18 February 2015

5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Berat 1-2KG Seminggu

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Saya doakan pembaca mommy notes sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bahagia InshaAllah. Baiklah hari ni saya nak kongsi dengan pembaca 5 tips mudah untuk hilangkan berat badan 1-2 kg seminggu. Jangan marah ye selalu cerita pasal tips2 kurus. Sebab saya rasa terpanggil nak kongsi memandangkan ramai org sekeliling saya mengalami masalah berat badan lebih2 lagi ibu yang dah beranak pinak macam saya. :)

Baiklah, jom kita teruskan dengan 5 tips tersebut.

1. Elakkan Karbohidrat dan Makanan Berlemak

Tak boleh makan nasi ke? Sebenarnya boleh makan nasi. Bagi org yang dah biasa makan nasi, tiba2 tak makan nasi jadi mengigil pula kan? Mulakan dengan pengurangan kuantiti nasi. Sekiranya makan dengan pinggan yang besar, gunakan pinggan lebih kecil untuk sukat nasi. Pengalaman suami saya sendiri, beliau tidak makan nasi dapat kurangkan kilogram lebih cepat berbanding saya yang makan nasi sedikit. Tapi kena ikuti step kedua dibawah jika tak nak ambil nasi seperti suami saya.

2. Penuhkan 1/4 pinggan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein

Pinggan makan yang kita akan nikmati mestilah dipenuhi dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein. Biasanya apa yang saya amalkan ialah, makan sayuran hijau yang dimasak seperti bayam, kangkung, salad dan sebagainya. Jangan lupa juga ambil protein seperti ikan, daging atau ayam dalam pinggan makan anda. Untuk elakkan jemu, variasikan menu protein. Sekiranya harini dah makan ikan, gilirkan dengan ayam dan daging pada hari akan datang. Pinggan makan anda wajib dibahagikan kepada, 1/4 bahagian sayur, 1/4 bahagian protein dan 1/4 bahagian buah-buahan dan 1/4 bahagian nasi. Saya galakkan bagi mereka yang nak makan nasi, gantikan dengan nasi beras perang kerana ia kurang diproses serta kurang kanji. Gambar dibawah merupakan gambarajah pinggan makan anda sepatutnya.

maaf gambar kurang cantik. Lakaran tangan sendiri sahaja

Satu tips yang saya nak kongsikan masa makan ialah, makan bertertib. Tertib macam mana tu? Biasanya saya mulakan hidangan saya dengan minum segelas air kosong. Kemudian saya makan buah2an diikuti dengan bahagian sayur-sayuran, protein dan akhir sekali nasi. Hihi. tips ini berjaya mengajar saya untuk makan nasi dengan kuantiti yang amat sedikit. Sebab apa?sebab perut saya dah dipenuhi dengan air dan fiber dari buah-buahan dan sayuran serta sumber protein.

3. Elakkan mengambil minuman manis semasa makan

Sewaktu menikmati hidangan, jangan sertakan dengan air manis! Cukup sekadar air kosnng. Sebab air manis mempunyai kalori walaupun sedikit. Ada yang kata tak apa, lepas minum air manis bilas dengan air kosong. Kesannya tak sama ye. Sebab gula yang terkandung dalam air akan tetap diproses badan. Ia akan ditukarkan menjadi lemak sekiranya tidak digunakan. Macam mana kalau teringin? Rasa tak selera tak ada air manis. Saya sendiri option kan dengan minuman isotonik Shaklee, Perfomance Drink. Sedap.hihi. rasa oren dan yang pasti  tak ada gula malah bagus untuk badan.

4. Ambil makanan tambahan 

Secara personal, saya galakkan ambil makanan tambahan selepas makan. Seoerti biasa saya ambil supplement Shaklee seperti berikut:
  • Vita-lea sebagai multivitamin asas. Fungsi untuk topup mana2 nutrient yang kurang dalam menu harian.
  • Bcomplex untuk membantu proses penukaran gula menjadi tenaga
  • Vitamin C sebagai sumber antioksidan. Biasanya makanan yang dimasak sangat mudah kehilangan vitamin C, jadi sangat penting bagi saya untuk pastikan vitamin c ini cukup
  • OmegaGuard untuk cepatkan pembakaran lemak
  • Lecithin untuk berkerjasama bersama omegaguard memerangi lemak
Ada baiknya ambil supplement semasa diet. Ini disebabkan, ketika makan, kita ada kecenderungan untuk makan lebih banyak disebabkan kurangnya nutrisi badan. Kadangkala bila kita kekurangan samaada asid lemak seperti omega 3, ia akan menyebabkan badan tersilap hantar signal mengatakan kita lapar. Rujuk sini untuk lebih info mengenai lapar dan omega 3.

5. Tambahkan aktiviti fizikal 10 minit sehari

Sekiranya sibuk, mulakan dengan aktiviti mudah yang paling ringkas iaitu berjalan. Jika individu berkerja, paling mudah untuk dilakukan ialah dengan cara berjalan jauh sdikit dari tempat kereta diletakkan ke pejabat. Atau paling senang, gunakan tangga berbanding lift. Bagi suri rumah/ yang bekerja dirumah, bawa anak2 ke berjalan disekeliling taman pun blh dijadikan aktiviti.

Sekian dulu perkongsian saya. Semoga membantu. Alhamdulillah tips2 diatas memang saya amalkan dan sangat2 membantu. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Apa pun saya sangat berbesar hati sekiranya pembaca yang berjaya dengan tips ini berkongsi dengan saya.

Salam sayang

| Adah Talib | 0167187143 | norsaadahabdultalib@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015