26 June 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Teks oleh: Nor Sa'adah Binti Abdul Talib
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang menciptakan kita serta sekalian alam kerana pada hari ini masih diberikan nikmat kesihatan akal dan jasmani untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah Nya.Sebelum saya meneruskan perkongsian ilmu mengenai Panduan Keibu Bapaan di sini, suka saya memperkanalkan diri saya terlebih dahulu, bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta"

Nama penuh saya Nor Sa'adah binti Abdul Talib.Berasal dari  Kluang,Johor tapi kini menetap di Johor Bahru. Saya merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik Pendidikan awal saya bermula di Tadika KEMAS, seterusnya di Sekolah Rendah Tunku Mahmood 2. Pendidikan Menengah saya bermula di SMK Tinggi Kluang dan berkhir di SMK(A) Segamat apabila saya berpindah memasuki asrama semasa di Tingkatan 4.

Pendidikan saya tidak terhenti hingga peringkat menegah sahaja. Sejurus selesai menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2000, saya memasuki Kolej Matrikulasi Melaka dalam bidang sains hayat seterusnya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM Skudai pada tahun 2002 sehingga 2006.Di UTM Skudai, saya mengambil Jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia).Pengalaman menimba ilmu di menara gading merupakan suatu kenangan yang amat manis dan tidak mungkin dilupakan.

Kini saya bekerja sebagai jurutera dalam industri carigali minyak dan gas . Bermula penghujung tahun 2006 sehingga sekarang, saya memulakan karier sebagai jurutera(piping) di beberapa syarikat; dalam negara dan luar negara.Antara syarikat yg pernah saya berkhidmat ialah Overseas& Manufacturing (Johor) Sdn. Bhd,(2006~ 2007) JGC Singapore Pte. Ltd.(2007~ 2011), Dialog (M) Bhd (2011~2012)dan Malaysia Marine Heavy Engineering Sdn Bhd.(2012~ sekarang).

Pelantar Minyak atau lebih dikenali sebagai "Topsides" merupakan sebahagian dari kerja  saya sebagai jurutera  -sumber  dari Google search


Secara ringkas, kerja saya sebagai jurutera ialah menghasilkan lukisan teknikal,pelbagai dokumen serta keperluan kerja dari dalam pejabat hingga ke kawasan pembinaan. Dari kertas kosong sehingga siap pembinaan sistem paip.Sistem perpaipan ini bermula dari dasar laut hingga ke tempat pemprosesan minyak.Singapore Refinery Company Pte. Ltd, SMDS Wax Sdn Bhd dan Shell Sdn Bhd antara projek yang  pernah saya sumbang tenaga kerja.                                                          

Pelantar minyak yang sudah siap pembinaan dan dalam proses pemasangan di perairan laut -sumber dari Google Search
Menyedari kesibukan saya sebagai seorang wanita,isteri serta ibu pada 2 cahaya mata, saya suka menggali serta mencari ilmu sebagai panduan dalam mendidik serta membesarkan anak-anak saya. Di laman blog ini,akan saya kongsikan kepada pembaca mengenai panduan bagi mengatasi cabaran dalam mendidik anak,  ilmu-ilmu  keibu bapaan, keperluan  serta kepentingan penyusuan alami serta pendidikan awal bayi dan kanak-kanak.

Semoga perkongsian saya nanti dapat memantapkan ilmu keibubapaan saya serta menjadi rujukan untuk pembaca yang lain.



Salam Sayang,
Nor Sa'adah Abdul Talib
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Nor Sa'adah Abdul Talib
Designed by UMIESUEstudio 2015