01 February 2014

Masalah Kesihatan Ibu Hamil (Bahagian 1)

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Kesihatan ibu semasa proses kehamilan sangat rapuh. Ada masanya super sihat, bertenaga dan kuat melakukan kerja-kerja harian. Adakalanya ibu menjadi seorang yang sangat lemah, mudah sensitif serta mudah diserang penyakit.

Dalam tempoh 40 minggu tempoh kehamilan, kebarangkalian ibu merasa tidak selesa boleh disebabkan banyak faktor. Antaranya disebabkan perubahan hormon, kwkurangan nutrient serta perubahan fizikal ibu. Entri kali ini saya fokuskan pada masalah-masalah kesihatan yang biasa dialami oleh ibu ketika tempoh kehamilan. Saya bahagikan kepada 2 bahagian keran terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh terjadi sepanjang tempoh kehamilan.

Anemia
Semasa tempoh kehamilan, isipadu darah ibu bertambah sekuran-kurangnya 50% dari keadaan normal bagi menampung keperluan bayi yang dikandung. Perubahan ini disebabkan pertambahan Plasma dalam darah (bahagian cecair) berbanding sel darah (sel darah merah dan putih) sendiri. Kenaikan plasma darah yg lebih cepat berbanding sel darah menyebabkan protein hemoglobin mengalami jurang perbezaan yang sangat ketara. Hemoglobin berfungsi membawa bekalan oksigen ke seluruh sel. Kekurangan hemoglobin menjadikan punca anemia terjadi dikalangan ibu hamil.


Kebanyakkan anemia terjadi semasa trimester kedua kehamilan. Kesan anemia pada ibu hamil menyebabkan rasa letih yg melampau, denyutan jantung lebih laju, badan kelihatan pucat dan boleh jadi punca ibu hamil mengidam makanan yang tidak masuk akal seperti arang, petrol, kanji dan sebagainya. Perkara ini merupakan petanda si ibu mengalami kekurangan nutrient. Simptom ini dinamakan Pica 

Cara mengatasi:

  • Pastikan pengambilan asid folik, vitamin B kompleks mencukupi untuk keperluan diet harian
  • Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, sayuran hijau, kismis dan makanan tinggi kandungan gandum.
  • Ambil supplement seperti Vitalea yang kaya dengan zat besi jika perlu.

Asthma
Ibu hamil yang mengalami asthma kebiasaannya mengurangkan kebergantungan ubat asthma ketika ini bagi mengurangkan risiko kesan ubat terhadap bayi yang dikandungkan.Kesannya, mereka mudah diserang asthma. Penghidap asthma perlu melakukan pemeriksaan sekuran-kurangnya setiap 4 hingga 6 minggu dalam tempoh kandungan dengan ahli perubatan. Ini bagi memastikan kesihatan ibu dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan.



Cara mengatasi:

  •  Elakkan apa jua perkara yang menyebabkan asthma mudah menyerang dengan memastikan ruang persekitaran bersih, tidak berhabuk serta menenangkan.
  • Pastikan udara dalam keadaan bersih dan sentiasa terbuka bagi menggalakan kitaran udara keluaar masuk yang sihat diruangan harian

Sakit Belakang 
Perkara biasa yang sering dialami oleh ibu hamil ialah sakit belakang. Ini disebabkan perubahan anatomi badan dalam proses penyesuaian bayi yang semakin membesar. Penambaham berat badan, perubahan pusat graviti serta kesan hormon progestron yang tinggi sedikit sebanyak menjejaskan kesan rehat otot, (muscle-relaxing) yang menybabkan terjadi sakit belakang.



Cara mengatasi:

  • Elakkan dari berada dalam sesuatu posisi terlalu lama. sebagai contoh berdiri atau duduk terlalu lama pada suatu masa. Ibu boleh kerap berdiri, berjalan serta melakukan senaman ringan bagi mengelakkan sakit belakang
  • Pelihara postur badan dengan betul dengan cara merehatkan bahu.
  • Aktiviti berenang juga dapat meredakan sakit belakang
  • Pastikan tilam dalam keadaan yang selesa dan menyokong ibu ketika tidur/baring
  • Elakkan pemakaian kasut bertumit tinggi yang menjejaskan postur ibu berjalan
  • Elakkan mengangkat benda dilantai dalam posisi yang salah
  • Tuam belakang badan dengan tuala hangat atau sapukan minyak panas bagi melegakan kesakitan dan diikut dengan rehat yang mencukupi.


