengan melakukan aktivit fizikal. Senaman ringkas seperti berjalan 30-60 minit sehari sangat2 membantu dalam usaha menurunkan aras kolestrol.


Ubat turunkan kolestrol

Bagi sesetengah individu, senaman sangat terhad untuk mereka lakukan dalam usaha utk turunkan kolestrol, terutama mereka yang berisiko menghidapi penyakit cardiovaskular.  Dalam kes2 tertentu seperti ini, doktor akan bertindak untuk memberi ubat bagi menurunkan aras kolestrol iaitu statin drug. 

Statin drug bertindak sebagai penghalang daripada enzim badan untuk terus menghasilkan kolestrol. Ia juga membantu merendahkan kolestrol jahat dan trigliserida dalam badan serta meningkatkan aras kolestrol baik. Namun demikian, Statin drug ini mempunyai risiko rendah yang memberi kesan sampingan jangka panjang seperti kekejangan serta sakit otot, meningkatkan aras enzim dihati dan macam2 lagi. Pengamal statin drug ini perlu sentiasa memastikan keadaan mereka sentiasa terkawal serta dalam keadaan baik.

Selain Statin drug, ubatan berikut turut membantu dalam mengawal aras kolestrol dalam darah:

  • Bile acid resins- Menghalang penyerapan kolestrol dan merendahkan aras LDL antara 15-30%
  • Enzetimibe- Menghalang penyerapan kolestrol antara 18-25%
  • Fibric Acid- Merendahkan trigliserida serta meningkatkan aras HDL
  • Niacin- Merendahkan aras LDL dan trigliserida secara moderate antara 5-15%
  • Kombinasi ubat dan statin drug- menurunkan serta menghalan penyerapan kolestrol

 Walaupun terdapat pelbagai jenis ubatan yg membantu menurunkan aras kolestrol, tida semua ubat sesuai utk setiap org. Pengamal ubat tersebut perlu mendapatkan konsultasi doktor serta tahu kesan jangka masa panjang sekiranya diambil.

Supplement dan makanan tambahan

Selain daripada mengawal makanan, bersenam dan ubatan, terdapat cara lain yang membantu menurunkan aras kolestrol. Antaranya seperti amalan memakan bawang putih. Namun demikian, kuantitnya berbeza mengikut individu. Alternatifnya boleh ambil kaplet garlic seperti Garlic Plus Shaklee.

Kajian terbaru membuktikan, pengambilan fitosterol ( Sterol daripada tumbuhan) membantu menurunkan serta menghalang penyerapan kolestrol. Fitosterol yang mempunyai molekul yang hampir sama dengan kolestrol bertindak dengan menghalang kolestrol daripada diserap oleh usus. Molekulnya yang hampir sama dengan kolestrol menggantikan penyerapan dan secara tidak langsung membantu merendahkan aras kolestrol dalam badan.

https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F2.bp.blogspot.com%2F-b2d6W-4DDvQ%2FU7oBydhhvnI%2FAAAAAAAAAn8%2Fcve_Z--YA1g%2Fs1600%2FmadewithOver.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*

Baru-bari ini, Shaklee ada mengeluarkan produk terbaru Phytocol-st yang membantu menurunkan aras kolestrol (ambil konsisten sekurang2nya 2 bln mengikut kajian) Ia membekalkan 2000mg fitosterol yang diperlukan dalam badan bagi menghalang penyerapan kalsium.

https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F3.bp.blogspot.com%2F-44Ev3kKmbgQ%2FU7oCY_lbkQI%2FAAAAAAAAAoE%2FTD1N_upEFrU%2Fs1600%2Fphoto%2B3.JPG&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*

Selain fitosterol yang diambil daripada supplement, minyak ikan yang kaya dengan omega 3 juga sangat membantu dalam meningkatkan aras kolestrol baik dalam badan. Gabungan fitosterol dan minyak ikan dipercayai dapat membantu memberikan keputusan terbaik dalam kawalan kolestrol dalam badan.

