14 November 2013

Memelihara Amanah Allah (Bahagian 1)

Memelihara Amanah Allah (Bahagian 1)
Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah bersyukur pd Allah sebab saya masih diberi peluang untuk mencoret dalam blog ini.Saat ini, saya menghitung detik masa untuk membuat suatu perkara yang agak luar biasa pada fikiran kebanyakkan orang. Secara rasminya, esok merupakan hari terakhir untuk saya berkhidmat sebagai jurutera di syarikat yg saya bekerja sekarang.

Saya mengambil keputusan untuk berundur dari dunia mekanikal ini semata-mata kerana anak. Ya, 2orang anak kecil saya Hannah dan Harith menjadi kekuatan saya untuk nekad meletakkan jawatan. Usia mereka terlalu kecil untuk faham erti umminya perlu kerja untuk menyara mereka.

Apa nak buat semasa dirumah?ada pendapatan ke nanti? dah biasa pegang duit, tiba-tiba tiada duit. macam mana nk "survive"?  Ramai yang bertanyakan soalan begitu pada saya. Soalan mereka membuatkan saya fikir banyak kali. Doa, istikharah sentiasa mengiringi keputusan saya.InshaAllah saya kekal bekerja tetapi lokasi bekerja sahaja yang berubah. Kalau dahulu saya bergegas untuk sampai ke pejabat, kini pejabat saya hanya di dalam bilik kecil di rumah. Sokongan dari suami dan abah membuatkan saya kuat untuk tetap dengan pendirian ini. Tak lupa juga Nisa yang banyak beri panduan untuk terus bekerja dari rumah.

Gambar Si Manja saya sedang  belajar A B C  :)
Saya memilih untuk membesarkan diri anak-anak sebab memikirkan amanah Allah. Tugas saya sebagai ibu sangat penting untuk membina sahsiah dan peribadi mereka. Saya ingin menyuap mereka semasa kecil, membelai mereka, memandikan mereka serta melihat perkembangan mereka selagi diizinkn Allah swt. Momen tersebut sangat berharga bagi saya. Sebab saya sendiri tidak pasti apakah saya diberi keizinan untuk melihat mereka lepas membesarkan keluarga mereka sendiri kelak. Saya tidak mahu tunggu mereka besar baru ambil keputusan untuk bersara dari pekerjaan. Ketika itu mungkin mereka sudah mempunyai kawan sendiri, teman atau ada "idola" lain yang lebih mereka suka. Saya tahu ketika usia mereka kecil ini, saya lah segalanya bagi mereka. Hal ini sangat ketara saya perhatikan.Kerana setiap kali pulang dari kerja dan ambil mereka di rumah pengasuh, perasaan anak-anak saya sangat teruja, gembira sehingga berlari mendapatkn saya bila mana saya sampai untuk menjemput mereka. Perasaan yang sangat membahagiakan!

Sudah terbayang warna-warna kehidupan saya selepas ini. Sudah pasti suka duka membesarkn mereka akan mewarnai hari-hari saya yang mendatang. Sebagai panduan, beberapa perkara perlu saya aturkan dan susun mengikut keutamaan. Yang pasti, majikan saya selepas ini hanyalah Allah. InshaAllah.

Entri akan datang saya akan kongsikan dengan pembaca apakah langkah-langkah yang saya lakukan untuk mula bekerja dari rumah pada masa yang sama memelihara serta mengasuh anak-anak syurga. Harapan saya semoga kawan-kawan dan pembaca sekalian mendoakan yng terbaik buat saya dan keluarga.

Salam sayang,

Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015