Jangkitan Salur Pundi Kencing; Bladder Discomfort
Sepanjang tempoh kehamilan, pundi kencig mendapat tekanan daripada uterus dan cecair badan yang bertambah. Ini menyebabkan ibu lebih kerap buang air kecil dari biasa. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sakit badan, sakit otot dan sebagainya, keadaan untuk kerap ketandas sedikit menyukarkn mereka dan menyebabkan ibu menahan proses pembuangan tersebut. Disebabkan pundi kenci tidak 100% kosong setiap kali proses urinasi, risiko untuk mendapat jangkitan pundi kencig dan salurannya agak tinggi ketika tempoh ini. Ibu yang mengalami tanda-tanda seperti keputihan yang melampau, berbau serta menyebabkan rasa gatal menunjukkan tanda-tanda terdapatnya jangkitan pada pundi kencing.

Cara mengatasi:

  • Kurangkan makanan bergula kerana jangkitan bakteria mudah diperolehi sekiranya kerap memakan makanan manis
  • Tingkatkan pengambilan air dan elakkan mengurangkan jumlah air sekiranya kerap kencing.
  • Ambil yogurt asli bagi menggalakan bakteria baik dalam sistem badan.
  • pakai pakaian dari fabrik kapas berserta lapik seluar dalam bagi memastikan kebersihan dibahagian alat sulit.
  • Cuci dengan air bersih setiap kali selesai buang air kecil


Gusi Berdarah 
Hormon ibu berada dalam keadaan tidak normal daripada biasa. Penambahan hormon estrogen dalam badan salah satunya menyebabkan gusi menjadi lembut dari biasa dan berlakunya peningkatan aliran darah. Ini menyebabkan gusi saangat terdedah dengan risiko untuk berdarah dan dijangkiti terutamanya jika ibu tidak menitikberatkan kebersihan mulut.

Cara mengatasi:

  • pastikan ibu mengambil cukup kalsium berserta protein lengkap seperti produk soya. 
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya vitamin c bagi mengelakkan gusi berdarah.
  • Berhenti merokok kerana asap rokok mengganggu bekalan oksigen yang disalurkan serta menyebabkan kebocoran vitamin c.
  • Berus gigi 3-4 kali menggunakan berus yang lembut serta urut gusi menggunakan jari jika perlu.
  • lakukan pemeriksaan bersama doktot gigi sekuran-kurangnya sekali bagi setiap kehamilan


Diabetes
Terdapat segolongan ibu yang mendapat penyakit diabetes semasa tempoh kehamilan. Ini disebabkan hormon insulin tidak dapat menjalankan fungsingya untuk mengawal aras gula dalam darah disebabkan gangguan hormon yang dihasilkan dari placenta. Aras gula boleh menjadi tinggi dan membahayakan kesihatan ibu serta  bayi menjadi lebih besar dari keadaan normal serta mengalami keadaan aras gula rendah ketika dilahirkan. Selain itu juga keadaan bayi yang besar menyukarkan proses kelahiran. Bayi yang lahir melebihi 4kg dikategorikan sebagai besar dan perlu pemeriksaan lebih teliti selepas kelahiran.

Ibu perlu menjalani ujian darah bagi memastikan aras gula dalam keadaan normal. Kebiasaannya setiap ibu perlu melalui proses berpuasa lebih kurang 12jam sebelum diberi minum segelas air gula dan diambil smapel darah. Sekiranya ibu mempunayi simptom kenaikan berat badan yang mendadak, kerap kencing, rasa dahaga dan rasa lesu yang sangat keterlaluan, kebarangkalian ibu mengalami diabetes adalah sangat tinggi.

Cara mengatasi:

  • makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • elakkan makananyang tinggi kandungan gula dan kalori yang boleh meningkatkan aras gula dalam darah.
  • Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah seperti Enegizing Soy Protein bagi mengawal aras gula dalam darah.
  • Bincang dengan pakar perubatan dan ahli pemakanan bagi memastikan diet yang seimbang sepanjang tempoh kehamilan


Eclampsia dan Pre Eclampsia
PreEclampsia merupakan komplikasi kehamilan yang disebabkan tekanan darah tinggi, edema ( berpeluh dibahagian tangan dan tapak kaki) dan lebihan protein dalam urin. Kebiasaanya ia terjadi pada trimester kedua dan seterusnya dalam tempoh kehamilan. Punca penyakit ini masih belum diketahui. Namun demikian, ibu-ibu yang mempunyai kandungan kembar, penyakit buah pinggang, diabetes, lupus, darah tinggi jangka masa panjang merupakan antara individu berisiko tinggi diserang preeclampsia. Risiko bagi ibu yang mengalami preclampsia untuk menjadi eclampsia adalah kecil. namun demikian, sekiranya tidak dikawal dengan rapi boleh menyebabkan sawan serta koma.

