10 February 2014

Apakah perkara yang perlu saya amalkan semasa mengandung?

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 10 dalam bln kedua tahun 2014. Selepas diberitakan dengan kehadiran org baru yang bakal lahir awal bln 10 nanti, perasaan saya sangat teruja. Gembira walaupun pada masa yang sama sangat penat dengan 2 anak kecil yang sedang membesar. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan? Saya mengguruskan anak sendiri dan pada masa yang sama menguruskn perniagaan Shaklee dan aktiviti Syarikat kecil saya dan suami.

Pertama sekali sebagai ibu, saya perlu ingat keluarga adalah amanah utama yang perlu saya tunaikan hak mereka. Anak-anak perlukan perhatian dan didikan serta asuhan. Adakalanya keadaan emosi saya yang penat menyebabkan saya selalu terlupa sehingga memarahi mereka. Bagi mengatasi masalah tersebut saya kongsikan apa yang saya aplikasikan dalam mengurus emosi, kerja dan kesihatan saya.

Baca Al-Quran setiap hari
Secara jujur, adakalanya dalam kesibukkan menguruskan keluarga dan kerja alasan untuk tidak sempat membuka lembaran Al-Quran ini merupakan sebab utama malas membaca Al-Quran. Peruntukkan masa 10 minit setiap kali selepas solat untuk membaca Al-Quran dan maknanya. InshaAllah akan membantu mengawal emosi ibu. Bagi ibu yang hamil, bacaan surah berikut sangat digalakkan dalam hari-hari mendatang:


  • Al-Fatihah: menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  • Maryam: memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat
  • Luqman: Melahirkan anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Yusuf: Anak yang dilahirkan cantik rupa dan akhlak
  • Hujurat: Membanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Yaasin: Menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan dan maksiat
  • A-Taubah: membersihkan jiwa dan pelihara dari maksiat
  • An-Nahl: melahirkan anak yang berdisiplim
Istighfar, Selawat Dan Zikir
Amalan istighfar sekurang-kurangnya 100 x sehari membantu memmbersihkan diri dari dosa yang menjadi hijab dalam memudahkan urusan harian. Selawat pada Rasulullah pula sebagai tanda kasih kepada Baginda yang telah menyempurnakan ajaran islam serta membantu memberi syafaat di akhirat kelak.zikir-zikir seperti ya Wahhab, Ya Razzaq dan 99 nama Allah juga membantu menenangkan jiwa sekiranya diamalkan selalu. Selain itu juga, amalan2 berikut jika diamalkan membawa kepada keberkatan hidup, rezeki serta dipermudahkan urusan harian

Jaga Kesihatan, Emosi dan Pemakanan
Kesihatan semasa tempoh kehamilan sangat mudah terganggu sekiranya tidak dijaga dengan baik. Ini disebabkan, badan ibu sedang menyesuaikan perubahan utk membenarkan bayi membesar dalam perut. Ibu hamil perlu makan dengan lebih kerap pada kuantiti yang sedikit. Banyakkan minum air kosong berbanding air manis. Ini disebabkan air manis menggalakkan pertumbuhan bakteria dikawasan sulit ibu. Sekiranya tidak dikawal, jangkitan pada salur kencing akan mudah didapati oleh ibu hamil dan menyebabkan rasa sakit dibahagian ari-ari.

Perubahan hormon estrogen dan progestron yang meningkat naik dari hari ke hari sedikit sebanyak mempengaruhi emosi ibu. Ibu perlu lebih bertenang, rehat serta lebih banyak senyum bagi mengurangkan tekanan. Menurut org lama, emosi ibu akan mempengaruhi anak selepas dilahirkan. Jika ibu sentiasa masam, tertekan dan marah-marah, anak yang dilahirkan juga bakal mewarisi sikap sebaliknya.


Jaga hubungan dengan Pencipta, Suami, Ibu bapa dan ahli keluarga 
Hubungan antara pencipta merupakan perkara utama yang perlu diambil kira oleh setiap organg tidak kira ibu hamil atau tidak. Ini kerana kita semua diciptakan untuk ibadah kepada Allah. Akidah mengesakan Allah adalah paling utama. Selain itu hukum hakam, tuntutan syarak seperti kewajipan solat 5 waaktu, kewajipan menutup aurat, puasa dan sebagainya perlu dijaga. Secara umum, kebanyakkan wanita diluar tidak menjaga aurat dengan sempurna. Adakalanya bertudung tapi berlengan pendek, bertudung tapi tidak berstokin dsb. walaupun kecil, impaknya sangat besar.

Hubungan sesama keluarga juga penting. Lebih-lebih lagi hubungan sesama suami dan ibu bapa. Kadangkala perasaan penat, emosi yang bercelaru boleh menyebabkan isteri terlupa akan kewajipannya untuk hormat suami dan ibu bapa. Dalam hal ini, zikir sangat-sangat membantu bagi mengawal fikiran dan jiwa.

Kehamilan merupakan suatu proses yang sepatutnya dinikmati oleh setiap wanita. Kerana, ketika itu, Allah memberikan segala yang terbaik buat ibu lebih-lebih lagi ganjaran pahala. Jadi ibu perlu lebih tenang, gembira serta sentiasa berlapang dada dalam menghadapi hari-hari mendatang.

:)

Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015