Sebagai usaha untuk memastikan badan sihat, pastikan pemeriksaan doktor dilakukan dalam masa tertentu. Ujian darah, berat badan serta amalan pemakanan dan gaya hidup sihat perlu dipraktikan bagi mengekalkan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit berbahaya.



Untuk pilihan makanan tambahan yang natural serta bebas kimia bagi mengawal aras kolestrol, Klik disini








22 May 2014

Ayam Halia UntukSi Kecil Yang Berselera

Teks oleh: Nor Sa'adah Bnti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt Hari ini saya kongsikan resepi untuk ibu-ibu yang buntu dek kerana anak selera makan, hihi. Saya sendiri kadang-kadang sampai tak tahu nak beri anak sayamakan apa selepas beberapa kali menambahkan mealshake(info mealshake disini) dalam menu mereka. Dan memang terbukti Mealshake membantu untuk anak yang memilih makanan.Resepi ni simpledan ekspress.Hihi

Baiklah, berbalik pada tajuk, bahan-bahan untuk ayam halia ialah:

isi ayam(300-500gm)
bawang besar 1biji
bawang putih 2biji
halia (lebih kurang 1incisetengah)
2batang serai
daun limau purut.
cilipadi/lada

bahan-bahan dihiris danserai dititik

potong dadu isi ayam

Cara masak:
1.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris termasuk serai dengan sedikit minyak sehingga naik bau.


bahan-bahan ditumis
2. masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ayam masak.
3.Bila dah hampir masak, letakkan garam secukup rasa.
4.Masukkan daun limau purut, kacau dan tutup api dapur.Siap!

hasil selepas siap :)

Selamat mencuba!





21 May 2014

Semua Orang Ada Kolestrol dalam Badan- Bahagian 1

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini saya berpeuang untuk menyertai bengkel nutrisi anjuran Shaklee di Melaka. Bengkel tersebut berkongsi mengenai keperluan supplement, kaitan dengan kesihatan serta produk yg sesuai mengikut kesihatan. Antara perkara yang ditekankan dalam bengkel tersebut salah satunya ialah mengenai kolestrol.

Kolestrol ialah sebatian seperti lemak, dihasilkan di hati dan sel badan. Ia juga boleh didapati daripada makanan seperti produk tenusu, telur dan daging. Badan kita perlukan kolestrol untuk menghasilkan hormon, vitamin D dan asid bile yang membantu menghadamkan lemak. Namun demikian, badan kita hanya perlukan pada kuantiti yang tertentu sahaja untuk menjalankan fungsi badan. Lebihan kolestrol dalam badan akan menyebabkan masalah seperti wujudnya masalah jantung.

Apabila terlalu banyak kolestrol wujud dalam badan, plak akan terbentuk dalam salur darah dan menyebabkan salur darah menjadi sempit seterusnya menyukarkan aliran darah ke jantung. Plak yg terbentuk dalam darah lama kelamaan akan menyebabkan atherosclerosis (pengerasan arteri) yang boleh mengakibatkan masalah jantung.

sumber-imej google
molekul kolestrol-sumber imej dari google pics

Apabila jantung tidak dapat oksigen yang mencukupi dari darah, ia akan menyebabkan sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina. Tetapi sekiranya jantung tidak dapat langsung bekalan oksigen dari darah disebabkan wujudnya halangan dalam arteri, ia dinamakan serangan jantung. Ia biasanya terjadi disebabkan wujudnya plak dalam darah yang semakin lama menutup laluan darah dalam arteri tersebut.

Jenis-Jenis kolestrol 


Kolestrol bergerak dalam darah melalui gabungan protein. Ia dikenali sebagai Lipoprotein . Lipoprotein dibahagikan mengikut ketumpatan; ketumpatan tinggi- High density, ketumpatan rendah- Low density atau berketumpatan sangat rendah- Very low density. 



Low density lipoprotein (LDL): Juga dikenali sebagai kolestrol jahat, boleh menyebabkan pembinaan plak pada dinding arteri. Lebih banyak LDL dalam darah, lebih tinggi risiko mengalami penyakit jantung.


