24 April 2014

Berpuasa dan menyusukan si kecil

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah. Lagi beberapa bulan, kita akan menyambut ketibaan ramadhan. Bagi ibu2 yang belum qada puasa, mari kita sama2 ganti puasa.

Bagi ibu yang mengandung dan menyusukan, Allah taala memberi rukhsah utk tidak berpuasa sekiranya keadaan memerlukan supaya tida berpuasa. Pengalaman saya semasa mengandungkn Hannah menyebabkn saya hanya mampu berpuasa 7hari sahaja. Atas nasihat doktor, saya tidak digalakkn berpuasa disebabkn alahan yang sngt teruk 😊

Pengalaman kedua pula saya melahirkn Harith 2minggu sebelum puasa. Iaitu pada 15syaaban. Hihi. Dah tentu saya sebulan tidak melaksanakan ibadah puasa. Episod mengganti puasa sangat mencabar. Sebab saya menyusukan anak serta mengalami masalah sembelit yg teruk.

Kali ini saya kongsikan pengalaman menggantikan puasa disamping menyusukan Harith. Alhamdulillah dipermudahkn. Usia harith yg hampir 2tahun tidak merisaukan saya mengenai keperluan penyusuannya. 

Bagaimana nk puasa sekiranya menyusukan? Tak rasa lapar? Letih? 

Pertama sekali utk berpuasa dan menyusukan, elakkan dari tidak bersahur. Saya sendiri akan usaha untuk bangun seawal pagi dan makan nasi 😁. Sumber katbohidrat sangat penting bagi mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Jika terdapat kurma, jangan lupa utk makan. Sangat bagus utk sumber tenaga. Minuman protein seperti Esp juga saya ambil sebelum mkn nasi. Ini bg menambahkn rasa kenyang serta mengurangkn kuantiti nasi yg saya ambil 😁

Bagi memastikan badan cergas dan bertenaga, saya pastikan saya ambil beberapa vitamin. Vitalea, bcomplex dan vitamin c saya ambil selepas makan. Kenapa perlu? Bagi saya, makanan saya di waktu pg amatlah terhad. Bayangkn, ada masanya saya ambil nasi dan telurgoreng  sahaja. Dah tentu nutrisi utk bdn saya tidak lengkap.😊 Jadi pengambilan vitamin2 tersebut sangat membantu.

Vitalea sbg multivitamin asas yg kaya dengan iron. Bcomplex utk tukarkan gula dlm darah menjadi tenaga serta kurang letih. Manakala vitamin c pula sebagai booster utk penyerapan nutrisi lebih effektif.

Bagaimana dengan pengambilan air?

Bagi mengelakkan dehidrasi yg melampau disebabkan menyusukn anak, saya minum air lebih kurang 1 liter semasa sahur. Macam mana nk minum banyak tu? Saya minum beberapa cawan bersaiz besar 😊 memang kembung perut tp sekejap sahaja. Akhir sekali saya minum minuman elektrolit perfomance drink utk kekalkan eletrolit dlm bdn.

Bagi mereka yg mengalami gastrik, ada tips dr rakan saya yg mengambil peppermint ginger plus semasa sahur. Alhamdulillah sangat membantu mengelakkan masalah 'heart burn'

Sekian dulu tips berpuasa dari saya. Nanti saya kongsi lagi perkara yg membantu ibu2. Semoga memberi manfaat ya 😊

Salam sayang

Ummu Hannah Harith
Jurutera kehidupan

04 April 2014

Emosi

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Emosi ibu yang baru lepas melahirkan, keguguran adalah sama. Perubahan hormon yg mendadak mencetuskn perasaan yg tiba2 sangat gembira, tiba berubah jadi sedih,pemarah dan sebagainya. Ibu perlukan sokongan dari org sekeliling.

Di kala ini saya gembira. Tiba2 saya teringat saya muntah2 di kawasan parkir kereta semasa tunggu suami. Muntah2 ketika sedang memandu. Tapi kini semua tu dah tiada. Hilang sudah rasa mual2.hilang sudah rasa mabuk kepayang. Kerana semalam kandungan yg menyebabkn saya mabuk telah keluar. Balik pada pencipta.

