30 November 2013

Bila ummi bergerak, Dia Menjerit!

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi begini; anda sedang duduk bersama anak kecil sambil menonton tv. Tiba-tiba anda bangun untuk ke tandas, seterusnya menyebabkan anak anda tadi menangis sambil berlari mencari anda. Situasi ini sangat kerap berlaku bila anda hilang dari pandangan mata si anak. Simtom ini dinamakan kebimbangan pemisahan (separation anxiety)

Bayi sebenarnya dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan penjaganya. Diawal usia bayi, kebanyakkan ibu lebih risau meninggalkan anak mereka berbanding bayi tersebut! Selagi keperluan serta kehendak bayi dipenuhi, kebanyakkan bayi di bawah usia 6 bulan dengan mudah dapat menyesuaikan diri mereka dengan penjaganya.

Semasa bayi berusia 4-7bulan, ia akan mula mengenali serta memahami kehadiran orang serta objek sekeliling. Walaupun ketika itu ibu atau org yang dikenali itu tiada disitu, bayi sudah faham setiap yang wujud sekitarnya. Ibu atau penjaga dapat mengenalpasti situasi ini apabila bayi kita sudah mula bermain menjatuhkan barang secara kerap.Ini bertujuan supaya orang dewasa akan datang dan kutip mainan tersebut.

Bayi beranggapan mereka cuma ada ibu atau bapa, dan apabila mereka tidak nampak ibu atau bapanya, mereka beranggapan ibu nya telah pergi. Kebanyakkan mereka masih belum faham konsep masa. Jadi mereka beranggapan bila dan ketikanya ibu kembali.Bayi tersebut akan melakukan apa sahaja untuk menghalang ibu atau bapanya pergi. Walaupun hanya ke dapur, di bilik sebelah, atau pergi kerja.



Masalah takut ditinggalkan ini biasanya terjadi ketika bayi belum berumur setahun. Ia juga akan muncul semula atau akan berakhir ketika usia kanak-kanak 4 tahun. Kadar ketakutan kanak-kanak dan bayi masing-masing tidak sama. Sebagai ibu, anak kedua saya mengalami masalah ini berbanding si kakak. Bilamana saya hilang dari pandangan mata Harith (adik), dia akan menangis sambil berlari mencari saya. Rasa takut ini sedikit demi sedikit perlu diatasi. Berikut saya kongsikan sedikit sebagai panduan untuk ibu-ibu.


  • Buat latihan pemisahan.ibu boleh meniinggalkan anak dengan penjaga atau adik beradik lain dalam jangka masa yang pendek.Ini bertujuan melatih mereka menerima situasi semasa.
  • Lakukan pemisahan secara berkala. Sebagai contoh, ibu boleh melakukan selepas ia baru lena atau selepas menyusu/makan. Kebanyakan bayi lebih tinggi kerisauan ditinggalkan ketika dalam keadaan lapar.
  • Jadikan ucapan selamat tinggal sebagai amalan setiap kali ibu nak beredar. Sebagai contoh: "Babai adik, ummi nk pergi dapur.Adik duduk ye." Selain itu juga lambaian tangan dan ciuman kasih sayang juga membantu menenangkan mereka.


  • sentiasa biasakan bayi dengan persekitaran yg mudah diterima. Sekiranya bercadang untuk menghantar bayi ke rumah penjaga, biasakan beberapa hari datang melawat rumah penjaga, tinggalkan beberapa ketika dengan membawa sebahagian objek yang bayi kenal.
  • Sentiasa biasakan beritahu anak bahawa kita akan keluar dan akan pulang. Segera berlalu pergi selepas beritahu anak tanpa berengah-lengah menunggu ragam mereka.
  • Kurangkan membiasakan bayi melihat/menonton cerita-cerita yang menakutkan. Rasa ketakutan yang melampau boleh menyebabkan mereka lebih sukar untuk berenggang dengan ibu atau penjaganya.
Anak-anak harus dididik supaya lebih berdikari. rasa ketakutan yang berlebihan akan menyebabkan peribadi yang kurang terbentuk. "Separation Anxiety" ini boleh menjadi lebih teruk dan merumitkan sekiranya tidak diatasi. Ini disebabkan akan datang, mereka akan terpaksa keluar dan bergaul dengan orag lain terutamanya bila memasuki alam persekolahan.

Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015