High density lipoprotein (HDL): Juga dikenali sebagai kolestrol baik yang brfungsi menyingkirkan kolestrol jahat dalam darah. Lebih tinggi HDL dalam darah, lebih baik untuk tubuh badan. Jika aras HDL rendah, risiko penyakit jantung akan meningkat.

Very low density lipoproteins (VLDL) : Hampir sama dengan kandungan LDL. Namun ia lebih banyak lemak berbanding protein.

Trigliserida : Kumpulan lain lemak yang dibawa dalam darah dan mempunyai ketumpatan lipoprotein yang rendah. Ia terhasil daripada lebihan kalori, gula atau aalkohol dan disimpan dalam bentuk lemak dalam badan.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi aras kolestrol. Antaranya termasuklah:

Diet- Lemak tepu dan kolestrolbanyak terkandung dalam makanan. Untuk merendahkan aras lemak, ambil makanan yang rendah lemak dan kolestrol dalam menu harian. Minyak ikan yang kaya dengan omega 3 seperti Omegaguard Shaklee bertindak sebagai pembersih kolestrol. Pengambilan minyak ikan yang konsisten setiap hari dapat merendahkan aras LDL serta meningkatkan aras HDL. 

Berat badan- Kegemukkan juga menyumbang kepada tingginya aras kolestrol. Ini disebabkan lemak2 tepu yang disimpan dalam badan berupaya ditukarkan menjadi kolestrol. Usaha menurunkan berat badan secara tidak langsung akan menurunkan paras LDL dan keseluruhan kolestrol.

Bersenam- Kerap bersenam membantu menurunkan LDL dan meningkatkan aras HDL. Lakukan dengan bergerak aktif selama 30 minit sehari.

Usia dan jantina- individu yang lebih berusia lebih berpotensi untuk mendapat kolestrol tinggi. Selain itu wanita yang belum menopause lebih rendah kadar kolestrol berbanding lelaki. Namun demikian, selepas menopause, potensi aras LDL meningkat juga tinggi.

Pesakit Diabetes- Individu yang menghidap diabetes dan tidak mengawal aras gula akan meningkatkan aras kolestrol. Pengawalan gula dalam darah membantu merendahkan aras kolestrol.

Genetik- Faktor genetik juga boleh menentukan banyak mana kolestrol dihasilkan dalam badan

Faktor lain- Ubat-ubatan juga boleh menyebabkan aras kolestrol meningkat naik. Sangat penting untuk dapatkn nasihat daripada pakar perubatan sebelum ambil sebarang ubat yang mempunyai steroid.

Entri akan datang saya akan kongsikan mengenai simptom-simptom individu yang mempunyai aras kolestrol yang tinggi dan langkah-langkah pencegahan dengan lebih terperinci. 

Salam sayang
-Ummu Hannah Harith-

20 May 2014

Tips Mencegah Sakit Mata daripada Merebak

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Apa khabar?Alhamdulillah saya sihat. Nak cerita, baru2 ni sayadiuji dengan sakit mata. Alhamdulillah. kali terakhir kena sakit mata ketika usia saya 15 tahun. Masa tu saya berjangkit dari adik saya yg terpaksa pulang dari asrama sebab wabak sakit mata. 16 tahun berlalu baru diuji dengan sakit mata semula.

Bila diingat semula bagaimana rasa sakit mata masa umur 15 tahun, saya rasakan teramat sakit. Perasaannya seperti hendak terkeluar biji mata terutama ketika tunduk dan sujud ketika solat. Tetapi baru ni saya dapati rasa sakit itu boleh diatasi. Mungkin sebab saya pernah merasakan kesakitan masa bersalinkan anak2 menyebabkan rasa sakit itu skalanya jatuh jadi 1 atau 2 daripada 10.

Entri kali ni saya nk kongsikan mengenai cara dan bagaimana nak elakkan daripada menjangkiti org lain. Sebelum itu mari kita kenali mengenai sakit mata.

