Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sudah hampir seminggu saya berkhidmat di rumah. Dengan erti kata lain saya bekerja dari rumah dan membesarkan sendiri anak-anak. Alhamdulillah keadaan masih terkawal dan saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kerja-kerja perniagaan dan tanggungjawab mengasuh mereka.
Sungguh! saya terasa seperti baru mengenali anak-anak saya. Bayangkan selama ini saya yang melahirkan mereka tetapi disebabkan mereka dijaga dan diasuh orang lain sewaktu saya bekerja, saya tidak tahu bagaimana sebenarnya perangai mereka. Selama ni, saya hanya melihat mereka inginkan perhatian saya. Kadangkala sedikit tantrum, terlalu manja serta tidak mahu lepaskan saya selepas pulang kerja. Tapi lama kelamaan saya perhatikan, mereka sebenarnya bukan begitu. Kakak seorang yang berdikari, tidak takut dengan orang serta berani kedepan. Adik pula walaupun sedikit manja, tapi terserlah perangainya yg sedikit keras hati untuk dapatkan sesuatu.
Terasa bagaikan satu kepuasan bila saya duduk dirumah, memerhati mereka, menyediakan makanan untuk mereka, bercerita, menenagkan mereka serta tertawa bersama. Mungkin bagi orang lain ianya merupakan suatu yang biasa. Tapi tidak bagi saya. Bayangkan, sebelum ini saya telefon pengasuh anak saya untuk tanyakan apakah makanan kegemaran mereka. Apa yang perlu saya buat untuk menenangkan mereka dan banyak lagi. Sangat rugi saya rasakan selama ini saya tidak mengikuti perkembangan mereka. Waktu siang, mereka banyak belajar, bermain, membina peribadi. Sedangkan waktu malam mereka sudah bersedia untuk tidur. Begitulah rutin harian yang dilalui mereka.
Saya tidak bermaksud mempertikaikan ibu-ibu yang bekerja di luar sana. Kerana saya juga salah seorang ibu yang pernah bekerja diluar untuk mencari nafkah bersama suami. Tiada yang salah cuma ibu diluar yang bekerja sudah tentu lebih bijak mengisi masa yang senggang untuk anak-anak. Bahagia membesarkan anak merupakan satu nikmat yang luar biasa ertinya bagi saya. Sehingga entri ini ditulis, saya sedang bersama Hannah yang baru saahaja bangun dari tidur, dan pada masa yang sama saya sedang susun kerja-kerja harian saya. Nah, siapa kata surirumah tidak boleh menjana pendapatan?

Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan
No comments:
Post a Comment