Assalamualaikum wbt
Susulan daripada masalah muntah-muntah yang dialami oleh Harith tidak sembuh sepenuhnya, saya bertindak meminta pandangan daripada pengasuh anak-anak saya semasa bekerja dahulu. Berdasarkan pengalaman beliau yang telah lama menjadi ibu serta mengasuh bayi dan kanak-kanak, kemungkinan besar Harith mengalami kembung perut disebabkan 'kalah' dengan mee kuning. Sehari sebelum insiden muntah-muntah, Harith sangat berselera menikmati hidangan mee kuning sehingga makan 3 pinggan.
Tiada tanda menunjukkan rasa sakit sebelum kejadian muntah-muntah tersebut. Apa yang berlaku, harith akan muntah sejurus selepas makan atau minum. sebagai ikhtiar, pengasuh anak saya menyudukan 1sudu teh 'Gripe Water' pada Harith. Kebetulan baby Ainul dibekalkam dengan gripe water oleh ibunya. Lebih kurang 5minit selepas diberi air tersebut, harith mencangkung dan akhirnya berak serta kelihatan lega. alhamdulillah sangat membantu. Harith tiada masalah sukar berak sebaliknya perutnya kedengaran seperti terdapat gelembung angin bila ditepuk perutnya.
Berikut merupakan ikhtiar yamg dilakukan untuk atasi masalah kembung pada ank saya:
- Beri 1sudu teh gripe water
- Bersihkn najis serta mandikan
- Urut dengan minyak telon di bahagian perut dengan cara urutan ke bawah dari pangkal rusuk ke bahagian pusat.
- Sapukan minyak telon di bahagian tapak kaki, betis serta bahagian lutut
- Tuam perutnya dengan kain yg dihangatkan menggunakan seterika.
- Akhir sekali jaga pemakanannya dengan mengawal pengambilan air, elakkan makanan berminyak dan pedas. Dalam tempoh sehari dua, pemberian bubur kosong sangat digalakkan.
Alhamdulillah sangat membantu. Tidak lama selepas diurut, harith tidur dengan lena disebabkan terlalu letih. Tiada lagi episod muntah yang kerap selepas ikhtiar diatas dilakukan. Bagi memastikan Harith bertenaga, saya beri minuman elektrolit Perfomance drink Shaklee, Vitamin C chewable untuk meningkatkan ketahanan badan serta nutriferon bagi meningkatkan immunitinya.
Apakah Gripe Water
Menurut wikipedia, gripe water merupakan cecair yang diberikan pada bayi yang ada masalah ketidakselesaan perut seperti kembung, sakit gigi, reflux atau apa-apa yang berkaitan perut. Bahan gripe water ini terdiri daripada sodium bcarbonate, dill, ginger, chamomile dan fennel. Sebahagian pembuat gripe water ini mencampurkan sedikit alkohol dalam gripe water. Tapi umat islam tidak perlu bimbang kerana di Malaysia, gripe water dihasilkan adalah halal serta tidak mengandungi alkohol.
![]() |
Gripe Water digunakan secara turun temurun oleh generasi teradahulu bagi melegakan masalah kembung perut |
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk SHAKLEE boleh hubungi saya di:
Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare sila klik LIKE utk info terkini
Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare sila klik LIKE utk info terkini
No comments:
Post a Comment