Sakit mata atau lebih dikenali sebagai Conjunctivitis merupakan sakit yang menyebabkan mata kemerahan yang berlaku di conjunctiva atau lebih dikenali sbg lapisan luar mata.


conjunctivitis- mata merah disebabkan jangkitan bakteria/kuman/allergi- google image
Sakit mata disebabkan allergi- sumber imej google pics
Sakit mata akibat jangkitan bakteria- sumber imej google pics


Apakah yang menyebabkan sakit mata? Ada banyak sebab. Antaranya:

~Virus
~Bakteria
~Alahan

Kebiasaanya, sakit mata yang disebabkan jangkitan bakteria, virus dan allergi boleh dibezakan dengan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit. 

Viral - Kebiasaanya pesakit akan turut mengalami jangkitan pada salur pernafasan (respiratory tract), batuk atau sakit tekak. Selain itu juga juga mata menjadi gatal dan berair. Sakit mata tersebut bermula dengan sebelah mata kemudian merebak ke sebelah lagi.

Allergi - Sakit mata yang disebabkan allergi atau alahan biasanya akan bermula dengan kemerahan di bahagian mata putih. Punca alahan berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Simptomnya  diikuti dengan kemerahan yang disebabkan gosokan mata, rasa gatal serta penegularan air mata yang sangat banyak. Simtom sakit mata ini disebabkan pembebasan histamin( sejenis hormon yg bertindak melawan patogen) yg menyebabkan stimulasi pada salur darah yang akhirnya menyebabkan kegatalan serta pengeluaran air mata yang banyak


Bakteria- Jangkitan disebabkan bakteria biasanya akan mengakibatkan mata mengeluarkan mukus. Biasanya ia akan bermula pada sebelah mata kemudian merebak ke sebelah lagi. Bakteria yang menjangkiti mata akan menyebabkan kegatalan dan menyebabkan mata menghasilkn mukus berwarna kekuningan. Ia seterusnya akan menyebakan kelopak mata melekat antara satu sama lain terutama ketika bangun dari tidur.


Bagaimana cara merawat sakit mata?

Sakit mata biasanya diubati dengan cara mengambil ubat titis mata. Selai itu juga, doktor akan memberikan krim antibiotik sekiranya sakit mata tersebut disebabkan jangkitan bakteria. Ketika saya dijangkiti sakit mata baru ini, saya gabungkan pengambilan ubatan dan juga tingkatkan kesihatan serta imuniti badan saya. Antaranya saya amalkan pengambilan Zinc, Vitamin C Sustained release Shaklee, Garlic Plus serta Nutriferon. Bagaimana dan untuk apa? Saya ambil 2 biji Zinc, Vitamin C dan Garlic Plus setiap satu sebagai antibiotik semulajadi badan saya. Disebabkan suami saya hanya memberikan krim sapu antibiotik, maka saya ambil sendiri antibiotik natural daripada supplement semulajadi. Nutriferon pula saya ambil 1-3 sachet setiap hari bergantung pada keadaan mata. Nutriferon berupaya mengkatifkan interferon supaya peka pada sebarang serangan bakteria dan secara tidak langsung meningkatkan immuniti tubuh.

Alhamdulillah untuk sakit mata kali ini, hanya saya seorang yang diuji. Sebagai usaha untuk mencegah dari menjangkiti org lain, saya lebih banyak berada dalam rumah berbanding diluar. Untuk anak-anak saya yang 24 jam bersama saya, hanya doa yang diiringi serta usaha pencegahan saya lakukan daripada menjangkiti mereka. Antaranya sentiasa memastikan tangan yang menyentuh mereka tidak langsung selepas saya membersihkan mata. Selain itu juga, saya membekalkan mereka Nutriferon sebagai usaha untuk menguatkan immuniti tubuh mereka. Alhamdullillah usaha tersebut diperkenan Allah. 

