29 November 2013

Tips menggalakkan si kecil makan

Teks oleh: Nor Saadah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Saya pasti ramai ibu dirumah sering risau apabila anaknya tidak mahu makan atau memilih makanan. Saya juga berperasaan begitu apabila anak perempuan saya tidak mahu menjamah makanan. Kini, saya mula kesan, si adik juga mula tidak mahu makan.

Runsing bila difikirkan. Sebab mereka masih kecil dan perlukan nutrisi yang lengkap untuk pertumbuhan. Tambahan aktivit mereka yang banyak bermain,sudah tentu perlukan tenaga yang banyak. Sebagai ibu, saya perlu melakukan sesuatu untuk menggalakkan pemakanan yang sebaiknya.
Alhamdulillah antara perkara yang saya lakukan kini menampakkan hasil apabila kakak sudah mulai menunjukkan tindakbalas positif dengan meminta makanan!oh bahagianya perasaan ummi.

Tips Menggalakkan Si Kecil Makan.

  • Sediakan makanan untuk anak dan bukannya dibeli. Amalkan zikir dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. semasa menyediakan makanan tersebut. Selain itu berdoa pada Allah minta diberikan yg terbaik untuk anak dan keluarga.
  • Tanya pada anak apa keinginan mereka untuk makan. Sebagai contoh, anak-anak saya sukakan ayam dan ikan. Maka sediakan makanan yang ada elemen tersebut untuk memujuk mereka untuk makan dengan rela hati.
  • makan bersama-sama dengan anak. Anak sulung saya bersikap lebih berdikari. Ketika makan bersama, sediakan pinggan serta cawan lengkap dengan keperluan makanan untuk anak makan dengan mudah.
  • makan dengan suasana yang sangat gembira. Cipta keriangan dan keseronokkan sewaktu makan. Pendekatan yang saya ambil ketika ini ialah dengan mengajar anak doa makan, membentuk makanan menjadi bentuk-bentuk kecil serta bergurau dengan anak-anak.
  • Sekali sekala ubah situasi tempat makan. Sebagai contoh, kadangkala saya mengajak anak-anak saya makan sambil bersantai di kawasan luar rumah. Ketika itu mereka dalam keadaan gembira dan rela hati untuk menerima makanan
  • Elakkan memberi snek terlalu dekat dengan masa makan mereka.kerana jika mereka terlalu kenyang, makanan kegemaran mereka pun tidak akan dimakan.


Kanak-kanak merupakan makhluk Allah yang sangat istimewa. Ada kalanya mereka menjadi terlalu gembira sehingga lupa akan rasa lapar, rasa penat dan sebagainya. Sebagai ibu, kita tidak boleh memaksa mereka. Berikan yang terbaik untuk mereka. Bagi yang masih menyusukan anak, susu ibu merupakan makanan terbaik untuk mereka. Bagi anak yang tidak lagi menyusu, makanan tambahan seperti minyak ikan, vitamin c serta multivitamin sangat membantu untuk perkembangan mereka. Sekiranya sebagai ibu kita lihat perkembangan fizikal mereka sedikit perlahan, segeralah berbuat sesuatu.



Saya sebagai salah seorang pengedar bebas rangkaian produk Shaklee turut membekalkan makanan tambahan untuk anak-anak saya. Antaranya Omegaguard sehari sebiji untuk membekalkan asid lemak untuk perkembangan minda anak-anak. Selain itu juga saya tambahkan melashake bg anak saya yang tidak menyusu badan sebagai multivitamin beliau serta vitamin c boleh kunyah untuk pertahanan badan.

Makanan sunnah juga tidak dilupakan untuk anak-anak saya. Selain makanan tambahan, kurma dan kismis menjadi snek kegemaran buat mereka. Saya kurang memberikan makanan berbentuk kekacang kerana masih belum bersedia untuk membiarkan mereka makan sendiri.

Makanan tambahan untuk anak saya.

Walau apapun usaha kita, mintalah sebaiknya dari Allah.kerana Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita. Sebagai ibu, jangan ambil remeh dalam pemakanan anak. Kerana setiap yang diambil membentuk zat yang akan menyumbang pada agama jua.



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015