01 April 2014

Bila Allah uji hambanya

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Lama sudah jari ni tak menulis di blog ni. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis serta berkongsi idea di sini. Last entri saya bln lepas menceritakan kegembiraan atas kehadiran rezeki org baru. Hari ni, saya kongsikan dengan kawan2, rezeki tersebut hanya sementara. 😊  

Dengan sedikit tanda yg Allah tunjuk melalui setitik darah, saya dan suami segera ke hospital. Hasilnya, suami saya dapati janin tersebut kelihatan tidak membesar dan tiada 'heart beat'. Bagi memastikan lagi keputusan tersebut, suami mengajak saya ke bilik saringn hospital utk berjumpa doktor yg lbh arif bahagian itu.

Ya. Mmg sah tiada heart beat. Usia kandungan kelihatan 7minggu sedangkan sepatutnya saiznya berkadaran dengan usia kandungan saya 12 minggu. Apa-apa pun Redha adalah sebaiknya. Ada hikmahnya. InshaAllah.

Pulang dr hospital, saya mula rasakan contraction. Dari sehari ke sehari contraction makin kerap. Bermula jumaat sehingga selasa contraction datang on and off. Kadar kekuatan semakin kuat setiap hari. Tapi hanya darah yg keluar. Hannah dan harith telah selamat dibawah jagaan pengasuh lama memandangkan suami sering sibuk di hospital. Akhirnya hari selasa malam saya rasakan sakit yg amat seperti proses melahirkn. Keluar darah yg sangat banyak dan akhirnya rasa lega. 

Bila suami saya pulang, dia menyatakan sbnrnya kandungan saya belum keluar sepenuhnya. Akhirnya saya tertidur keletihan. 

Bangun pagi, bergegas siap utk ke hospital. Tiba2 semasa buang air kecil, keluar sesuatu sebesar bola tenis. Ya Allah mmg terkejut sgt. "Apa benda ni?rahim ku terkeluarke?" Dengan segera suami saya dtg dan lihat.akhirnya dia katakan bahawa kandungan saya telah selamat keluar. Alhamdulillah.

Cerita dihospita inshaAllah saya kongsikan akan dtg. Proses berpantang dan sebagainya 😁 

Alhandulillah. Alhamdulillah 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015