Walau apa pun keadaan ketika sakit, satu yang saya amalkan ialah sentiasa positif. Sentiasa bersyukur bila diuji dengan sakit sebab ketika sakit ini pelbagai rahmat yg Allah kurniakan. Antaranya sebagai penghapus dosa. Selain itu juga, ketika sakit, doa hambanya inshaAllah diperkenan. Rasa syukur ini secara tidak langsung akan meringankn rasa sakit itu dan seterusnya menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam setiap ujian kesakitan. Maka Berbahagialah!

Salam Sayang,
Ummu Hannah Harith




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143

♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini








14 May 2014

10 Tips Diet Yang Seronok dan Tidak Menyakitkan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Sejak keguguran baru ni, perkara yang paling merisaukan saya ialah kenaikan berat badan. Sepanjang tempoh mengandung, saya mengalami kenaikan berat badan hampir 5kg walaupun baru 13minggu mengandung. Faktor alahan menyebabkan saya kerap makan.Hihi. sedar tak sedar berat pula naik.

Sebagai langkah untuk menurunkan berat badan, saya amalkan makan supplement semasa mengandung dan ditambah dengan Omegaguard dan lecithin utnuk proses singkir dan bakar lemak. Serta Alfalfa dan herblax untuk detoks dan bersihkan usus.Selain itu saya kongsikan tips yg saya amalkan yang diambil dari webmd.com

10 Tips Kurus yang tidak Menyakitkan


1. Tambah, jangan kurangkan


Lupakan diet yang menyakitkan dan menyebabkan. Elakkan daripada skip makan sebaliknya tambahkan kekrapan makan dengan menambah snek sihat yang kita suka seperti buah epal, anggur dan ceri merah. Selain itu tambahkan sayur-sayuran dalam sup, stew dan menu harian bagi menambah nutrient dalam makanan. Penambahan aktiviti sebelum makan juga membantu proses penurunan berad badan. Sebagai contoh, sebelum makan berjalan2 atau menari dalam tempoh 10 minit untuk menambahkan aktiviti sebelum makan.


2. Lupakan senaman berat-Workout



Senaman sangat membantu untuk menurunkan berat badan. Tapi adakalanya datang mood malas menyebabakan semangat bersenam hilang. Lakukakn aktiviti seperti berbasikal, bermain bola, berkebun, bermain kejar-kejar dengan anak, mendaki bukit dan sebagainya sebagai langkah untuk bersenam. Aktiviti yang menyeronokkan secara tidak langsung meransang kita untuk lebih kerap melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aktiviti tersebut bukan sahaja membakar lemak, malah menguatkn otot dan tulang badan.



3. Pergi Berjalan



Kerap berjalan! Sekiranya bekerja, letakkan kereta di tempat yang jauh untuk menggalakkan berjalan laju dan pantas. Kurangkan penggunaan lift dan lebih banyak menggunakan tangga. Bagi surirumah, bawa anak berjalan di waktu petang, atau naik turun tangga untuk menambah aktiviti berjalan. Melakukan kerja-kerja rumah juga membantu meningkatkan aktiviti berjalan. Bagi mereka yang gemar membeli belah, rajin-rajin berjalan walaupun sekadar window shopping.


4. Ringankan makanan kegemaran 


Ringan disini maksudnya rendahkan sikit kalori makanan yang kita suka. Sebagai contoh, jika kita suka makan kari ayam, gantikan santan dengan susu rendah lemak. Gunakan minyak untuk tumisan makanan dengan minyak zaitun yang kurang kalori berbanding minyak sawit. Walaupun kalori sedikit, kita tidak sedar perbezaan rasa kan?


Semasa proses mengurangkan kalori dalam makanan, tambahkan pengambilan fiber sebelum makan. Fiber seperti Alfalfa, Psyllium Husk, Oat dan sebagainya menyebabkan perut rasa penuh dan kenyang lebih lama. Selain itu, gantikan minuman manis atau karbonat dengan air kosong atau teh atau kopi yang tidak bergula. Teh atau kopi tanpa gula sangat bagus untuk galakkan penurunan berat badan serta 0 kalori.

