11 November 2014

Diaperless. Bagaimana?

Teks: Nor S'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah diberi kesihatan yang semakin baik dari hari ke hari. Beberapa hari yang lepas, saya mula melakukan latihan untuk "off" diaper anak saya Hannah.

Bila masa yang sesuai sebenarnya? Berdasarkan pengamatan saya melalui pengalaman kawan-kawan ialah ketika anak tersebut sudah mula bercakap atau sudah faham komunikasi. Kalau nak ikut keadaan, Hannah dah boleh dilatih seawal usia 2 tahun. Namun mak dia yang x rajin. hihi

Ok, perkara asas yang perlu saya buat untuk latihan ini ialah persediaan mental dan fizikal yang kuat. Sebelum ni, saya pernah latih hannah dalam keadaan saya mabuk pregnant. Kesannya, saya stress, penat, jadi pemarah dan akhirnya 'give up'. Jadi mak-mak perlu kuat semangat dan rajin.

Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah gulun semua karpet2 yang ada di segenap ruang. Ini disebabkan kebarangkalian berlaku tragedi terkencing tu sangat biasa. Bagi memudahkan proses pembersihan, ada baiknya bersedia sebelum terkena kan?

Seterusnya tanya anak adakah mereka nk buang air. Awal2 saya perasan, Hannah agak marah bila ditanya. Almaklum la, selang beberapa minit ditanya.
Bagi mengelakkn dari kerap tanya, saya beri lebih perhatian pd setiap gerak geri hannah.sekiranya dia minum air/ambil sebarang makanan yg menggalakan kencing serta melawas, saya lebih kerap bertanya.

Akhir sekali letak keyakinan pd anak td. Saya sering katakan pd Hannah yg dirinya perlu berdikari dan sudan besar. Sentiasa beri kata2 yang memberangsangkn supaya dia lebih yakin. Akhirnya dalam tempoh kurang 3hari, Hannah boleh dikatakn 90% bebas dr diaper. 10% lagi pakai masa tidur

Oh ya. Serius ni.elakkan rasa stress bila lakukan latihan ni.seeloknya lakukan dalam keadaan seronok dan gembira. Agak2 rasa stress tu check semula.makan bcomplex x?hihi. Amalkan  pemakanan yg sihat utk pastikan bdn sihat dan gembira






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015