04 April 2014

Berpantang selepas keguguran

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya sambung kisah keguguran saya sebelum ini. Sekadar berkongsi kerana ini merupakan pengalaman pertama saya gugur. Selama ni hanya tahu dikalangan kawan-kawan sekerja sahaja. :D

Selepas keluar sebentuk daging sebesar bola tenis, saya terus bersiap mandi dan segera ke hospital. Di hospital, doktor dan jururawat minta saya tukarkan seluar yang saya pakai dengan kain bagi memudahkan mereka periksa. Menurut doktor terdapat darah beku yang masih belum keluar dan perlu dibersihkan. maka bermulalah sesi korek mengorek bahagian bawah saya. :D

Memang terasa azab semasa proses pengeluaran darah beku tersebut! Keluar masuk spatula beberapa kali untuk betul2 pastikan tiada darah lagi. setelah selesai, saya perlu tunggu doktor yang lebih senior untuk pastikan saya tidak perlu melakukan proses cucian rahim. Hampir tengahari, baru doktor berkenaan datang periksa dan akhirnya selepas pengesahan dengan doktor pakar, saya dibenarkan keluar dari hospital.
Maka bermulalah episod berpantang seperti ibu selepas bersalin.

Secara jujur saya terlupa bagaimana proses pantang selepas bersalin. Akhirnya selepas saya recall proses berpantang dan bertanya kawan2, berikut perkara yg perlu diamalkan semasa pantang:

  • berjalan dengan perlahan
  • tidak mengangkat benda2 berat
  • memakai stokin dan tidak membiarkan badan dalam keadaan sejuk
  • makan makanan yang masih panas dan baru dan elakkan minuman sejuk 
  • minum akar herba untuk pelancaran darah
  • elakkan bersama dengan suami untuk tempoh 2 minggu ke 4 minggu
  • jaga kesihatan badan sebaiknya.
Bagi memastikan badan sentiasa bertenaga, saya mengambil supplement Shaklee dan teh herba. Supplement Shaklee yang saya ambil sama seperti ketika tempoh kehamilan iaitu Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, ESP, osteomatrix dan omegaguard. Cuma kali ini saya ambil semula Collagen dan Vivix :D

Untuk teh herba, inilah pilihan saya.  Baru nak cari sbb blk kluang terlupa nk sediakan haritu. :p sebelum jumpa saya amalkan teh Alfalfa yang saya buat dari tablet alfalfa shaklee.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015