24 April 2014

Berpuasa dan menyusukan si kecil

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah. Lagi beberapa bulan, kita akan menyambut ketibaan ramadhan. Bagi ibu2 yang belum qada puasa, mari kita sama2 ganti puasa.

Bagi ibu yang mengandung dan menyusukan, Allah taala memberi rukhsah utk tidak berpuasa sekiranya keadaan memerlukan supaya tida berpuasa. Pengalaman saya semasa mengandungkn Hannah menyebabkn saya hanya mampu berpuasa 7hari sahaja. Atas nasihat doktor, saya tidak digalakkn berpuasa disebabkn alahan yang sngt teruk 😊

Pengalaman kedua pula saya melahirkn Harith 2minggu sebelum puasa. Iaitu pada 15syaaban. Hihi. Dah tentu saya sebulan tidak melaksanakan ibadah puasa. Episod mengganti puasa sangat mencabar. Sebab saya menyusukan anak serta mengalami masalah sembelit yg teruk.

Kali ini saya kongsikan pengalaman menggantikan puasa disamping menyusukan Harith. Alhamdulillah dipermudahkn. Usia harith yg hampir 2tahun tidak merisaukan saya mengenai keperluan penyusuannya. 

Bagaimana nk puasa sekiranya menyusukan? Tak rasa lapar? Letih? 

Pertama sekali utk berpuasa dan menyusukan, elakkan dari tidak bersahur. Saya sendiri akan usaha untuk bangun seawal pagi dan makan nasi 😁. Sumber katbohidrat sangat penting bagi mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Jika terdapat kurma, jangan lupa utk makan. Sangat bagus utk sumber tenaga. Minuman protein seperti Esp juga saya ambil sebelum mkn nasi. Ini bg menambahkn rasa kenyang serta mengurangkn kuantiti nasi yg saya ambil 😁

Bagi memastikan badan cergas dan bertenaga, saya pastikan saya ambil beberapa vitamin. Vitalea, bcomplex dan vitamin c saya ambil selepas makan. Kenapa perlu? Bagi saya, makanan saya di waktu pg amatlah terhad. Bayangkn, ada masanya saya ambil nasi dan telurgoreng  sahaja. Dah tentu nutrisi utk bdn saya tidak lengkap.😊 Jadi pengambilan vitamin2 tersebut sangat membantu.

Vitalea sbg multivitamin asas yg kaya dengan iron. Bcomplex utk tukarkan gula dlm darah menjadi tenaga serta kurang letih. Manakala vitamin c pula sebagai booster utk penyerapan nutrisi lebih effektif.

Bagaimana dengan pengambilan air?

Bagi mengelakkan dehidrasi yg melampau disebabkan menyusukn anak, saya minum air lebih kurang 1 liter semasa sahur. Macam mana nk minum banyak tu? Saya minum beberapa cawan bersaiz besar 😊 memang kembung perut tp sekejap sahaja. Akhir sekali saya minum minuman elektrolit perfomance drink utk kekalkan eletrolit dlm bdn.

Bagi mereka yg mengalami gastrik, ada tips dr rakan saya yg mengambil peppermint ginger plus semasa sahur. Alhamdulillah sangat membantu mengelakkan masalah 'heart burn'

Sekian dulu tips berpuasa dari saya. Nanti saya kongsi lagi perkara yg membantu ibu2. Semoga memberi manfaat ya 😊

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidupan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015