Cara mengatasi:

  • Rehat dalam keadaan yang mencukupi bagi mengelakkan tanda-tanda preeclampsia lebih ketara.
  • Pastikan rujuk dengan pakar sakit puan sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit ini
  • Sekiranya tekanan darah naik secara tiba-tiba, rujuk pakar perubatan bagi mengatasi masalah ini.
  • Pre eclampsia masih tidak diketahui punca, oleh yang demikian, ibu perlu peka dengan perubahan diri dan taraf kesihatan bagi mengelakkan dari terjadinya penyakit ini



Buasir
Buasir merupakan penyakit yang kerap dialami ibu hamil dan adakalanya berlarutan sehingga selepas kelahiran. Pelbagai faktor menyumbang pada terjadimyamasalah buasir seperti keadaan fizikal ibu yang berubah serta perkembangan bayi yang makin membesar dalam rahim. Secara tidak langsung memberi tekanan dan menyukarkan proses kelahiran.

Cara mengatasi:

  • Tingkatkan pengambilan makanan seperti sayur dan buah-buahan. Makanan yang tinggi kandungan fiber seperti roti gandum, barli dan sebagainya dapat melembutkn najis serta mengelakkan terjadinya najis keras yang menyebabkan luka.
  • minum air mencukupi. Tips untuk ibu, ambil air segelas setiap setengah jam bagi memastikan pengambilan air yg cukup mengikut keperluan.
  • kerap berjalan bagi membantu proses penghadaman serta penyingkiran najis lebih mudah.



Insomnia
Insomnia atau masalah sukar tidur sering berlaku di minggu-minggu terakhir kehamilan. Ini disebabkan keadaan ibu yang semakin sarat menyukarkan ibu mendapat kedudukan tidur yang selesa. Selain itu juga keadaan ibu yang kerap buang air kecil juga menjadi faktor ibu melelapkan mata. Keadaan emosi ibu yang tidak stabil, serta kekurangan vitmin B juga turut menyumbang kepada masalah insomnia.

Cara mengatasi:


  • tingkatkan pengambilan vitamin B. Pengambilan Bcomplex yang lengkap dapat mengatasi masalah tekanan serta melegakan emosi ibu,
  • Mandi air suam bersama minyak aromaterapi seperti lavender bagi merangsang badan untuk lebih santai dan tenang.
  • Lakukan senaman ringan seperti yoga, atau bagi individu muslim, sangat digalakkan melakukan amalan solat sunat.
  • Elakkan dari memaksa diri untuk tidur. Lakukan aktiviti seperti membaca, menulis atau aktiviti sehingga rasa mengantuk.
  • minum minuman panas seperti teh herba bersama madu sebelum tidur. Teh herba seperti chamomile, lemon balm dan passion flower dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.
  • kurangkan pengambilan makanan berat sebelum tidur.
  • Susun bantal dibahagian belakang badan/ abdomen bagi mendapatkan posisi tidur yang selesa



Kejang Kaki (Simpul Biawak)
Kebiasaanya masalah kejang kaki atau lebih dikenali sebagai simpul biawak berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi, ketidakseimbangan elektrolit dan/atau disebabkan perubahan aliran darah bahagian kaki yang terganggu disebabkan pertambahan berat badan.

Cara mengatasi:

  • Tingkatkan pengambilan kalsium dan pottasium dengan mengambil makanan seperti pisang, almond, buah anggur, buah oren, ikan salmon, sardin, produk soya seperti tauhu, yogurt rendah lemak dan makanan yang kaya dengan kalsium. Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengelakkan tekanan darah tinggi semasa proses kehamilan.
  • Selain itu, tinggikan kaki semasa tidur juga turut membantu mengatasi masalah simpul biawak.
  • Elakkan berdiri dalam keadaan terlalu lama.
  • pakai kasut yang bersesuaian.
  • berjalan secara kerap setiap hari untuk stimulasi aliran darah dibahagian kaki.
  • pastikan pengambilan kalsium, magnesium dan potasium dalam keadaan yang seimbang dan mencukupi. Pengambilan supplemen seperti osteomatrix dapat membantu membekalkan kalsium dan mineral yang secukupnya.
  • Ketika masalah kejang kaki berlaku, gerakkan jari jemari kaki ke arah atas dan urut perlahan menggunakn minyak panas atau sebotol air panas. 

Sampai disini, inshaAllah saya sambung lagi pada entri akan datang.

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidupan


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
♥ sms/whatsApp: 016-7187143
♥ Emel : norsaadahabdultalib@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/shahadahhealthcare  sila klik LIKE utk info terkini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015