5. Minum air sebelum makan


Minum air sebelum makan memberi kesan positif kepada ramai orang. Sebenarnya kadangkala badan kita keliru antara lapar dan dahaga. Minum air sebelum makan melegakan tekak, perut pula sedikit penuh menyebabakn kita dapat kawal jumlah makanan yang diambil. Sekiranya berada di majlis kenduri kendara, seeloknya dapatkan air yang kurang manis sebelum makan. Sebagai langkah persediaan, bawalah sebotol kecil air mineral untuk elakkan minum minuman manis yg berkalori tinggi.


6. Kongsi


Salah satu cara untuk mengurangkan makan ialah dengan berkongsi makanan. Jika keluar suami isteri, cari menu yang sama-sama suka dan kongsi pinggan makanan! Selain menjimatkan duit, kalori pun dapat dibahagi dua.


Proses penurunan berat badan lebih seronok jika ada rakan kongsi. Cari rakan yang mempunyai sama matlamat untuk turunkan berat badan. Secara tidak langsung kita akan sentiasa bermotivasi untuk mencapai target menurunkan berat badan.

7. Tune in, Tone up


Tambah aktiviti untuk tone semula badan. Sebagai contoh sambil tonton tv, lakukan aktiviti seperti menari sambil dengar musik, atau paraktis lakukan senaman cardio seperti cardio-boxing. Sekiranya mempunyai basikal statik atau treadmill, lakukan aktiviti kayuhan dan berjalan sambil menonton tv.


Apa jua aktiviti tidak kisah sebenarnya. asalkan badan aktif dan lakukan sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

8. Saiz Memainkan peranan


Makan tanpa rasa bersalah sebenarnya bermula dari meja makan serta alatan makan itu sendiri. Biasanya, sekiranya kita meletakkan jumlah mkanan yang kecil dalam pinggan yang besar, kita akan rasa makanan tersebut cepat habis dan terlalu sedikit. Ini menyebabkan kita merasa lapar lagi dan hendak menambah makanan. Bagi menggalakkan makan dalam kuantiti kecil, gunakan pinggan kecil dan sudu yang kecil. Bila makanan kelihatan penuh, otak kita akan memberi isyarat makanan tersebut cukup dan akan mengenyangkan. Selain itu juga, penggunaan sudu kecil melambatkan proses makanan tersebut habis dan secara tidak langsung memberi masa otak untuk menghantar signal kepada badan, bahawa makana tersebut sudah mencukupi.


9. Kekal Cergas dan makan di meja makan


Ramai memberi alasan mereka makan bila mereka bosan dan stress. Sekiranya timbul keinginan makan semasa dalam keadaan stress, bangun dan mula berjalan secara aktif. Lakukan aktiviti lain yang melekakan seperti bermain game, melukis dan sebagainya. Sekiranya aktiviti tersebut tidak membantu, ambil makanan dan makan di meja makan. Fokus untuk makan tanpa melakukan aktiviti seperti membaca, menonton tv dan sebagainya. ini disebabkan aktiviti tersebut menyebabakn kita tidak sedar telah makan dengan banyak.


10. usaha dan sabar


Akhir sekali bersabarlah dalam proses menurunkan berat badan. Lakukan dengan tenang dan gembira serta konsisten. individu yang konsisten menjaga aktiviti, pemakana dan sentiasa gembira berupaya mengekalkan berat badan yang seimbang tanpa perlu risau kenaikkan berat badan pada masa akan datang.



Dalam proses berdiet dan bersenam, nutrisi yang seimbang sangat penting. Sekiranya nutrisi makanan yang diambil tidak memenuhi keperluan badan, proses penurunan berat badan akan mengambil masa yang panjang. Amalan mengambil makanan tambahan sangat digalakkan bagi memastikan tubuh kekal sihat. Multivitamin seperti Vitalea, Bcomplex dan Ostematrix dapat menampung kekurangan nutrient makanan selain menukarkan lemak dan gula dalam darah untuk menjadi tenaga.


