23 July 2013

DIDIK ANAK SOLAT

Teks oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

DIDIK ANAK SOLAT

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur, sehingga hari ini kita telah memasuki separuh ramadhan yang kedua. Pejam celik mata, sudah dua minggu kita berpuasa.

Sepanjang Ramadhan, saya mempunyai keinginan untuk menunaikan terawikh di masjid sebagai salah satu tarbiyah untuk anak kecil saya. Tapi memandangkan suami saya sering sibuk bertugas di hospital, niat saya ini saya tangguhkan dahulu. 2 anak kecil saya berusia 2tahun 4bulan dan seorang lagi 13 bulan.Tak terbayang sekiranya saya bawa mereka ke masjid mengikuti saya untuk terawikh. Namun demikian, saya ingin kongsikan sebagai panduan bagi kita sebagai ibu bapa, cara untuk mendidik anak solat daripada blog ini

{ Seorang penulis buku Islam pernah berkata,"Saya mengetahui tentang Islam setelah menyaksikan ibu saya berwuduk, solat dan berpuasa.Contoh yang baik dari ibu itulah yang menanamkan perasaan paling dalam pada diri saya dan mendorong saya untuk mencintai solat dan puasa. Sebagaimana saya tahu bahawa zikir, solat dan puasa serta pelbagai perkataan dan perbuatan yang saya dengar dan saksikan dari ibu saya telah memberikan dorongan fitriah dari dalam jiwa saya untuk mencintai ibadah”.

Pernah sahabat bertanyakan kepada Rasulullah tentang bilakah waktu mula mengajar anak solat. Rasulullah menjawab “ Jika seorang anak sudah dapat membezakan antara arah kanan dan kiri, suruhlah dia supaya menunaikan solat.” (HR. Abu Daud)

Nabi s.a.w juga member had umur  disuruhnya anak-anak kecil menunaikan solat, kerana umur sebelum itu merupakan masa meniru kedua ibu bapa mereka dan usaha menjadikan mereka mencintai solat. Al-Hakim meriwayatkan dari Abdullah bin Amru b Ash bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahkan anak-anak kamu supaya menunaikan solat ketika mereka telah berumur 7 tahun dan pukullah mereka (jija tidak mahu menunaikannya) ketika mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah juga tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)."

(petikan drpd  buku Mengajar Anak Mudah Solat)

Pokok utamanya adalah bermula daripada ibu bapa kerana mereka akan mencontohi orang yang dekat dengan mereka. Ajarlah dengan, tutur kata yang lembut dan memujuk tentang kehebatan solat dan ajari mereka secara formal tentang wuduk, bacaan dalam solat ketika mereka berusia 5 atau 6 tahun. Saya pasti, anak-anak akan lebih cepat faham sekiranya ia di sertakan dengan perbuatan daripada ibu bapanya.}


Salam Ramadhan
Nor Sa'adah Abdul Talib



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015