08 December 2013

Ikatan Kekeluargaan Dan Masa Yang Berkualiti

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Setiap ibu bapa pasti pernah mendengar mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan. Tapi apakah maksud sebenar ikatan kekeluargaan itu? Jika sesuatu yang terikat dengan kukuh dan utuh, ia pasti tidak akan mudah dipecahbelahkan. Apabila kita sebagai ibu bapa mempunyai ikatan kekeluargaan yang kukuh, satu kepercayaan yang terbuka dapat dibentuk. Secara tidak langsung akan mewujudkan ciri keselamatan, kasih sayang serta perasaan diperlukan oleh anak-anak dan keluarga.


Seperti yang pernah dinyatakan dalam beberapa entri lepas, saya salah seorang ibu yang bekerja sepenuh masa sebelum ini. Kesibukan saya bekerja sebagai jurutera, dan suami bertugas sebagai doktor kadang kala membimbangkan saya. Sejauh mana masa saya dapat dihabiskan dengan berkualiti untuk anak-anak saya yang masih kecil. Ramai yang mengatakan ibu bapa tidak perlu menghabiskan masa yang terlalu banyak untuk anak mereka tetapi bagaimanakah caranya?

Masa berkualiti merupakan keadaan dimana kita sebagai ibu bapa, berinteraksi dengan anak secara satu-ke- satu; iaitu antara ibu dan anak atau antara ibu dengan anak-anak yang lain dengan perhatian yang penuh tanpa sebarang gangguan. Ketika itu ibu atau bapa tidak melakukan apa-apa pekerjaan sebaliknya duduk bersama mereka. Masa berkualiti membolehkan ibu bapa menyambung ikatan kekeluargaan, memahami mereka, membina serta mengukuhkan ikatan silaturrahim. Galakkan,pujian serta teguran yang membina sangat memberi kesan pada anak-anak ketika mereka tahu ibu bapa mereka sedang memberikan perhatian.


Berapa lama ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak-anak? Sebaiknya mulakan dengan waktu yang pendek tetapi konsisten. Sebagai contoh setengah jam atau satu jam sehari tanpa sebarang gangguan merupakan waktu terbaik untuk anak-anak. Anak-anak berusia 1tahun keatas lebih suka bermain. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk turut menyertai mereka bermain. kanak-kanak pada usia ini suka permainan yang berulang-ulang, jadi ibu bapa tidak perlu risau mereka akan merasa bosan bermain permainan yang sama.

Secara peribadi, saya meluangkan masa khusus untuk anak-anak semasa mereka mandi. Memandangkan anak-anak saya sukakan aktiviti dalam air, saya akan memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2kali sehari selam 10-15minit untuk mereka. Sungguh! keriangan terpancar di muka anak-anak. Ibu bapa tidak perlu menggunakan wang yang terlalu banyak untuk mereka. Memadai dengan menggunakan apa yang ada sekeliling kita.

Berikut saya senaraikan Aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak kecil :

Dalam Rumah (Indoor)

  • aktiviti mewarna
  • masak-masak bersama si kecil
  • aktiviti tampalan kolaj
  • basuh pinggan bersama-sama
  • dan lain-lain lagi
Aktivit Luar Rumah (outdoor)
  • bermain basikal
  • membersihkan halaman serta taman
  • main kejar-kejar
  • mandi kolam jika mempunyai kolam plastik 
  • dan sebagainya yg bersesuaian


Selain dari aktivit yang ddinyatakan dia atas, salah satu cara untuk meluangkan masa kualit pada anak-anak dengan melakukan rutin harian bercerita sebelum mereka tidur. ketika ini, mereka berada dalam keadaan yang super penat tetapi sangat gembira kerana orang yang mereka sayang berada disisi semasa mereka hampir melelapkna masa. Waktu ini merupakan waktu terbaik untuk ibu menasihati anak-anak.



Salam Sayang
Ummu Hannah Harith
Jurutera Kehidupan

1 comment:

  1. tul2.. kadang-kadang bila masing2 baru pulang dari kerja, dan tiba-tiba anak buat hal.. mengamuk juga dibuatnya, tapi anak itu sebenarnya inginkan perhatian sebab seharian mereka tidak dapat bermanja dengan ibu dan bapa mereka.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015