-ummu Hannah Harith-

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

♥ sms/whatsApp: 016-7187143♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini


11 May 2014

3 Vitamin Asas Sebagai Rahsia Kulit Jelita

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Kulit yang sihat dan cantik menjadi idaman setiap wanita terutamanya. Namun demikian, tidak dinafikan lelaki juga turut menjaga kecantikan kulit. Kulit yang sihat dan bersih sedikit sebanyak memberi kesan pada diri dan penampilan seterusnya menambah keyakinan diri.

Apakah makanan terbaik untuk memastikan kulit mendapat vitamin serta keperluan bagi mencantikkan kulit?
Menurut dermatologist Doris Day "Kecantikan kulit boleh dirasakan dari luar dan dalam" iaitu dari pemakanan yang sihat. Makan lebih banyak buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan sangat bagus untuk tubuh badan dan kulit.

Antioksidan seperti beta-carotene dan vitamin C, E dan A membantu menghalang kerosakkan yang disebabkan molekul yang tidak stabil yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan kesan penuaan pada kulit dan tubuh badan.

carotomax sebagai sumber vitamin A dalam bentuk Beta Carotene
Selain itu, amalan pemakanan yang terdiri dripda kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran juga cara terbaik untuk mendapatkan sumber antioksidan. Buah seperti blueberri, strawberi, anggur serta sayuran seperti tomato, bayam dan sebagainya sangat bagus untuk kulit keranan mengandungi antioksidan seperti lycopene. 

Bagi individu yang mengamalkan omega 3 dalam diet harian mereka, bonus mendapat hasil kulit cantik juga kerana asid lemak omega-3 membantu lapisan luar kulit jadi kuat serta menghalang kesan pencemaran dari luar terhadap kulit dan tubuh badan. Contoh makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 ialah salmon, ikan sardin, telur dan juga walnut.

Pengambilan supplement dalam pemakanan harian tidak dinafikan sangat membantu untuk mendapatkan hasil kulit dan badan yang sihat.Antara Supplement Shaklee yang sangat bagus untuk kulit ialah Vitamin C Sustained Release, Carotomac sebagai sumber Vitamin A dan Vitamin E with grape seed extract sebagai sumber Vitamin E.

Vitamin E yang diperkaya dengan biji anggur merupakan antioksidan yang melawan radikal bebas dalam badan.
 Bagi individu yang tidak dapat pastikan pengambilan nutrisi yang seimbang, perokok atau terdedah pada perokok sangat berisiko tinggi terdedah pada radikal bebas. Selain itu, amalkan minum air yang mencukupi untuk keperluan tubuh.
pengambilan Vitamin C perlu ditingkatkan terutama jika terdedah kepada asap rokok.

Selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang berserta air yang mencukupi, tidur yang berkualiti serta melakukan senaman juga membantu menghasilkan kulit yang sihat dan cantik. Penggunaan pelindung sinaran matahari, sunscreen block juga penting bagi mengelakkan kulit dari terkena sinaran uv.

Sabar sebagai kunci 

Kulit yang sihat dan cantik bukanlah bermula dengan sehari dua penjagaan. Sebaliknya memerlukan masa untuk dibaik pulih serta memerlukan kesabaran yang tinggi bagi setiap individu. Menurut pakar kulit, "berikan tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan untuk melihata kesan baik pulih kulit.




salam sayang;
ummu Hannah Harith






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini














10 May 2014

Tarbiyah

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dah masuk bulan Mei tahun 2014. Sedar tak sedar hampir setengah tahun sudah. Masa berlalu sangat cepat. Bila bekerja dari rumah, semua pun rasa nk buat dengan segera. Makanya ummi pun duduk la bertapa dalam SOHO lama sikit dari biasa.

Alkisah, cerita semalam.








Tak terkata ummi. Hihi..sabar aje la. Sebelum tu ada cakap dengan walid," Ummi risau ni, lengan ni dah makin naik. "
Balik solat Jumaat walid senyum. Dapat tarbiyah dari Allah. Excercise bersihkan lantai, bersihkan sofa berkali2. Pasrah. Alhamdulillah. Senyum je la.

