14 May 2014

10 Tips Diet Yang Seronok dan Tidak Menyakitkan

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Sejak keguguran baru ni, perkara yang paling merisaukan saya ialah kenaikan berat badan. Sepanjang tempoh mengandung, saya mengalami kenaikan berat badan hampir 5kg walaupun baru 13minggu mengandung. Faktor alahan menyebabkan saya kerap makan.Hihi. sedar tak sedar berat pula naik.

Sebagai langkah untuk menurunkan berat badan, saya amalkan makan supplement semasa mengandung dan ditambah dengan Omegaguard dan lecithin utnuk proses singkir dan bakar lemak. Serta Alfalfa dan herblax untuk detoks dan bersihkan usus.Selain itu saya kongsikan tips yg saya amalkan yang diambil dari webmd.com

10 Tips Kurus yang tidak Menyakitkan


1. Tambah, jangan kurangkan


Lupakan diet yang menyakitkan dan menyebabkan. Elakkan daripada skip makan sebaliknya tambahkan kekrapan makan dengan menambah snek sihat yang kita suka seperti buah epal, anggur dan ceri merah. Selain itu tambahkan sayur-sayuran dalam sup, stew dan menu harian bagi menambah nutrient dalam makanan. Penambahan aktiviti sebelum makan juga membantu proses penurunan berad badan. Sebagai contoh, sebelum makan berjalan2 atau menari dalam tempoh 10 minit untuk menambahkan aktiviti sebelum makan.


2. Lupakan senaman berat-Workout



Senaman sangat membantu untuk menurunkan berat badan. Tapi adakalanya datang mood malas menyebabakan semangat bersenam hilang. Lakukakn aktiviti seperti berbasikal, bermain bola, berkebun, bermain kejar-kejar dengan anak, mendaki bukit dan sebagainya sebagai langkah untuk bersenam. Aktiviti yang menyeronokkan secara tidak langsung meransang kita untuk lebih kerap melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aktiviti tersebut bukan sahaja membakar lemak, malah menguatkn otot dan tulang badan.



3. Pergi Berjalan



Kerap berjalan! Sekiranya bekerja, letakkan kereta di tempat yang jauh untuk menggalakkan berjalan laju dan pantas. Kurangkan penggunaan lift dan lebih banyak menggunakan tangga. Bagi surirumah, bawa anak berjalan di waktu petang, atau naik turun tangga untuk menambah aktiviti berjalan. Melakukan kerja-kerja rumah juga membantu meningkatkan aktiviti berjalan. Bagi mereka yang gemar membeli belah, rajin-rajin berjalan walaupun sekadar window shopping.


4. Ringankan makanan kegemaran 


Ringan disini maksudnya rendahkan sikit kalori makanan yang kita suka. Sebagai contoh, jika kita suka makan kari ayam, gantikan santan dengan susu rendah lemak. Gunakan minyak untuk tumisan makanan dengan minyak zaitun yang kurang kalori berbanding minyak sawit. Walaupun kalori sedikit, kita tidak sedar perbezaan rasa kan?


Semasa proses mengurangkan kalori dalam makanan, tambahkan pengambilan fiber sebelum makan. Fiber seperti Alfalfa, Psyllium Husk, Oat dan sebagainya menyebabkan perut rasa penuh dan kenyang lebih lama. Selain itu, gantikan minuman manis atau karbonat dengan air kosong atau teh atau kopi yang tidak bergula. Teh atau kopi tanpa gula sangat bagus untuk galakkan penurunan berat badan serta 0 kalori.

5. Minum air sebelum makan


Minum air sebelum makan memberi kesan positif kepada ramai orang. Sebenarnya kadangkala badan kita keliru antara lapar dan dahaga. Minum air sebelum makan melegakan tekak, perut pula sedikit penuh menyebabakn kita dapat kawal jumlah makanan yang diambil. Sekiranya berada di majlis kenduri kendara, seeloknya dapatkan air yang kurang manis sebelum makan. Sebagai langkah persediaan, bawalah sebotol kecil air mineral untuk elakkan minum minuman manis yg berkalori tinggi.


6. Kongsi


Salah satu cara untuk mengurangkan makan ialah dengan berkongsi makanan. Jika keluar suami isteri, cari menu yang sama-sama suka dan kongsi pinggan makanan! Selain menjimatkan duit, kalori pun dapat dibahagi dua.


Proses penurunan berat badan lebih seronok jika ada rakan kongsi. Cari rakan yang mempunyai sama matlamat untuk turunkan berat badan. Secara tidak langsung kita akan sentiasa bermotivasi untuk mencapai target menurunkan berat badan.

7. Tune in, Tone up


Tambah aktiviti untuk tone semula badan. Sebagai contoh sambil tonton tv, lakukan aktiviti seperti menari sambil dengar musik, atau paraktis lakukan senaman cardio seperti cardio-boxing. Sekiranya mempunyai basikal statik atau treadmill, lakukan aktiviti kayuhan dan berjalan sambil menonton tv.


Apa jua aktiviti tidak kisah sebenarnya. asalkan badan aktif dan lakukan sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

8. Saiz Memainkan peranan


Makan tanpa rasa bersalah sebenarnya bermula dari meja makan serta alatan makan itu sendiri. Biasanya, sekiranya kita meletakkan jumlah mkanan yang kecil dalam pinggan yang besar, kita akan rasa makanan tersebut cepat habis dan terlalu sedikit. Ini menyebabkan kita merasa lapar lagi dan hendak menambah makanan. Bagi menggalakkan makan dalam kuantiti kecil, gunakan pinggan kecil dan sudu yang kecil. Bila makanan kelihatan penuh, otak kita akan memberi isyarat makanan tersebut cukup dan akan mengenyangkan. Selain itu juga, penggunaan sudu kecil melambatkan proses makanan tersebut habis dan secara tidak langsung memberi masa otak untuk menghantar signal kepada badan, bahawa makana tersebut sudah mencukupi.


9. Kekal Cergas dan makan di meja makan


Ramai memberi alasan mereka makan bila mereka bosan dan stress. Sekiranya timbul keinginan makan semasa dalam keadaan stress, bangun dan mula berjalan secara aktif. Lakukan aktiviti lain yang melekakan seperti bermain game, melukis dan sebagainya. Sekiranya aktiviti tersebut tidak membantu, ambil makanan dan makan di meja makan. Fokus untuk makan tanpa melakukan aktiviti seperti membaca, menonton tv dan sebagainya. ini disebabkan aktiviti tersebut menyebabakn kita tidak sedar telah makan dengan banyak.


10. usaha dan sabar


Akhir sekali bersabarlah dalam proses menurunkan berat badan. Lakukan dengan tenang dan gembira serta konsisten. individu yang konsisten menjaga aktiviti, pemakana dan sentiasa gembira berupaya mengekalkan berat badan yang seimbang tanpa perlu risau kenaikkan berat badan pada masa akan datang.



Dalam proses berdiet dan bersenam, nutrisi yang seimbang sangat penting. Sekiranya nutrisi makanan yang diambil tidak memenuhi keperluan badan, proses penurunan berat badan akan mengambil masa yang panjang. Amalan mengambil makanan tambahan sangat digalakkan bagi memastikan tubuh kekal sihat. Multivitamin seperti Vitalea, Bcomplex dan Ostematrix dapat menampung kekurangan nutrient makanan selain menukarkan lemak dan gula dalam darah untuk menjadi tenaga.


-ummu Hannah Harith-

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk  SHAKLEE boleh hubungi saya di:


Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

♥ sms/whatsApp: 016-7187143♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015