07 July 2014

Macam mana nak atasi masalah kolestrol tinggi?

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib


Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya sambung entri berkenaan dengan kolestrol. Dalam entri sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai jenis-jenis kolestrol disini . Kolestrol merupakan salah satu punca terjadinya pembunuh senyap dikalangan individu di Malaysia iaitu serangan strok dan jantung. Sebenarnya tiada tanda yang khusus seseorang itu mempunyai kolestrol tinggi atau tidak. Setiap orang perlu menjalani ujian darah bagi menentukan aras kolestrol mereka.

Macam mana nak turunkan masalah kolestrol tinggi? Asas untuk turunkan kolestrol ialah dengan kawal makanan yang diambil, turunkan berat badan, serta amalkan cara hidup sihat dengan bersenam. 


Kawal makanan yang diambil


Bagi individu yang mempunyai kolestrol tinggi, makanan yang perlu dielakkan ialah lemak tepu. Lemak tepu banyak didapati dalam daging yang berlemak dan produk tenusu seperti cheese, ais krim dan butter. Selain lemak tepu, lemak Trans yang banyak terdapat dalam makanan proses perlu dielakkan. Contoh makanan yang mengandungi lemak trans ialah marjerin yang diproses.


Namun demikian, tidak semua lemak perlu dielakkan. Lemak tak tepu seperti lemak ikan sangat2 penting diambil bagi membantu proses penyingkiran kolestrol dalam badan. Lemak tersebut boleh didapati daripada ikan tuna, salmon, walnut dan almond.Walaupun lemak tak tepu sangat bagus utk atasi kolestrol, lemak tersebut menghasilkan jumlah kalori yang tinggi.


Turunkan berat badan dengan bersenam

Kawal berat badan dengan mengambilkira keperluan kalori badan. Dalam sehari, jumlah kalori yang diambil dikira kerana makanan yang berlemak, secara tidak langsung menambah kalori makanan seterusnya boleh menyebabkan kegemukkan. Dengan cara bersenam, lebihan kalori yang diambil dapat dikurangkan, badan semakkin sihat dan kolestrol secara tidak langsung berkurangan. Perlu diingat, badan kita mampu menghasilkan kolestrol dalam badan. jika kolestrol yg diambil berlebihan, ia mengakibatkan plak, serta menganggu aliran darah.

Kegemukan atau obesiti meningkatkan risiko utk meningkatkan kolestrol jahat (LDL) dan trigliserida serta menurunkan aras kolestrol baik. Salah satu dari cara utk kawal/ merawat kolestrol yang tinggi ialah dengan melakukan aktivit fizikal. Senaman ringkas seperti berjalan 30-60 minit sehari sangat2 membantu dalam usaha menurunkan aras kolestrol.


Ubat turunkan kolestrol

Bagi sesetengah individu, senaman sangat terhad untuk mereka lakukan dalam usaha utk turunkan kolestrol, terutama mereka yang berisiko menghidapi penyakit cardiovaskular.  Dalam kes2 tertentu seperti ini, doktor akan bertindak untuk memberi ubat bagi menurunkan aras kolestrol iaitu statin drug. 

Statin drug bertindak sebagai penghalang daripada enzim badan untuk terus menghasilkan kolestrol. Ia juga membantu merendahkan kolestrol jahat dan trigliserida dalam badan serta meningkatkan aras kolestrol baik. Namun demikian, Statin drug ini mempunyai risiko rendah yang memberi kesan sampingan jangka panjang seperti kekejangan serta sakit otot, meningkatkan aras enzim dihati dan macam2 lagi. Pengamal statin drug ini perlu sentiasa memastikan keadaan mereka sentiasa terkawal serta dalam keadaan baik.

Selain Statin drug, ubatan berikut turut membantu dalam mengawal aras kolestrol dalam darah:

  • Bile acid resins- Menghalang penyerapan kolestrol dan merendahkan aras LDL antara 15-30%
  • Enzetimibe- Menghalang penyerapan kolestrol antara 18-25%
  • Fibric Acid- Merendahkan trigliserida serta meningkatkan aras HDL
  • Niacin- Merendahkan aras LDL dan trigliserida secara moderate antara 5-15%
  • Kombinasi ubat dan statin drug- menurunkan serta menghalan penyerapan kolestrol

 Walaupun terdapat pelbagai jenis ubatan yg membantu menurunkan aras kolestrol, tida semua ubat sesuai utk setiap org. Pengamal ubat tersebut perlu mendapatkan konsultasi doktor serta tahu kesan jangka masa panjang sekiranya diambil.

Supplement dan makanan tambahan

Selain daripada mengawal makanan, bersenam dan ubatan, terdapat cara lain yang membantu menurunkan aras kolestrol. Antaranya seperti amalan memakan bawang putih. Namun demikian, kuantitnya berbeza mengikut individu. Alternatifnya boleh ambil kaplet garlic seperti Garlic Plus Shaklee.

Kajian terbaru membuktikan, pengambilan fitosterol ( Sterol daripada tumbuhan) membantu menurunkan serta menghalang penyerapan kolestrol. Fitosterol yang mempunyai molekul yang hampir sama dengan kolestrol bertindak dengan menghalang kolestrol daripada diserap oleh usus. Molekulnya yang hampir sama dengan kolestrol menggantikan penyerapan dan secara tidak langsung membantu merendahkan aras kolestrol dalam badan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnUmBCUvsxbsSd2JVBNLoZMxuPx39h4FDwK7UbwKD5FJ8SlebUBI2WwJF56yAq7BcaU6-w7NJsBJt4YUDyrE4fmIR8hbG2yqgBMkQRuYwQYU8oUuXrZyDeyz33GnViV60ZLL2ymcpKxXim/s1600/madewithOver.jpg

Baru-bari ini, Shaklee ada mengeluarkan produk terbaru Phytocol-st yang membantu menurunkan aras kolestrol (ambil konsisten sekurang2nya 2 bln mengikut kajian) Ia membekalkan 2000mg fitosterol yang diperlukan dalam badan bagi menghalang penyerapan kalsium.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI66vyEH2ZrbDCaq0PWFhy4AnBQQRbcUYwLmP57P8KulrthTr_VmuSLWvbVX6SOLUhKlCGL_RVx1JxVQQChknWA9S-ot8y4JWgSJmtTn_fmYwhN63YRcrrLXyp7iilr0lH3Vtx-P4Xz9XH/s1600/photo+3.JPG

Selain fitosterol yang diambil daripada supplement, minyak ikan yang kaya dengan omega 3 juga sangat membantu dalam meningkatkan aras kolestrol baik dalam badan. Gabungan fitosterol dan minyak ikan dipercayai dapat membantu memberikan keputusan terbaik dalam kawalan kolestrol dalam badan.

Sebagai usaha untuk memastikan badan sihat, pastikan pemeriksaan doktor dilakukan dalam masa tertentu. Ujian darah, berat badan serta amalan pemakanan dan gaya hidup sihat perlu dipraktikan bagi mengekalkan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit berbahaya.



Untuk pilihan makanan tambahan yang natural serta bebas kimia bagi mengawal aras kolestrol, Klik disini








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015