Penat memang penat. Bersihkan bedak bukan boleh sekali lap. Mesti berkali2 baru hilang. Tapi fikir semula, merungut x dapat apa. Zikir je lah. Sangka baik. Allah sedang didik Ummi dalam proses besarkan anak-anak.

Memang kena telan Bcomplex setiap hari, sebagai nutrisi utk kawal marah dan stress. Selain tu Vitalea utk tenaga. Cinch tea pun minum sekali. Sebab dah alang2 bersiih rumah, bakar sekali lemak dengan boost metabolisma. Memang berpeluh semalam.

Bebelan Hari ini.

Nanti kita cerita lagi.

-Ummu Hannah Harith-




24 April 2014

Berpuasa dan menyusukan si kecil

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah. Lagi beberapa bulan, kita akan menyambut ketibaan ramadhan. Bagi ibu2 yang belum qada puasa, mari kita sama2 ganti puasa.

Bagi ibu yang mengandung dan menyusukan, Allah taala memberi rukhsah utk tidak berpuasa sekiranya keadaan memerlukan supaya tida berpuasa. Pengalaman saya semasa mengandungkn Hannah menyebabkn saya hanya mampu berpuasa 7hari sahaja. Atas nasihat doktor, saya tidak digalakkn berpuasa disebabkn alahan yang sngt teruk 😊

Pengalaman kedua pula saya melahirkn Harith 2minggu sebelum puasa. Iaitu pada 15syaaban. Hihi. Dah tentu saya sebulan tidak melaksanakan ibadah puasa. Episod mengganti puasa sangat mencabar. Sebab saya menyusukan anak serta mengalami masalah sembelit yg teruk.

Kali ini saya kongsikan pengalaman menggantikan puasa disamping menyusukan Harith. Alhamdulillah dipermudahkn. Usia harith yg hampir 2tahun tidak merisaukan saya mengenai keperluan penyusuannya. 

Bagaimana nk puasa sekiranya menyusukan? Tak rasa lapar? Letih? 

Pertama sekali utk berpuasa dan menyusukan, elakkan dari tidak bersahur. Saya sendiri akan usaha untuk bangun seawal pagi dan makan nasi 😁. Sumber katbohidrat sangat penting bagi mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Jika terdapat kurma, jangan lupa utk makan. Sangat bagus utk sumber tenaga. Minuman protein seperti Esp juga saya ambil sebelum mkn nasi. Ini bg menambahkn rasa kenyang serta mengurangkn kuantiti nasi yg saya ambil 😁

Bagi memastikan badan cergas dan bertenaga, saya pastikan saya ambil beberapa vitamin. Vitalea, bcomplex dan vitamin c saya ambil selepas makan. Kenapa perlu? Bagi saya, makanan saya di waktu pg amatlah terhad. Bayangkn, ada masanya saya ambil nasi dan telurgoreng  sahaja. Dah tentu nutrisi utk bdn saya tidak lengkap.😊 Jadi pengambilan vitamin2 tersebut sangat membantu.

Vitalea sbg multivitamin asas yg kaya dengan iron. Bcomplex utk tukarkan gula dlm darah menjadi tenaga serta kurang letih. Manakala vitamin c pula sebagai booster utk penyerapan nutrisi lebih effektif.

Bagaimana dengan pengambilan air?

Bagi mengelakkan dehidrasi yg melampau disebabkan menyusukn anak, saya minum air lebih kurang 1 liter semasa sahur. Macam mana nk minum banyak tu? Saya minum beberapa cawan bersaiz besar 😊 memang kembung perut tp sekejap sahaja. Akhir sekali saya minum minuman elektrolit perfomance drink utk kekalkan eletrolit dlm bdn.

Bagi mereka yg mengalami gastrik, ada tips dr rakan saya yg mengambil peppermint ginger plus semasa sahur. Alhamdulillah sangat membantu mengelakkan masalah 'heart burn'

Sekian dulu tips berpuasa dari saya. Nanti saya kongsi lagi perkara yg membantu ibu2. Semoga memberi manfaat ya 😊

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015