Saya mohon keluarga dan kawan2 faham.bukan saya pinta jadi begini. Saya perlukan kekuatan, sokongan. Dan ya benar saya tahu. Saya perlu lebih banyak istighfar, zikir dan mengingati Allah. Saya sedar saya ada lg anak dan keluarga yang perlukan saya. Cuma saya sekadarnmeluah. Saya hanya manusia 

Berpantang selepas keguguran

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya sambung kisah keguguran saya sebelum ini. Sekadar berkongsi kerana ini merupakan pengalaman pertama saya gugur. Selama ni hanya tahu dikalangan kawan-kawan sekerja sahaja. :D

Selepas keluar sebentuk daging sebesar bola tenis, saya terus bersiap mandi dan segera ke hospital. Di hospital, doktor dan jururawat minta saya tukarkan seluar yang saya pakai dengan kain bagi memudahkan mereka periksa. Menurut doktor terdapat darah beku yang masih belum keluar dan perlu dibersihkan. maka bermulalah sesi korek mengorek bahagian bawah saya. :D

Memang terasa azab semasa proses pengeluaran darah beku tersebut! Keluar masuk spatula beberapa kali untuk betul2 pastikan tiada darah lagi. setelah selesai, saya perlu tunggu doktor yang lebih senior untuk pastikan saya tidak perlu melakukan proses cucian rahim. Hampir tengahari, baru doktor berkenaan datang periksa dan akhirnya selepas pengesahan dengan doktor pakar, saya dibenarkan keluar dari hospital.
Maka bermulalah episod berpantang seperti ibu selepas bersalin.

Secara jujur saya terlupa bagaimana proses pantang selepas bersalin. Akhirnya selepas saya recall proses berpantang dan bertanya kawan2, berikut perkara yg perlu diamalkan semasa pantang:

  • berjalan dengan perlahan
  • tidak mengangkat benda2 berat
  • memakai stokin dan tidak membiarkan badan dalam keadaan sejuk
  • makan makanan yang masih panas dan baru dan elakkan minuman sejuk 
  • minum akar herba untuk pelancaran darah
  • elakkan bersama dengan suami untuk tempoh 2 minggu ke 4 minggu
  • jaga kesihatan badan sebaiknya.
Bagi memastikan badan sentiasa bertenaga, saya mengambil supplement Shaklee dan teh herba. Supplement Shaklee yang saya ambil sama seperti ketika tempoh kehamilan iaitu Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, ESP, osteomatrix dan omegaguard. Cuma kali ini saya ambil semula Collagen dan Vivix :D

Untuk teh herba, inilah pilihan saya.  Baru nak cari sbb blk kluang terlupa nk sediakan haritu. :p sebelum jumpa saya amalkan teh Alfalfa yang saya buat dari tablet alfalfa shaklee.



01 April 2014

Bila Allah uji hambanya

Teks oleh: Nor Sa'adah binti Abdul Talib

Assalamualaikum wbt

Lama sudah jari ni tak menulis di blog ni. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis serta berkongsi idea di sini. Last entri saya bln lepas menceritakan kegembiraan atas kehadiran rezeki org baru. Hari ni, saya kongsikan dengan kawan2, rezeki tersebut hanya sementara. 😊  

Dengan sedikit tanda yg Allah tunjuk melalui setitik darah, saya dan suami segera ke hospital. Hasilnya, suami saya dapati janin tersebut kelihatan tidak membesar dan tiada 'heart beat'. Bagi memastikan lagi keputusan tersebut, suami mengajak saya ke bilik saringn hospital utk berjumpa doktor yg lbh arif bahagian itu.

Ya. Mmg sah tiada heart beat. Usia kandungan kelihatan 7minggu sedangkan sepatutnya saiznya berkadaran dengan usia kandungan saya 12 minggu. Apa-apa pun Redha adalah sebaiknya. Ada hikmahnya. InshaAllah.

Pulang dr hospital, saya mula rasakan contraction. Dari sehari ke sehari contraction makin kerap. Bermula jumaat sehingga selasa contraction datang on and off. Kadar kekuatan semakin kuat setiap hari. Tapi hanya darah yg keluar. Hannah dan harith telah selamat dibawah jagaan pengasuh lama memandangkan suami sering sibuk di hospital. Akhirnya hari selasa malam saya rasakan sakit yg amat seperti proses melahirkn. Keluar darah yg sangat banyak dan akhirnya rasa lega. 

Bila suami saya pulang, dia menyatakan sbnrnya kandungan saya belum keluar sepenuhnya. Akhirnya saya tertidur keletihan. 

Bangun pagi, bergegas siap utk ke hospital. Tiba2 semasa buang air kecil, keluar sesuatu sebesar bola tenis. Ya Allah mmg terkejut sgt. "Apa benda ni?rahim ku terkeluarke?" Dengan segera suami saya dtg dan lihat.akhirnya dia katakan bahawa kandungan saya telah selamat keluar. Alhamdulillah.

Cerita dihospita inshaAllah saya kongsikan akan dtg. Proses berpantang dan sebagainya 😁 

Alhandulillah. Alhamdulillah 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015