23 September 2013

SISTEM PERTAHANAN BADAN

Teks Oleh: Nor sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai Sistem Pertahanan Badan atau lebih dikenali sebagai Immuniti Badan.Sistem pertahanan badan manusia terdiri daripda gabungan sel-sel istimewa, iaitu  proteins, tisu dan organ yang bertindak melindungi manusia dari serangan penyakit setiap hari. Ia bermula dengan tindakbalas immune (immune respons) menyerang organism dan substan yang asing dalam badan. Ciri unik ini membantu badan bertindak balas dengan segera bagi melawan sebarang aktiviti dalam badan yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Manusia mempunyai 3 jenis tahap immunity iaitu Innate immunity (immunitisemulajadi), Adaptive immunity (immunity dari rangsangan) danPasif immunity (immunity pasif)

Innate Immunity (imunitisemulajadi)

Setiap orang dilahirkan dengan immunity semulajadi yang bertindak sebagai perlindung umum. Banyak kuman yang memberi kesan kepada spesies yang lain tetapi tidak memudaratkan manusia disebabkan kewujudan imuniti semulajadi. Sebagaicontoh, virus yang menyebabkan leukemia di antarakucing, atau mengganggu kesihatan anjing tidak memberi kesan kepada manusia. Immunity semulajadi ini bertindak dua hala kerana virus yang boleh menyebabkan manusia sakit; seperti virus yang menyebabkan HIV / AIDS ,tidak akan menjangkiti kucing atau anjing.

Cecair mukus seperti cairan hingusan pada hidung, tekakdan salur gastro juga sebahagian daripada imuniti semulajadi. Ia bertindak sebagai barisan pertahanan pertama bagi mengelakkan jangkitan penyakit sebelum memasuki badan. Sekiranya system imuniti pertama ini dapat dikalahkan seperi terdapat luka, sel-sel kulit akan bertindak segera untuk merawat sekaligus melawan kuman dan bakteria.

Adaptive Immunity( immunity dari rangsangan)
Vaksinas imerupakan sebahagian daripada rangsangan untuk mengaktifkan system pertahanan badan manusia. Ia terdiri daripada lymphocytes  yang peka dan bertindakbalas terhadap allergen(bahan asing dalam badan) yang bertindak memusnahkan allergen tersebut.Bayi yang baru dilahirkan biasanya diberi suntikan vaksin mengikut peningkatan usia bagi membantu membina system pertahanan badan.

Di awal kelahiran, doctor yang menyambut kelahiran menggalakkan si ibu supaya memegang dan mendakap bayi seberapa segera selepas kelahiran. Ini bertujuan merangsang bayi untuk menerima dan membiasakan diri dengan nature ibu dan persekitaran rumahnya yang terdedah dengan mikroorganisma dan kuman.Tapi usah bimbang, immunity bayi kebiasaanya dapat melawan serta menghalang jangkitan kuman daripada menjangkiti dirinya

Passive Immunity (imunitipasif)

Bagi bayi yang menyusu susu ibu, ia mendapat immunity pasif daripada susu tersebut. Sebagai contoh, ibu yang menyusukan anak tidak akan menyebabkan jangkitan pada bayinya sekiranya ia sakit. Ini disebabkan kandungan susu ibu tersebut mengandungi antibiotic yang bertindak meningkatkan immunity bayi tersebut. Penyusuan ibu yang cukup dapat melindungi bayi dari jangkitan penyakit sehingga awal usia kanak-kanak.

Setiap orang mempunyai tahap immunity yang berbeza-beza.Disebabkan itu, ada individu yang sering sakit adajuga yang jarang dijangkiti penyakit. Semakin dewasa individu, badan semakin toleransi dengan kuman, bakteria dan sebagainya.Jadi kebiasaannya semakin kurang orang dewasa terkena jangkitan penyakit seperti demam dan batuk berbanding dikalangan kanak- kanak dan bayi

Tingkatkan imuniti anda dan simanja anda dengan nutriferon™dari Shaklee.Ia terdiri darpada gabungan Ekstrak biji labu (Cucurbitamoschata),BijiPlantago (Plantageasiatica),Bunga Safflower (Carthamustinctorius)  dan Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) .


Nutriferon Shaklee
Nor Sa’adah Abdul Talib


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015